click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, December 31, 2013

Sihir Si Manusia Hati Syaitan

Assalamualaikum.. Lamanya tak menepek ceriter kat blog sayang i ni. Ok lah. Dah lama menyepi ni nak citer sikit pasal sihir menyihir ni. Ada sesetengah orang cakap kena bomoh ataupun bahasa paso kena mandrem. Sapa kena sihir? Sape lagi.. i ler si temuk tetembam ni. Alahai muka x comei cam Erra Fazira pon org nak main 'Mak Esah' jugak ke? Huhuhu jahat tau org2 itu.

Ok..sebenarnya tak penah terfikir pon yang selama ni Mida kena sihir/ kena bomoh dek manusia berhati syaitan. Semuanya berlaku tanpa sengaja ketika menziarahi keluarga angkat. Masa tengah borak2 tu, Pok Cik tu tegur Mida kate ade orang buat ilmu tak molek kat Mida. Huhhhh terkujat berok la wehhhh.

Bila tanya, siapakah manusia jahat itu... dush!dush!dush! nak tumbuk2 muka dia nak kasi pecah. ( kunun jek la, silap ari bulan kena panjat bangku nak tumbuk muka laknatullah tu )

Okeh... ade 5 org yang terlibat. Fuhyooo ramainya. Nak kate aku comei, ushhhhh jauh sungguh. Nak kate kaye pon tak, kayap semedang ade le. Camaner ramai sangat menyihir Mida ni. Apa, diorg ni buat pertandingan penyihir2 mantap tahunan ke apa.

Kisah 1
 Bermula masa Mida lepas STPM lah. Kira2 19 tahun cenggitu. Ade sorangg pompuan geletis ni rajin beno datang umah ajak abah pegi pasar malam dan paso tani di Jengka. So 1 minggu 3 kali dia keluo ngan abah. Isk..isk..x jadi ni, nk ngorat abah kite ye.. nak kena babab ye. Haaaaa ekoran dari kes menyampah gile tengok bdk pompuan tu, Mida pon pi jumpa budak tu, pesan kat dia dok jangan la gatal ajak abah kite keluar2 lagi. Sebagai anak yg se'geng' ngan mak, mestilah kite kena pertahankan hak mak kan. Ok.. hasil dari situ la, bdk pompuan tu x pueh hati dan buat ilmu gatal2 kat Mida. Patutla masa masuk U dulu, pantang salah makan je, abih ruam badan, salah sikit jadi gegata.

Kisah 2
Ada sorang mamat ni bdk Lipis. Mida kenal pon sbb dia selalu join geng pengakap skoloh ktrang camping. Dulu2 mmg ler dia suke bebeno ngan Mida tp Mida x berkenan ngan sikap dia yang suka mengongkong, cemburu dan baran. Lagi satu kuat berleter. Fuhhhhh. Bila Mida tak mau kawen ngan dia mmg dia ade cakap ngan Mida dan mak nak buat ilmu orang asli kat Mida. Masa tu ingat main2 jer..buat tak layan jek la.

Kisah 3
Berlaku di sekolah ke dua penempatan Mida, sekolah Felda jugak.. sempadan Pahang ngan T'ganu. hihihi rahsia la sikit ye. Kat skoloh ni 3 orang yg terlibat buat ilmu kat Mida. Oleh kerana dia tau Mida allergic, dia sengaja jumpa bomoh dan lukis tangan/jari  Mida dan titik2kan pen kat lukisan tu. Hasilnya pd bulan 3 tahun lepas tangan Mida tu abih pecah di setiap jari tangan ( 10 jari tau ), berair bisa dan bernanah. Bukan tu jek..tapak tangan pon teruk. Ok masa mula tu ingat sbb sibuk sgtt kemas umah baru. Tu tangan x tahan kot ngan habuk dan kotak2. Kerana rupa jari yang x serupa jari orang tu, Mida pi Klinik UIA Kuantan. Alhamdulillah after 1 minggu semua nanah kering dan luka2 semua bcantum.Pas tu doc suh makan jer semua yg sebelum ni gatal, tgk gatal ke tak. Amazing.. makan kambing, ok x gatal. Makan seafood pon ok x gatal. Tapi sesekali jadi le jugak.

Bila tanya Pok Cik tu pesal 3 org cikgu tu sihirkan Mida..dia cakap sbb x suka Mida rapat dengan sorang cikgu lelaki tu yg dok 1 bilik ngan Mida. Erkkkkk sebab tu jer ke? Woiiiiii tangan aku sakit tau ko buat...sebab jeles aku rapat dgn si R.... rupe2nya.

