Tuesday, August 31, 2010

Salam Aidilfitri

Lamanya tak buat post kat sini.. sedikit bizi sebab cuti Nuzul Quran baru-baru ni penat membuat kuih raya dengan Ain dan Hawa. Tq la sebab ringan la sikitkan beban buat kuih ni. Tidak la penat sangat ( tp penat juga sebab buat untuk 4 rumah- u olls kan dah maklum sebelum ni ). Soo 3 ari baru ni sempatla buat Conlakes Madu ( dah masukkan resepinya kannnnnn ), Almond London dan Biskut Arab.

Cuti Hari Merdeka pulak, sibuk menyiapkan baju raya aqiss dan uminya ni.. tapi lum touch up ngan manik je. Harap2 cuti sekolah ni sempatlah menjahit manik  dan  tudung.

Manakala mak kat umah plak, sibuk dok nak menyambung lagi kebizian dengan buat kuih raya lagi.. hulahhhh, karang tak tau la sapa yang lebih penat. Mungkin ari selasa depan kut baru balik Puteri Malu. Harap2 dalam jangkamasa yang ada ni sempatlah melangsaikan segala kerja yang terbengkalai....

Okeh.. apa2 pun iklim di tempat kerja Mida ni memasing dah sibuk nampaknya cam nak raye. Setiap bilik dah ade kuih2 raye di atas meja ( hehehe geram nak ngap!). Masing2 pun dah nampak kampung halaman je. Tak sabar dah nak balik kampung untuk meraikannya bersama keluarga.

So di kesempatan ini, Mida ucapkan kepada semua yang mengenali, rakan2, pengunjung2 blog ini...



 Luv,
Mida

Read more...

Friday, August 27, 2010

Conflakes Madu

Seronok betul arini, sebab Ain dan Hawa datang umah. Meriah le sikit cuti-cuti ni. Ikutkan diorang semua nak balik Putri Malu, tapi mak terpaksa berkejar ke Kuantan sebab Ude bersalin. So pe lagi..ambil kesempatan la panggil diorang berkumpul sesambil buat kuih. Bayangkan kena buat tuk 4 rumah- rumah sendiri, rumah mak, rumah mertua dan rumah Along..yang ni kes istimewa sebab Along sibuk mengajar, belajar pulak sambung master dan sarat mengandung..


Okeh..arini plan buat Conflakes madu. Rasenye ramai yang reti buat kuih ni sebab ni la kuih paling senang nak buat, main campak2 ja ^_*

Bahan.

9 cawan conflakes
1 botol madu
2/3 cawan marjerin
4 sudu besar gula
1 cawan kacang tanah- dikisar kasar
1 cawan ceri- dipotong dadu 
cawan kertas secukupnya.

Cara
- panaskan kuali
- masukkan marjerin, bila marjerin dah cair masukkan madu dan gula. Biarkan ia menggelegak.
- padamkan api, maukkan conflakes, ceri dan kacang tanah. gaul rata hingga nampak adunan melekat. Angkat.
- masukkan adunan ke dalam cawan kertas. taburkan coklat rice warna warni sebagai hiasan.
- panaskan oven dalam suhu 180 C, bakar selama 5-7 minit sahaja.
- Sejukkan dan barulah simpan dalam bekas.

 Belum siap bakar..


Dah siap bakar..erkkk geramnye nak ngap.


Read more...

Saturday, August 21, 2010

Amalan Menyambut Kelahiran

Amalan Sewaktu hendak bersalin
- Sentiasalah beristighfar dan selawat ke atas nabi
-Membaca surah Al Insyiqaq dan Al Hasy

سُوۡرَةُ الانشقاق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ذَا السَّمَاء انشَقَّتْ (1)وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (2)وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ (3)وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ (4)




Al-Inshiqaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila langit terbelah, (1) Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (2) Dan apabila bumi diratakan, (3) Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong, (4)
سُوۡرَةُ الحَشر




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَلَوْلَا أَن كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجَلَاء لَعَذَّبَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابُ النَّارِ
Al-Hashr




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia dan mereka pula akan beroleh azab seksa Neraka pada hari akhirat kelak. (3)
- Doa untuk mudah bersalin ( di baca oleh suami )


'Ya Allah, permudahkanlah isteriku bersalin dan selamatkanlah isteriku,juga anak yang di dalam kandungan serta panjangkanlah umurnya dan umur anak-anakku di dalam ketaatan kepadaMu dan keredhaanMu dengan rahmat dan kurniaanMu.Amin'.
- Doa ketika hendak bersalin dan selepas bersalin.



