Tuesday, September 20, 2011

Bayi Tidak Mahu Botol Susu

Arghhhh!!!!!tensionnya bila anak tak mahu dan tak pandai hisap susu badan menggunakan botol susu.

Hehehehe tu awal-awal aje. Masa mula, memang stress sebab bila memikirkan selepas ambil cuti 3 bulan kena masuk kerja, dengan baby yang masih lagi tak mau hisap botol.Kadang kala buntu juga. Malah, macam2 jenis puting di beli supaya anak selesa dan boleh menyusu botol. Tak jalan juga rupanya.



Bila rujuk ke Poliklinik Jengka 2, misi2 tu kata sbb baby pandai, dia tau tu bukan puting betul sbb tu dia tak mau hisap. So sebagai penyelesaiannya misi2 bagitau bahawa Mida boleh menggunakan picagari, cawan, sudu atau penutup botol ubat. So hari itu, mereka bekalkan Mida picagari..

Sebenarnya mengikut misi2 ini, paling elok tidak mengajar anak menyusu menggunakan botol susu kerana ini akan mengajar mereka keliru puting. Bila berbincang dengan pengasuh Khaleesya ( namanya Kak Me'ah ), Kak Me'ah, tak kisah jika menggunakan picagari ketika menyusukan Khaleesya. Alhamdulilah..selesai masalah.

Tapi nak tau apa yang jadi masa hari pertama Khaleesya di tinggalkan di rumah kak Me'ah? Dah la hari pertamanya tu betul2 selepas seminggu cuti raya. Pagi2 hantar tu ok lagi, naik pukul 8.00 dah merenggek nak susu. Bagi botol tak mau, bagi susu dalam picagari di semburnya susu. Last2 bagi dalam penutup ubat. Ok la juga walaupun dia buat muka pelik. Pukul 12 tgh dah mau tidor dan lapar..mulalah dia 'menyanyi' dan buat ragam sket dan last2nya dia minum jugak susu dalam botol sebanyak 1.5 oz .Hehehe lapar punya pasal. Dah tak boleh nak ngada2 lagi.

Alhamdulilah..sekarang ni dah tenang sikit sebab bila di rumah Kak Me'ah ,Khaleesya memang boleh menggunakan botol susu tetapi jika bersama Mida, mulalah perangai cerdiknya datang. Jangan harap la bagi botol, memang mulut dia takkan buka langsung. Tapi ye la sekurang-kurangnya dia tak menyusahkan pengasuh.

Anda juga boleh mendapatkan beberapa info yang betul di sini. Jadi sebagai ibu, kita jangan anggap perkara ini sebagai satu masalah yang besar sangat ye..hehehe jangan jadi macam saya, kalut betul bila anak tak mau hisap botol susu.

ok, ni ada beberapa gambar Khaleesya ketika tengah di latih guna botol susu..

 Cubaan semasa sebelum mandi.. buat2 hisap dengan muka yang geram..


Finally menyanyi dengan merdu... huhuhu



Train hari lain pun sama juga.. botol masuk mulut tapi tak hisap pun...


Read more...

Sunday, September 18, 2011

Bayi Meniarap.

Assalamualaikum..

Meniarap, adalah aktiviti atau perkembangan bayi sekitar 5- 6 bulan iaitu setelah otot leher dan lengannya kuat. Malah paling awal ketika usia 3 bulan.

Alhamdulilah tepat 24 Ogos yang lalu my liltle girl cukup umur 3 bulan dan dah start meniarap. Cuma sekali je dia buat lepas tu tak mau dah berlatih.So untuk hari-hari yang seterusnya, Mida sebagai umi, tak sabar-sabar atau juga berjaga-jaga untuk melihat Khaleesya meniarap lagi. Ermmm rupa-rupanya selepas itu, ikut mood dia aje nak meniarap ataupun tak. Sebenarnya Khaleesya belum kuat otot leher lagi. Walaupun first time meniarap, dia pandai tegakkan leher, tetapi bila Mida atau sesiapa sahaja yang mendokongnya perlu tahan di tengkuk dia, kalau tak akan melengguk la jawabnya lehernya tu. Maybe sebab tu dia tak rajin sangat meniarap.






first time meniarap di umah mek tok, pulang ketika balik raya..

Cuma pada 15 September Khaleesya dah start marathon meniarap. Pantang letak baring di atas toto, terus dia meniarap. Cuma tak pandai membalikkan badannya kepada keadaan berbaring semula.Kenalah ditolong kalau tak..berdondang sayanglah suaranya.


pagi2 bangun terus meniarap.. sib baik terus tegak kepala sbb cik umi tengah sibuk mengemas umah. 


Dah 3 hari mempraktiskan dengan jayanya, meniarap dan menelentang..Khaleesya demam la pulak.. hurmmm tapi still  lagi semangat meneruskan skill baru ni. Cuma kali ni kena berjaga-jaga, tak boleh 'lepe' la buat kerja, takut dia 'lemas' pula.

kalau nak info lebih lanjut boleh pergi sini. Selamat mengembara mencari ilmu..

Love
^_^ Mida.


Read more...

Air Susu Badan Kurang?

Assalamualaikum..salam sejahtera semua teman.

Alhamdulilah..masih diizinkan Allah Mida meneruskan program BF secara xlusif ini. Syukur.

Walaubagaimanapun, Mida antara ribuan yang di luar sana mempunyai masalah kekurangan air susu badan.. Yup, walaupun selalu di pamkan, hasilnya ciput sangat. Ada rakan tu sekali pam aje penuh botol susu..Mida ni just dapat 1oz ja.. tu yg terpaksa marathon pam sebanyak 3 kali ketika bekerja.. kalau tak, mau stok bf tak cukup pula. Nak tau, nak dapat 1oz tu pun mau 40 minit..puas gilir kanan-kiri-kanan-kiri..wohohoho.Sedih bangat.





Alhamdulilah satu hari tu ada rakan lelaki satu tempat kerja ni bagitau bahawa wife dia pernah ambil PIL PENGGALAK SUSU di KLINIK SULAIMAN Bandar Jengka. So 2-3 hari selepas di maklumkan tu, Mida pergi la beli..

Nak tau hasilnya... tengok pic bawah...


Ni hasil pam pada pukul 11 pagi..tara dapat 100ml.


tadaaaaaaa ni hasil pada pukul 1.30ptg..penuh botol. I Likeeeeee!!!

nak tau camane rupe pil tu.. okeshhh ni dia.


pil ni cuma diambil sebiji pada waktu pagi dan sebiji di waktu malam. Hasilnya memang terbaik.

So bagi yang mempunyai masalah cam Mida ni..boleh la try amik pil ni kat klinik. Ada juga yang cadangkan ambil Pil Air Susu Ibu (ASI ) di mana- mana farmasi. Malah ada juga bagi petua supaya makan jantung pisang ka, lobak putih ka dan bla..bla..bla..heheheh tak cuba lagi. So tak tau hasilnya camna.

Sharing with caring
^_^ Mida


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...