Okeh.. Pok Cik tu cakap cikgu yang buat tu:
a) Gemuk2, jalan macam ni ( siap Pok Cik tuu tiru kakak tu jalan ), suara dia kuat, janda.
b) Tinggi Lampai, kurus, suami dok jauh... Mida tanya nama dia S... A..... ke? Aahh. Dia pakai mata palsu kan?? ( hehehe contek lens le acik oiii )
c) Sorang lagi gemuk jugak macam yg mula2 tu, dia suka pegi kantin sebab kelas dia dekat2 ngan kantin, dekat ngan surau. Mida tanya Erm Bengkel kot.... Pok cik tu kate dia dah pindah. ramai orang tak suka dia.

Yesss. tau dah siapa yang buat. Buat masa ni alhamdulillah Pok Cik tu dah ubatkan Mida. Cuma mmg kena buat siri ulangan lagi supaya baik.

Cuma mmg selama ni x pernah sangka menjadi bahan sihir org.Itulah walaupun begitu Mida idok la buat pulok kat 5 org makluk jahat ni. Bio lantok diorg la. harap2 sempat ler kembali ke pangkal jalan sebelum mati. Psl cikgu tu..hok janda tu dah Hajah sebenonya. Itulah, iman itu tak boleh diwarisi.

Cuma harapan Mida utk hari2 akan datang ---> lebih sihat, jaga mulut dan jaga perbuatan. Sebab saya juga bukan manusia yg sempurna.

Oh ye... mesti tertanyakan.. camana Pok Cik tu tau Mida kena sihir. Ntah le. Six Sense kot. Hihihi x der la.. keje part time dia mmg ubatkan org kena sampuk atau buatan org. Semua kisah2 tu dia yg cerite, Mida mane ingat dah kisah2 yg lama. Bila dia cakap tu barulah kita terbayang balik peristiwanya. Subhanallah.

Ok lah. Lastly for my friends.. x mo sihir2, x mo 'mak esah2', x mo bomoh2 ye. Kuatkan Islam dalam dada anda.

^_^ Lovely Mida.

Read more...

Tuesday, October 8, 2013

Alfafa Shaklee

Salam semua. Apa khabar.. harap2 mata-mata yang memandang di blog ini sihat2 aje hendaknya. Hari ni Mida nak Share tentang supplemen Alfafa Shaklee. Sebenarnya kalau nak tahu Mida ni seorang Ezcema. Sebenarnya mula2 jadi dulu masa umur 19 tahun.. baru2 nak masuk U lah. Masa mula2 jadi dulu, kalau tersalah makan je, abis satu badan jadi ruam dan gegata ( macam kena taik ulat tu ).  Malah pernah juga tersalah makan ubat selsema, habis muka bengkak, kepala pulak tumbuh ketul2 macam biji macam telur puyuh dan lidah jadi kebas. Sejak tu memang takut la kalau amik ubat selsema. Takut jadik lagi macam tu. Paling teruk masa sesudah melahirkan anak sulung masa tahun 2002, abih jari jemari pecah dan bernanah. Nak handle anak mcm angkat anak dari buai, basuh uk-uk memang abis la tertanggal kulit2 yang basah dek nanah tu. Mau meraung beb. Pergi klinik kena inject anti biotik aje. Tahun lepas jadik lagi mcm tu sampai berbulan2. Mmg x tahan.. Ade member suh pergi Klinik Kulit UIAM, Kuantan. Ok memang ok, tp x larat la nak amik anti biotik, cream dan piriton sepanjang masa. 

 So tahun ni, ezcema serang muka pulak. huhuhuhu.. abis muka lawo macam Rozita Che Wan ( blueeeek.. muntah ijo sapa baca nih!!! ). So awal September baru ni saje menggogel pasal Shaklee. Cam best la plak. Cari la person Shaklee area Beserah iaitu akak Zaridah ( dekat dgn sekolah i la ni ), order Alfafa dan Lecithin ( sesambil utk kulit, amik gak utk menyelimkan body .)