Amalan sejurus selepas kelahiran anak ( lelaki dan perempuan )
- Mengucapkan Alhamdulillah
-Azan di telinga kanan ( Fadhilatnya untuk menghindari anak daripada gangguan Syaitan yang bernama 'Ummu Sibyaan' )
-Iqamat di telinga kiri
-Membaca Surah Al-Qadr di telinga kanan ( Fadhilatnya untuk menghindarkan anak dari perbuatan zina)



- Membaca surah Al-Ikhlas 3 kali di telinga kiri ( Fadhilatnya untuk mengukuhkan aqidah anak )
- Membaca Surah Al Insyirah di ubun-ubun dan di dada bayi ( Fadhilatnya untuk menerangkan hati anak )

- Membaca 3 Qul dan ditiupkan ke seluruh anggota badan bayi.

Luv,
Mida (^_^)

Read more...

Thursday, August 19, 2010

Dusta Kelebihan Terawih.

Assalamualaikum..salam ramadhan buat semua rakan yang Mida sayang dan pengunjung-pengunjung blog ini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda barang siapa yang mendirikan sembahyang terawih pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu ( riwayat muslim )

Mida ingat lagi masa zaman belajar dulu, di dinding atau di kepala katil masing-masing tertampal tentang fadhilat terawih dari hari pertama hinggalah hari terakhir malam yang ke 30.Anda bagaimana? Ada buat tak? Ingat tak apa fadhilat-fadhilatnya? Ha..ha..tadi kemas stor buku-buku dan mainan,erm terjumpalah helaian kertas tentang fadhilat terawih ni di celah-celah buku.Ok ni la dia.....

Malam pertama- Keluarlah dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru di lahirkan ( mendapat keampunan dari Allah )
Malam Kedua  - Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 

Malam Ketiga - Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam Keempat - Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Kelima - Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Keenam - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam Ketujuh - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam Kelapan - Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam Kesembilan - Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam Kesepuluh - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 

Malam Kesebelas - Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam Keduabelas - Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam Ketigabelas - Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam Keempatbelas - Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam Kelimabelas - Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam Keenambelas - Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam Ketujuhbelas - Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Kelapanbelas - Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam Kesembilanbelas - Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Keduapuluh - Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam Keduapuluh satu - Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam Keduapuluh dua - Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam Keduapuluh tiga - Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam Keduapuluh empat - Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam Keduapuluh lima - Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam Keduapuluh enam - Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam Keduapuluh tujuh - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam Keduapuluh lapan - Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam Keduapuluh sembilan - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Tarawih Malam Ketigapuluh - Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar



Adakah anda tahu ianya hanyalah P.A.L.S.U? Kononnya juga ya fadhilat ramadhan ini adalah hadis dari Rasulullah yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. Namun apabila merujuk kepada kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis termasuklah kitab hadis palsu ( maudhu'aat) pun di dapati tiada hadis tersebut.


Nampak gayanya kita umat islam sengaja di momokkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tersebarnya hadis-hadis palsu ini telah mencemar kesucian hadis Rasulullah s.a.w yang dipelihara oleh ulama-ulama terdahulu. 


Walaubagaimanapun, tidak di nafikan kelebihan solat terawih dan kedudukannya di dalam sunnah. Tapi sebagai umatnya dan kita diberi kelebihan akal, haruslah selidik dahulu sebarang info agar tidak terus ditipu. Kadang-kadang ada manusia yang sengaja ingin memalingkan akidah kita. Jadi hati-hatilah wahai semua rakan-rakan yang Mida sayang. Biarlah kita menjadi manusia yang berpesan-pesan.