 Alhamdulilah nak jadi citer, after 3 ari amik, segala kulit2 kering di jari jemari dah jadi semakin lembab. Wah suka sangat. So x de la ari2 nak tanggal2kan kulit2 kering tu. Syukur alhamdulillah. Ni dah masuk sebulan makan Alfafa, belum pernah lagi kulit jadi kering macam dedulu. Untuk itu Mida share sikit ye pasal kebaikan Alfafa nih.
Kebaikan Alfafa 
1.Kaya dengan vitamin dan Mineral
 - Vitamin : B, C, E dan K
 - Mineral :Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan zat Besi 
- Selain itu florida, protein, mineral surih,serat , asid lemak dan anti oksidan.
 2. Menyerap protein dan karbohidrat 
 3. Bertindak sebagai PEMBERSIH DARAH. ( yang ni i loikeeee) 

KEBAIKAN ALFAFA KEPADA KESIHATAN
1. Merawat Gangguan Pencernaan ,sembelit dan bantu proses penghadaman 
2. Mengawal kolestrol dalam darah.
 3. Mengurangkan risiko sakit jantung dan strok. 
4. Mengurangkan paras gula dalam darah ( sesuai utk geng diabetes )
 5.Menghapus kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh.
 6. Mengurangkan simptom menopous. 
7. Mencegah edema
8. Merawat asma
 9. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
10. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
11. Memperbanyakan SUSU IBU ( bagi yg bf boleh amik ni tau, ni kira sebagai boster la utk korang ) 
12. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati.
 13. Bantu tingkatkan kesihatan lelaki dan prostat. 
14. Bertindak sebagai kacip fatimah kepada wanita ( untuk rapat, ketat dan menghilangkan masalah keputihan ) 
15. Menghangatkan hubungan suami isteri 

CARA PENGAMBILAN 
3 biji waktu pagi, 3 biji waktu tengahari dan 3 biji waktu malam ( saya ambil semuanya selepas makan ) 

PERINGATAN
jika anda masih tercari-cari supplemen untuk diri anda, tak rugi cuba Shaklee. Memang terbaik. kalau berminat boleh ctc Mida di talian 019-9948487.

 HARGA 
 1. Saiz S ( 330 biji ) RM 53.00
 2. Saiz L ( 700 biji ) RM 97.00 

 ok, setakat ini saja perkongsian Mida untuk anda semua.
 Love, Mida ^_______^
Read more...

Saturday, September 14, 2013

Budu +Tempoyak : Love Story.

Assalamualaikum.. Sekarang ni Mida berada di bumi Kelantan lagi, mendiami rumah agam milik mertua ( haishhhh rumah agam tu, hahaha berangan tak sudah ni ye ).Sebenarnya balik ni menghadiri kenduri anak saudara sebelah suami yang majlisnya berlangsung pada hari khamis yang lalu. Stori mori pasal kahwin dia, Mida akan buat entry lain la ye, tunggu siap majlis sambut menantu esok kat PCB.

 Entry hari ni pasal Budu dan Tempoyak.. sapa suka makan budu? Sapa suka makan tempoyak? hehehe apa pulak kaitan dengan love story ni..ecececece.. Sebenarnya budu dan tempoyak ni ada kena mengena dengan kisah Mida dan suami. Nak kate love story pon tak jugak. Saja perasan 'boh' tajuk yang gempak. hahaha. 

Asal Mida dari Pahang- Kampung Bukit Pampong, Ulu Dong Raub dan dibesarkan dan dapat pendidikan awal di Felda Putri Malu Jengka 13. Bila dah orang Pahang tu , kompem la amat suka kat tempoyak kan. Antara menu yang popular atau sinonim dengan tempoyak :



 1. Sambal ikan bilis goreng + tempoyak  
2. Sambal udang+ tempoyak + daun kunyit
 3. Pais ikan 
4. Gulai tempoyak patin/ ayam/ daging
5. Sambal tempoyak gesek  

Wahhh, sambil menaip nih dah meleleh air liur. Padahal tadi dah hantam gulai tempoyak rebung. 

 Asal suami pulak dari Kelantan- Kg. Pintu Besar, Sg. Keladi, Chetok Pasir Mas. Kalau orang kelantan tu sah sah lah budu itu pujaan hatinya hehehe.





Tapi la ni pujaan hati suami mesti lah i dan budu. Budu mesti ada di atas meja makan untuk setiap waktu makan. Lepastu kalau buat singgang ke, masak lemak ke atau kari ke mesti bubuh sikit budu. huhuhuhuhu.

 Sebenarnya sebelum kami kahwin, mak dan mak mertua , masing-masing ada pengharapan mereka sendiri. Macam mak Mida sendiri memang dia pesan kat anak-anak dia, jangan sesekali bercinta dan kahwin dengan orang kelantan. Mak mertua pulak, dia memang tak mau menantu 'orang luar', bagi dia orang luar ni jahat. Dah 12 tahun kahwin ni, acapkali terdengar dia pesan kat cucu-cucunya pulak pasal jangan kawin 'orang luar' ni.

 Masa kami berkawan pulak, boleh kate macam anjing dan kucing. Hari-hari ade je bahan nak di buat gaduh.
 Si Suami pernah berkata - " perempuan pendek macam awak ni, tak boleh dibuat isteri. Sebabnye nanti saya suka tujal-tujal kepala awak. Lepas tu sian kat awak pulak, kalau nak bercakap dengan saya kena asyik mendongakkan kepala"
 Kata saya pada suami- " Hamboiiiiii, ingat awak tu hensem beno, sampai saya teringin buat laki. Huh,saya mintak saya tidaklah berjodohan dengan awak yang kurus kering macam cicak kubing"

 Oleh sebab tu si suami penah paksa si Pejal untuk mengorat Mida. Huh sampai ati tau.Tapi Si Godek-godek ( Noor Azian Ab Hani ) dan Kak Desy asyik mengenenkan kami berdua aje. Termasuklah memaksa si suami menjadi couple Mida untuk makan malam terakhir batch kami di Kelab Golf Shah Alam. Huuu jahat sungguh budak berdua tu. Time tu la, rase jahat. Time ni kena ucap terima kasih la, sebab menemukan jodoh kami berdua. Ewahh.Tu la dulu celupar sangat, alih2 hat kurus tu jugaklah yang menggenggam tangan tok kadi dengan lafaz " aku terima nikahnya..."

 Bila dah kahwin pulak, menu atas meja mesti ade budu ( tapi selalu je Mida lupa, suami kena isi sendiri. keh..keh..nasib la).Lagi satu dia tak minat semua menu tempoyak yang Mida list kat atas tu. Masa mula-mula tu sedihnye, sebab kalau nak masak tp kita sorang je yang makan macam tak best la pulak.

 Walaupun kami jauh berbeza- dari asal usulnya, dari fizikalnye ( i pendek tetembom ye, dia tinggi dan mantain kurus kering cicak kubing ), dari makan kesukaan tapi dan hobi tapi kami saling melengkapi. Seumpama menu budu + tempoyak. Sapa kata budu tak boleh dimakan dengan tempoyakkan. sedap tau, kalau makan dengan nasi panas, ulam dan ikan kering. Tak toleh kiri kanan dah.

   

 Hari ini 14 September 2013 bermakna telah 12 tahun kami bersama dan dikelilingi dengan 3 permata yang indah. Sepanjang 12 tahun ini juga kami tidak pernah sepi dari rasa yang sama- sepi, resah, rindu, kasih, cinta, gembira, sedih, duka dan tangis..kerna kami bukan makhluk yang sempurna. Cumanya agar segala yang kami rasa dan kami kecapi ini akan berkekalan hingga akhir hayat kami. Ok, lah ini saje story mori kali ini.

 Bye, ~ Mida~ Awak Sayang Saya Tak?

Read more...

Saturday, September 7, 2013

Sombong

Salam Ahad untuk rakan-rakan.
Bestnye cuti ari ni sebab semalam sekolah ganti untuk Cuti Jerebu. Pulak2 arii ni ujan.. huiii sedapnya menguak lentang diri hehehe.

 Arini kita cerita pasal orang sombong la pulak. Kadang2 sebagai manusia biasa dan keja sebagai pencacai sahaja, kita selalu dikelilingi dengan sorang dua orang yang sombong kan. Sombong sebab dia punya keluarga yang kaya raya tahap jutawan la, sombong sebab dapat pasanagan berpangkat la, sombong sebab punya pasanagan yg hensem jelita la, sombong sebab dia yang berpangkat kat sesebuah organisasi la, dan banyak sebab lagi la dia nak sombong.. pastu bukan aje sombong, kata-katanya penuh dengan bicara riak dan maki-makian, suka memandang rendah kepada orang lain dan suka mengaibkan orang lain di khalayak ramai...



Rasulullah s.a.w telah mengingatkan tentang bahayanya bersifat sombong ini. Mengikut Abdullah bin Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w berkata " Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong"


Kemudian seseorang itu berkata " ( Ya Rasulullah )  sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus "

Rasullullah s.a.w menjawab, " sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan ( dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" ( Riwayat Muslim )

" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandang rendah ) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidah suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lalu membanggakan diri" ~ Surah Luqman, Ayat 18 ~

" ( Setelah itu ) dikatakan kepada mereka: Masuki pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahannam " ~ Surah az-Zumar ,Ayat 72 ~

Dalam hadis lain daripa Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w berkata
" Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni Syurga?"