Akhir bicara, kongsi-kongsi dan panjang-panjangkanlah maklumat ini kepada yang belum tahu. Dirikan terawih dengan ikhlas, biar Allah saja yang tahu ganjaran yang ingin Dia berikan kepada kita.


Luv,
Mida (^_^)






Read more...

Opor Daging

Opor ni makanan yang popular sekitar pekan dan chenor. So kalau nak cari rempah opor, area sane je la yang banyaknye... Opor ni sedap di makan dengan nasi minyak...tapi lau ngan nasi putih pun kira ok..

Bahan
semangkuk daging yang telah siap di hiris.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1' halia
sebiji buah keras
1 biji bawang besar
bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis- sikit je tau.
minyak untuk menumis
ssedikit air asam jawa
2 batang serai- dititik/di ketuk
santan pekat - 1/2 cawan
1 sudu kerisik
3 sudu cili boh/cili giling
2 sudu serbuk rempah opor- bancuhkan ngan air sikit.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara buat
- tumbukkan bawang merah,bawang putih,bawang besar, halia dan buah keras.
- tumiskan bahan-bahan tersebut bersama kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Agak-agak naik bau, masukkan cili boh bersama rempah opor. Kacau rata selama 5 minit, api jangan terlalu kuat.
-masukkan daging dan biarkan daging lembut dan mesra di dalam awas tumisan.
- Bila awas bahan naik minyak, masukkan air asam jawa, santan pekat,kerisik dan serai. Kacau rata dan masukkan pula garam,gula secukup rasa. Tunggu hingga mendidih dan nampak naik minyak barulah opor masak sepenuhnya.


Ni la rupanya opor tu. Ni sengaja Mida tak keringkan sangat kuahnya. Biasalah saja buat kuah untuk makan berbuka, idok le mengkelan sangat nak di acukan dengan nasi.

Read more...

Puding Caramel

Teringin nak makan puding karamel yang sejuk...pergh mesti dingin kan masuk lam tekak. Best..best..best. Sebenarnya sejarah Mida buat puding karamel ni sebab makan kat umah Fie Mahmod, member masa zaman sekolah dulu, dak Jengka 9. Masa tu Mida form 3, saja dok pi lepak2 umah dia. So mak Fie dengan baik atinya buat la puding karamel ni dengan penuh cara paling cekap dan cepat. Nak tau camana mak dia buat, buh gula lam kuali, perangatkan sampai perang, dah perang, kecilkan api pastu buh susu cair, campai telur dan kacau2 lam kuali tu. dah mesra terus tutup kuali dengan tudung periuk yang beso..Start dari situ,Mida jatuh hati beno dengan keenakkannya. So korek2 la ngan mak Fie cara membuatnya dengan kaedah yang betul. Soo ni la resepinya..tadaaaaa selamatt mencuba. Senang banget sehhhhh.

Bahan
gula pasir
1 tin susu cair carnation
telur 2 biji
perasa vanila/ strawberry.
sedikit air

Cara buat
- ambil kira-kira 2 sudu gula dan masukkan ke dalam periuk kecil. Masukkan sedikitt air. hangatkan di atas api yang sederhana. Kacau sehingga kekuningan. Dah siap tu terus masukkan gula yang masih panas dan cair ini ke dalam loyang. Ratakan dan biarkan ia sejuk.
- Ambil bekas yang lain: Masukkan 1 tin susu cair + gula 4 sudu dan perasa. semalam Mida guna perasa strawberry ( sbb Mida mmg suka beno ngan perasa strawberry ).Kacau/kocakkan/ godekan hingga adunan mesra.
- Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
-pastu kukuskan kira-kira 30 minit, atau sehingga anda cucuk adunan tadi dengan garfu dan tidak melekat.
-Angkat dan sejukkan.Pastu masukkan dalam fridge.
- Bila dah betul2 sejuk, boleh la makan. Boleh juga anda curahkan sos strawberry di atasnya...


ok inilah hasilnya. Tapi tengok la tu, masa nak telangkupkan puding, mata dok pandang tv.. alih2 senget kedudukannya... ^_^
 * ada juga orang lain suka letak banyak telur. Terpulang pada anda..ada yang letak 4-8 biji. Tapi saya suka buh 2 biji je..
Read more...