Para sahabat menjawab : "Tentulah ( wahai Rasulullah ), lalu Beliau pun berkata :-
" ( Penghuni Syurga adalah ) orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain, kalau dia bersumpah ( berdoa ) kepada Allah nescaya Allah kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni Neraka ?"

Para sahabat menjawab : "Tentulah ( wahai Rasulullah ), lalu Beliau pun berkata :-
" ( Penghuni Neraka adalah ) orang yang keras kepala, buat sesuka hati ( kasar ), lagi sombong perangainya."

so yang mana ade sikap sombong tu, buang2 kanlah. Kita bukan manusia sempurna.
Mida dulu pon ade kisah jugak.. masa tu bawak team form 3 ( program pasca PMR ) panjat gunung Stong kat Kelantan nu. Nak panjat gunung kena beli kasut mendaki, beg baru. So ade sorang cikgu tu si Mat Nasir ( tapi selalu mengaku M.Nasir ) tegurlah..

" Wuyoooooo, kak. Kasut baru deh. Ado gambar binte ( bintang ) kala meroh.. samo pulok denge sarung tange kak tu.. cak ( cap ) samo ko kak?

" comei ko? kasut baru nih. tengok ni, dok jale pon susoh, melekat2 jah kat tanoh. punyo hebat ter kasut baru"

sebenarnya x de niat pon nak berlagak atau riak.. saja balas kata2 dgn bergurau. Tp kalau org x biase mmg nampak riak pon.

Lepas sesi meriakkan diri tu kena panjat byk jugak la anak tangga sebelum menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung. Seelok aje sampai kat jambatan gantung tu sebelah tapak kasut tu tanggal.. huwaaaaaaa. kena mendaki guna kaki ayam.

ha, nampak tuhan bayo cash. Mulut gatal berbinasa, terus kaki kena jadi mangsa. Sakit woo mendaki guna 'kaki cap ayam ni'. Abang guider tu nama Zul, dia sian kat Mida, dia pon bagi selipar mendaki dia kat Mida dan dia mendaki tanpa kasut. Mekasih la bro, walau selipar dia saiz 9 dan kaki Mida saiz 4, hantam saja. Tak mau banyak bunyik dah.. kang kena lagi..huhuhu. Sampai kat Baha's Camp, Zul pon jahit lah kasut tuh. Alhamdulillah dapat pakai balik. Sib baik la si Zul tu mmg pandai jahit kasut dan buat beg mendaki. Ade kedai kat KB. Kalau dia x bwk peralatan jahit kasut tu mau pecah la  kaki ( kaki dia la kut, sbb i kan pakai selipar mendaki dia hehehehe, nakal x sudah.)

oklah ini aje perkongsian Mida tentang sombong.
Yang baik jadikan teladan, hat hudoh dibuat jangan.

Goodbye,
Mida in Love.

Read more...

Thursday, September 5, 2013

Kaunseling Kaunselor.

Salam sahabat2 semua. Hari ni nak bukak sikit le citer pasal yg sangat berkait rapat dengan kerjaya Mida sendiri.Kerja apa ye.. ermm hanya seorang Kaunselor Berdaftar dan bertugas di sebuah sekolah menengah sahaja.. ( sebab x mampu nak bukak behaviour clinic ). So bila bertugas di sekolah ni macam2 la ragamnya. Ada yang ingat keja kaunseling ni perlu menasihat budak2 nakal je. Sampai ade yang sinis kata " ala takat bagi nasihat, kami pon boleh". Tak pon ade yg cakap.."ala bestnyer jadi cikgu kaunseling, bukan ade kelas pon..datang sekolah goyang kaki aje"


Ok.. sebenarnya Kaunseling itu adalah suatu proses perhubungan menolong yang bersistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien dengan baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.

Objektif Kaunseling. 
 1. Menolong menganalisa keadaan, sikap,pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan. 
2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi dan menyelesaikan masalah.
 3. Menolong klien menyelesaikan masalah/ isu. 

Tujuan Sesi Kaunseling.
1. Memberi maklumat. 
2. Celik Akal 
3. Memberi Sokongan 
4. Penyelesaian Konflik.
 5. Membuat Keputusan. 

Paling penting, Kaunselor TIDAK BOLEH :- 
 1. Mendedahkan isu sesi kaunseling dengan orang lain. Ini di kira sebagai melanggar ETIKA KERAHSIAAN.( Bagi kes jenayah baru boleh rujuk dengan pentadbir DENGAN PERSETUJUAN KLIEN- perkara ini perlu dijelaskan masa mula2 sesi kaunseling diadakan ). 
2. Kaunselor banyak cakap dari sesi luah rasa dari klien. 
3. Klien buat tazkirah / nasihat. Ini dikira sebagai communication block oleh klien. Sian dia kan.. nak luah rase, kita pulak yg over.. tu yg klien x sempat abis cerita semua permasalahan atau isu yg di pendam. Kalau kaunselor buat benda ni, mmg dia jenis PERASAN BAGUS.hahahaha. 
4. Buat keputusan untuk Klien. Oh..pleas..no..no..no ye. Kita bagi klien celik akal dulu. Minta dia buat beberapa alternatif. Lepas klien senaraikan alternatif pilihannya, kita bagi baik buruk sesambil suh dia pikir hingga klien decide sendiri keputusan dia. Kalau kaunselor yg buat keputusan, lepas tu klien buat dan hinggalah suatu hari nanti dia rasa keputusan yang kita buat untuk dia tu salah, sampai ke sudah dia maki kita tau. Huuuu x kuase hidup dalam makian orang nih. 

 Kaunselor tu pulak saper?Sape lagi..orang yang bertanggungjawab menjalankan sesi kaunseling le, yang penting mmg ade iktiraf dalam bidang kaunseling sama ada mempunyai diploma/degree/master/phd dlm Bimbingan dan Kaunseling dan paling bagus Berdaftar Perakuan Amalan dengan Lembaga Kaunselor...dapat tittle CR you. hehehe i sudah, thn 2008 dah buat. La ni lagi perit la sebab sapa nak buat Perakuan Amalan kena attend kursus dulu baru diinterview..huhuhu masak beb. Apa pun untuk masa depan elok la dapatkan perakuan tu ye. Senang kalau ade kes2 berat. Budak2 sekarang ni..... ( sambung le sendiri ). Ok.. itu aje, sebagai bahan supper malam ni. 

 Gudn8..huargggggh. Ngantuk sudah. 
 LIFE WIF MORE LOVE ^~^ 
Mida.

Read more...

Wednesday, July 17, 2013

Doa Rajin Solat.

Assalamualaikum.... Alhamdulilah.. ari ni dah 8 ari kita berpuasa.Bagi yang ada anak-anak, mesti nak anak-anak berpuasakan. Tetapi taukah kawan2 semua..daripada kita paksa anak-anak berpuasa, lebih elok kita paksa dia solat dahulu. Ini kerana, sesiapa yang mendirikan solat ,mereka akan berpuasa. Tetapi mereka yang berpuasa ada yang tidak solat. So dapat apa ye. Letih aje semata-mata. Mulai hari ni, jom kita paksa anak-anak jaga solat dulu sambil2 pantau dia berpuasa. Mida guna perkataan paksa, sebab kita ni kalau nak disiplin, memang kena paksa diri dahulu barulah mende tu jadi tabiat. So sementara anak-anak2 masih kecik ni kita paksa lah dulu, nak marah2 manja pon buleh. Tapi kalau dah tua bangka baru nak bertegas, susah la sikit. Okeh.. selain kita paksa dia, marah dia untuk solat.. ni Mida share doa supaya kita atau anak2 rajin solat. Meh kita sama-sama baca yer. Surah Ibrahim. Ayat 40. maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" oklah.. cukuplah setakat ni. Bulan2 pose ni tak larat nak taip banyak2. Mata sudah makin memberat. bye-bye u ol's. Mida *_*
Read more...