Tuesday, August 17, 2010

Bau Syurga

Apabila kita berkahwin, perkara utama yang sangat kita hendak adalah zuriat yang soleh dan solehah. Ramai yang kata zuriat merupakan lambang ikatan kasih sayang dan bertautnya dua hati. Zuriat juga adalah barang yang paling berharga selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya.Zuriat adalah faktor mendekatkan diri kepada Allah dan Rahmat-Nya seperti yang disebut di dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bukhari dan Muslim :
Maksudnya:" Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga "

Wah begitu seronokkan punya zuriat sendiri.Mida sendiri cukup rasa bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah untuk mempunyai sepasang cahaya mata. Dalam hati masih kepingin nak tambah, tapi agaknya belum rezeki kami untuk meramaikan jumlah umat manusia di dalam rumah kami ni.

Mengikut Rasullulah s.a.w menyuruh umatnya mengahwini perempuan yang mampu melahirkan zuriat dan menggesa umatnya memperbanyakkan zuriat. Ini kerana baginda menyifatkan bahawa zuriat sebagai penghalang kepada turunnya azab. Mengikut hadisnya yang diriwayatkan oleh al Sayuthi
               Maksudnya " kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak-anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu"

Malah, baginda juga menyifatkan zuriat ini sebagai satu kemuliaan dan keagungan ibu bapa mereka. Sabda baginda yang di riwayatkan oleh al-Tabrani:
Maksudnya " Tidak ada anak dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu "

Aduhai.. tengok tu betapa bagusnya kehadiran  seorang zuriat apabila ia dilahirkan ke dunia. Bukan sahaja dapat menghindarkan kita dari azab seksa, tapi turut memberi kemulian kepada kita sebagai ibu dan bapanya. Tapi kenapalah masih ada lagi yang diluar sana membuang zuriat sendiri seperti membuang sampah?

Bukan itu saja, zuriat yang masih bayi membawa bau dari syurga. Sebab itulah kita rasa tidak pernah puas cium bayikan? Untung kan bagi mereka yang di kurniakan anak yang ramai sebab acapkali dapat merasai bau dari syurga ^_^. Hadis nabi yang diriwayatkan oleh al-Tabrani: 
Maksudnya: " Bau kanak-kanak itu adalah bau dari syurga "

Kemudian, pada hayat rasulullah hidup dahulu, baginda mengucup kepala al- Hassan bin Ali ( r.a ), dan di sisi baginda ketika itu ada seorang yang bernama al-Aqra' bin Habis al-Tamimi dan berkata " Aku mempunyai 10 orang anak, tetapi tidak pernah cium seorang pun daripada mereka'. Maka balas baginda " sesiapa yang tidak pernah menyayangi, tidak akan disayangi'.

Jadi bagi rakan-rakan Mida sekiranya masih mempunyai zuriat yang masih bayi, ambillah kesempatan yang ada ini kucuplah mereka selalu.Jangan esok-esok menyesal tak sudah. Ingat tu, bau syurga tidak ada dijual di kedai dan di pasaraya2.. hanya ada pada mereka yang bergelar bayi sahaja.

Luv,
Mida.


Read more...

Monday, August 16, 2010

Sambal Belimbing Hitam

Sambal ni memang famous sungguh dari jerantut-benta-lipis-raub-dong. Rasenye memang sedap sangat. Kalau orang pahang yang berasal dari daerah2 tersebut memang pakar la buat sambal ni, kalau tak pakar masak, pakar makan pun ok :)

Bahan
Segenggam ikan bilis- di siang dan di rendam.
Cili padi- ikut suka banyak mana.
1 sudu belimbing buluh yang telah di rebus @ digelar belimbing hitam
2 ulas bawang merah
seulas bawang putih
seulas bawang besar- di hiris bulat
Minyak untuk menumis.
garam,gula, serbuk perasa sesedap rasa.

Cara
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada bersama garam- ketepikan.
-Tumbuk sedikit ikan bilih tapi jangan lumat-ketepikan.
-Tumbuk belimbing hitam- ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis lada,bawang yang telah di tumbuk tadi. Bila naik bau, masukkan ikan bilis. Semasa menggoreng, api tidak boleh terlalu kuat. Bila dah naik minyak, masukkan belimbing hitam dan tumis sehingga rata dan masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
- Bila nampak sedikit garing, masukkan bawang besar dan di hiris tadi dan boleh lah angkat.

* Sambal hitam sedap di makan bersama nasi putih, pulut ataupun 'cekodok' ^_^

Ni la rupanya belimbing hitam tu. Kalau nak beli belimbing yang telah direbus, 1 bekas jeli tu RM 5 hengget tau.Mahal sungguh sebab nak buatnya memang lama.. kena buang putik dia, basuh lagi, pastu kena rebus dalam tin minyak, guna dapur kayu, tabur garam kasar sket. Api pun tak bole kuat.. berjam- jam gak la nak siap..Kalu guna periuk cap boya pun abis tiris periuk ( ni Mida pernah buat..tu la yg tau tu).So selalunya aku 'copet' belimbing hitam ni dari dapur mak..hehehehe.
Taraaaaa..sambal hitam dah siap
Makan bersama pulut.. fuhhhh terangkat wok!!!!

Read more...

Gulai Darat Daging

Berangannye nak mam  nasi dagang. So nak carilah beras nasi dagang kat kedai Kak Sue ni. Alahai tak de la pulak. Sebenarnya teringat nasi dagang masakan Salawati Othman, my best friends. Betapa bestnyer. Tapi awas nak masak lauk dah ada. So on je la, makan lauk ngan nasi putih. 
 
Bahan-bahan
1 kati daging
1 biji kelapa
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
10 ulas bawang merah
6 hiris lengkuas
6 hiris halia
4 sudu kerisik
6 biji lada kering
1 keping asam keping
gula melaka (gula) secukup rasa
garam secukup rasa
1 hiris kunyit


Cara-caranya
  1. Ketumbar, jintan manis, lengkuas, halia, kunyit, bawng merah, bawang putih dan kerisik digiling halus dan digaul dengan daging.
  2. Jerang ke api sekejap, kemudian masukkan santan, asam, garam dan gula masakkan sehingga daging empuk.
  3. Bila sudah elok masaknya rasalah masam masinnya, kemudian hidangkan.
  4. Kalau suka boleh juga dimasukkan lada hijau di dalamnya sebagai perhiasan.


Read more...

Pizza Sempoi

Sabtu baru-baru ni anak-anak dok merengek nak makan pizza. So tengahari tu pakat-pakat la keluar bandar sebab nak cari keju mozarela, origano dan lada benggala. Cari punya cari memang le tak ada. So nak tak nak memang kena buat gak, kalau tak sian Ijat sebab sepanjang ramadhan ni belum pernah ponteng lagi..So pizza ni teramatlah sempoinya kerana kekurangan barangan tu la. Tapi Mida buat 2 bekas 5'X3'..memang habis.

Bahan
1/3 kg tepung gandum
1/3 yis
1 sudu gula
3 sudu lemak sayur
keju- saya guna keju chessdale je
bawang besar - di hiris bulat
sos cili
isi ayam- direbuskan dahulu dan di potong dadu.
sosej- di hiris senget.
mayonis

Cara buat
1. Hidupkan yis- masukkan air dalam cawan, campurkan 1/3 yis dan kacaukan.Kemudian masukkan gula dan kacau lagi sekali. Biarkan sehingga yis nampak kembang.
2. Ambil 3 sudu lemak sayur dan gaulkan ke dalam 1/3kg tepung gandum. Jadikan ia seakan serbuk dan barulah campurkan dengan air yis. Uli rata. Bahagikan kepada 2 doh.Rehatkan sekejap.
3. Ambil bekas dan griskan. Canaikan tepung tadi ke dalam bekas. Biarkan doh lagi dalam 1 jam.
4. Bila nampak doh semakin naik, sapukan sos cili di permukaannya.
5. Taburkan sosej yang telah di hiris bersamaisi ayam yang telah di rebus dan di cincang.
6. Taburkan keju dan bawang.
Akhir sekali picitkan mayonis dan sos di atas pizza.
7. Panaskan oven pada suhu 180C dan masakkan dalam tempoh 20 minit.