Tuesday, July 9, 2013

Cara Solat Terawih Sendirian

salam semua.. selamat datang Ramdhan. Malam ni kita dah start Terawihkan. Kalau ade anak2 kecik, agak sukar juga nak pi masjid berjemaah, pulak2 hidup tanpa bibik ni. Okeh ni Mida selitkan cara mendirikan solat terawih secara individu. Solat terawih ( sendirian ) أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taa'la 1. mulakan solat terawih 2 rakaat (rakaat pertama n ke-2) bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat pertama :At-Takasur -rakaat ke-2 : Al-Asr 2. sambung 2 rakaat lg (rakaat ke-3 n ke-4) bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-3 : Al-Humazah -rakaat ke-4 : Al-Fil bacaan doa setelah selesai 4 rakaat pertama Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keredhaanMu n SyurgaMu, aku memohon perlindunganMu drpd kemurkaanMu n seksaan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lg Maha Pemurah n Engkaulah yg suka memberi ampun, maka ampunkanlah kami n kedua ibu bapa kami n seluruh kaum Muslimin n Muslimat. Dgn RahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang n segala puji bg Allah Tuhan seluruh alam. 3. sambung 2 rakaat lg (rakaat ke-5 n ke-6) bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-5 :Al-Quraisy -rakaat ke-6 : Al-Ma'un 4. sambung 2 rakaat terakhir (rakaat ke-7 n ke-8) bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-7 : Al-Kafirun -rakaat ke-8 :An-Nasr bacaan doa setelah selesai 8 rakaat solat terawih (sama seperti doa di atas) selepas habis solat terawih..kita sambung pulak dengan solat witir 3 rakaat 2 salam 1. mulakan solat witir 2 rakaat (rakaat pertama n ke-2) dgn niat sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taa'la 2. bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat pertama : Al-A'la -rakaat ke-2 : Al-Kafirun 3. sambung 1 rakaat lg (rakaat ke-3) dgn niat sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-3 :Al-Ikhlas Al-Falaq An-Nas * mulai mlm 16 Ramadhan disunatkan membaca doa Qunut seperti Qunut solat Subuh pd rakaat terakhir solat witir iaitu selepas bangun dr rukuk Ya Allah, tunjukkan aku sebagaimana mereka yg telah Engkau tunjukkan, berikan kesihatan kpd ku sebagaimana mereka yg telah Engkau berikan kesihatan, dan peliharalah aku sebagaimana org2 yg telah Engkau peliharakan, berilah keberkatan bg ku pd apa2 yg telah Engkau kurniakan, dan selamatkan aku dr bahaya yg telah Engkau tentukan, maka sesungguhnya Engkaulah yg menghukum n bukannya yg kena hukum, dan sesungguhnya tidak hina org yg Engkau pimpin, dan tidak mulia org yg Engkau musuhi, Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami n Maha Tinggi, maka bg Engkaulah segala pujian di atas apa yg Engkau hukumkan, aku memohon ampun dr-Mu n aku bertaubat kpd-Mu, dan semoga Allah mencurahkan Rahmat n sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad n keluarganya. * sumber rujukan:Buku Panduan sembahyang Sunat Terawih, Terbitan JAIS. Happy Sharing.. Mida.
Read more...

Monday, July 8, 2013

Nilai Duit Seorang Makcik.