Ok selamat mencuba.
Nota * 1 paket yis segera adalah untuk kegunaan 1 kg tepung gandum.

Doh yang telah di bahagiakan kepada 2 dan rehatkannya sebentar.

Doh yang telah siap di isi dengan bahan-bahannya

Pizza yang sedang di masak di dalam oven
Pizza yang sudah siap sedia untuk di mam ^_^

Read more...

Nasi Kerabu

Ok, ni menu fovourite cik abang Mida la. Nak buat gone, mmg made from Klate.So start jadi isteri dia, Mida kena belajar cara2 buat nasi kerabu nih.

Bahan Nasi
 2 pot beras
pewarna biru

Bahan Awas Kelapa
1/2 biji kelapa parut
3 ekor ikan kembong
3 ulas bawang merah - hiris dan tumbuk
1/2 inci halia - hiris dan tumbuk
3 batang serai- hiris dan tumbuk
lada hitam ( jika suka..)- tumbuk
garam,gula,ajinomoto secukup rasa.

Kuah Budu
Budu
sebatang serai
1/2 keping Gula kerek
seulas bawang putih

Ulam
Kobis
Kacang Panjang
Timun
Daun Salom
Daum Serai Kayu

Daging Bakar
Daging lembu
1 susu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
3 sudu gula
sedikit garam

Cara Buat
1. Beras di basuh dan ukur air seperti biasa, masukkan pewarna biru dan tanakkan hingga masak.
2.Kelapa yang telah di parut, sangaikan atas kuali hinga sedikit kekuningan. Angat dan tumbuk dalam lesung batu sedikit supaya lembut.Ketepikan.
3.Ikan kembong direbus, setelah siap sila ambil isinya dan tumbuk.Ketepikan.
4.Bawang merah,halia dan serai juga ditumbuk secara berasingan dan ketepikan.
5. Ambil satu bekas campurkan kesemua bahan- kelapa parut, ikan rebus, bawang merah,halia dan serai.Jika suka lada hitam, anda boleh campurkan sekali. Gaul rata dan masukkan gula ,garam dan ajinomoto secukup rasa. Setelah siap, sangaikan lagi sekali.
6.Untuk buat kuah budu- Masukkan anggaran budu ke dalam periuk bersa,m gula kerek, bawang putih yang telah di ketuk dan serai. Masakkan di atas api sedehana.
7. Untuk daging bakar- peramkan daging dengan semua bahan dan letakkan dalam peti ais dalam tempoh 1 jam. Sesudah itu bakar dan dihiriskan.
8. Ulam-ulaman di hiris. Juga boleh sediakan keropok goreng bagi penyedap rasa.


Read more...

Tuesday, August 10, 2010

Melatih anak berpuasa

Alhamdulilah, sahur tadi baik-baik belaka. Cuma yang sedikit 'spoil'nya Mida terbangun pukul 5 pagi padahal alarm telah pun berbunyi pada pukul 4 pagi.. Wah, nyaris2 terbabas tadi. Tapi sempat lagi masak sup panas untuk family, sebab malam tadi sebelum tidur, segala bahan telah pun disediakan.

Bila datang bulan puasa ni, macam-macam kita fikir ( lebih kepada resepi agaknya ya). Bagi yang ada anak, risaunya jika anak-anak tidak mahu berpuasa, malu jika orang kata kita tidak pandai didik anak. Bagi Mida, sedari anak-anak berusia 2 tahun telah Mida sediakan mereka dengan suasana bersahur. Huh..kalau makan, memang makan macam betul-betul puasalah, tapi sebenarnya berbuka pada pukul 10 pagi :). Tapi tidak kisahlahkan asal mereka merasai berpuasa walaupun singkat.

Sebagai ibu bapa, jangan kita putus asa sekiranya anak-anak tidak berjaya habiskan puasa mereka. Tapi jangan pula terlampau manjakan mereka hingga kita sendiri tidak tergamak menyuruh mereka berpuasa. Sebenarnya asuhan dari awal lebih memudahkan mereka melatih diri mereka. Contohnya masa anak-anak Mida berusia 2 tahun, mereka memang bangun sahur bersama, tapi pukul 7 pagi akan merengek nak susu. Saya tetap bagi mereka minum susu tapi selewat-lewatnya hingga pukul 7 pagi sahaja. Selepas mereka di hantar ke rumah pengasuh, Mida akan maklumkan kepada pengasuh dan anak bahawa dia hanya boleh makan atau minum pada pukul 10 pagi. Alhamdulilah, cubaan hari pertama berjaya. Mida ulang perkara yang sama sehingga 10 hari yang pertama. Selepas itu Mida lajakkan masa berbuka mereka pada pukul 11.00 pagi. So, yang ini pun sama, Mida lakukan selama 10 hari.Kemudian 10 hari yang terakhir, mereka perlu berpuasa hingga pukul 12.00 tengahari. Itulah rutin mereka sehinggalah berumur 6 tahun bagi anak sulung dan anak kedua hingga 4 tahun. Untungnya ketika yang sulung berusia 7 tahun, dia sudah boleh puasa penuh sebanyak 20 hari ( yang sulung ni lelaki..manja mengada-ngada sikit!) dan si adik yang ketika itu berusia 4 tahun boleh berpuasa penuh 10 hari. Bagi Mida, ini pun sudah membahagiakan.

Namun begitu, dalam usaha mendisiplinkan mereka, Mida tetap pantau kesihatan mereka. Jika mereka benar2 lembik ( tengok pada bibir mereka jika terlampau kering tu akan nampak kesan putih2..),Mida akan benarkan mereka berbuka puasa lebih awal. Ye la dalam pada tu pun kita mana boleh pentingkan diri kan. Nanti mereka akan rasa ibadat puasa ini satu bebanan pula.

Hari ini hari pertama puasa untuk anak-anak Mida bagi tahun ini. Si adik yang berusia 5 tahun dan telah bersekolah tadika tadi mengaku " umi, orang dah tak puasa sebab cikgu cakap, sapa nak makan cekodok pegi kantin".So agak2 andalah, apa respon Mida ye :- Marah/ piat telinga dia/ relax...

Ok, respon Mida " Untuk hari ni sayanglah bila aqiss tak puasa..sbb ari ni ari pertama. Tapi tak pe, esok boleh puasa lagi. Kalau tak puasa....."
aqiss jawab " kena hukum"
Mida tanya dia balik " nak kena apa?"
Aqiss diam dan fikir ( agaknyalah ) " tak mau kena hukum.Nak puasalah, nanti boleh dapat duit raya, pastu umi jahitkan baju raya.." *_^

Luv
Mida
Read more...

Salam Manis

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya blog peribadi ini dapat juga muncul pada malam pertama Ramadhan thn 2010 ini. Memang sengaja Mida pilih bulan ini, kerana ramadhan  adalah bulan khas untuk kita.Tinggi harapan Mida, segala yang Mida kongsikan di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua yang mengunjungi blog yang tidak seberapa ini.

Sengaja Mida pilih nama blog ini MATA AKAL JARI.Mata bagi Mida cukup berharga kerana mata mempunyai aura memandang/melihat kadang kala hingga ke dasarnya. Kita boleh melihat pelbagai ragam orang, peristiwa, tingkah laku, mengikuti pembelajaran ( jahit2 menjahit ke, memasak ke..huhuhu..i like..) dan lain2 lagilah. Kemudian mata juga akan menghantar maklumat kepada otak bagi menilai, menganalisis dan mencernakann idea. Jari pula penting kerana ia akan menterjemahkan segala dapatan dari mata dan otak.Terjemahan bukan sahaja dalam bentuk tulisan tapi juga dapat menghasilkan sulaman,jahitan dan masakan dan apa palah ye yang tangan boleh hasilkan.So tunggulah hasil-hasil dari 3 elemen penting dalam hidup Mida ni ye.

Luv
Mida
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...