Salam.. Nampak bersarang dah le Blog Mida ni. Lama betul tak menjengah. Bukan ape, tahun ni bertukar di sekolah baru, lepas tu kesihatan diri dan anak2 pulak tak mengizikan. Lepas sorang..sorang demam yang teruk. malah anak yang bongsu pun pernah diserang sawan ketika di taska. Oklah.. hari ni bukan nak bebel hal tu.. tapi Hal DUIT. Sebut duit mesti semua mata org dah start 'bulat' dengan perasaan yang teruja dan terdengar2 bunyi 'keceng..keceng..keceng'. hehehe. Mida ni rasenya tiap kali gaji macam tak cukup je duit gaji. Macam2 kehendak nak beli. Huiiiiii teruk betul. Kadang2 ( sebenarnya selalu..hek..hek..hek )belum gaji dah start buat bajet beli barang. Adoiii la. Tapi penah tak kita terfikir kehidupan orang lain yang susah sangat. Nak bayar duit tambang bas RM2.00 pun kena berkira2. Okeh ni la point sebenarnya tulisan Mida kali ni. Aritu Mida ade attent Seminar Art Therapy di BTPN Pahang. Masa balik tu, Mida tumpang Kak Siti Amzan hingga ke Stesen Bas Rapid untuk pulang ke rumah. Biasalah sejak duduk kuantan ni, x dapat la merempit dengan Cik Putih sbb En.Suami tak yakin lalu ngan Mida merempit area sini. So kalau ade apa2 mmg bergantung dgn kawan dan bas rapidlah. Masa nak naik bas ni, Mida tolong sorang mak cik tu yang dah tua dan bongkok, agar sukar dia nak naik bas. Mida pimpin hingga ke kerusi. So dah tolong tu beramah mesra la pulak. Mak cik ni rupa2nya menyewa di lorong 33 , sama taman dgn umah Mida. Mak cik tinggal sorang diri sbb adik dia dah meninggal awal thn baru ni. Sewa umah tu RM300 ( kebiasaannya RM 500 tp tuan umah kesian kat dia, dpt le murah sewanya ). Sambil2 tu mak cik tu jual makanan ringan dan air depan umah. Kata beliau, dia ade dpt bulan lepas duit bantuan dari Yayasan Pahang. Namun selepas beliau mengeluarkan duit tersebut dan berhajat nak membeli payung untuk gerai kecil depan rumahnya, beliau telah dipukau oleh seorang perempuan india.Habis duitnya. Bajet nak beli payung hangus macam tu je. Walaupun begitu, beliau tetap jual makanan ringan seperti biasa. Cuma katanya jika dapat beli payung tersebut, beliau nak buat goreng2 keropok atau pisang. Tapi impian itu terpaksa di tangguhkan sebab nak kumpul duit dahulu. Tambah beliau, sebulan hanya 4 kali sahaja beliau ke bandar untuk cari makanan ringan sebabnya dia hanya bajet RM8.00 sebulan untuk naik bas rapid. Sebagai warga emas, beliau buat kad warga emas untuk menaiki rapid, 1 hala hanya RM1.00 sahaja. Kemudian dia bertanya harga kad topup Maxis... puas dia cari topup RM3, tapi semua kedai kate tak ada. Mida pun cakap, la ni paling murah pon RM5. Beliau kata, kalau RM5, dia hanya boleh topup 2 kali saja lah sebulan. Lepastu dia tanya harga cerek yang bila air masak tu boleh bunyi.. dia nak tau harga bagi saiz yang kecik aje sbb kalau besar sgt pon, dia tak larat nak angkat. Sebelum ni dia masak air dalam periuk aje, tp kadang2 dia terlupa nak tutup api gas..dia risau akan mengundang bencana. Tapi duit nak beli cerek pun tak de lagi.. nak kumpul dulu hasil jualan makanan ringan. Apa2haal semua kena tunggu dulu. Padahal dari tenguk barang jualannye bukan banyak, ntah le kena tunggu berapa lama boleh beli payung dan cerek berbunyi tu :( Masa borak2 tu rase cam nak nangis je pulak. Ye lah, Mida ni pon selalu rase macam tak cukup duit ( tu baru rase ye..). Walhal sebulan beli novel 3-4 buah.. makan2 fastfood ngan anak, beli baju, tudung, kadang2 kasut, pewangi..erkkk ikut nafsu mata yang memandang. Tapi mak cik yang baru Mida kenali ni betul2 save bajet kerana betul2 tak cukup duit. Terpaksa menangguhkan barang2 keperluan sebab tak cukup duit. tapi Mida, menangguhkan pembelian barang2 kehendak pon kadang2 berkali2 bercerita kat En. Suami sbb tak dapat beli barang kehendak tu dan dengan harapan En.Suami empati dan sanggup membelinya untuk Mida. huhuhuhu. Cuma pada petemuan singkat ni, tak sempat Mida tanya:- - Kenapa tak duduk rumah2 kebajikan, sebabnya ade yang jaga makan minum dan kesihatan. - ade dapat/ mohon tak duit zakat. Dari pengalaman ini juga Mida dapat muhasabah diri sndiri:- - Sentiasa bersyukur dengan pendapatan/ rezeki setiap bulan. - Jangan berlebih2 ketika membeli... nanti geng syaiton ni rojin la pulak. - Setiap pendapat yang kita dapat, ia juga perlu dikongsikan dengan orang lain yang berhak ( zakat dan sedekah ) - Jangan terlampau mencari kesenangan atau melihat kesenangan orang lain, nanti mengajar hati kita menjadi tamak dan dengki, sesekali tenguk juga orang yang susah tapi kental dalam mengharungi kelangsungan hidup mereka. okey lah. Cukuplah perkongsian kali ini. len kali ade lagi kisah.. Mida akan share ( harap2nya tahun ni lebih rajin update dari tahun lepas) *-* Bye..bye..luv u all.
Read more...

Monday, February 4, 2013

Nilai Sebuah Lukisan Buat Seorang Lelaki Tua

Assalamualaikum. Lamanye x jenguk blog ni..naik berkulat dah kot :p Buat makluman teman/ rakan dan sahabat semua, tahun ni pada 3 Jan 2013 Mida di transferkan ke SMK Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Beserah, Kuantan. Sekolah ni popular dengan panggilan SABS yang bermaksud Sultan Abu Bakar School.So citer kite pada hari ini adalah kejadian pagi tadi yang berlaku di SABS ni lah ye. Kisah seorang pak cik tua yang datang ke sekolah dengan hajat nak menjual beberapa hasil lukisan. Pagi tadi dalam pukul 9.00 pagi, Mida dan sorang lagi kakak kaunselor tu pegi jalan2 cari makan kat kantin SABS. Lepas kenyang mencekik sepinggan nasi minyak bersama xtra ayam, tiba la masanya sambung keja balik kat UBK. So masa dlm perjalanan nak pi UBK, terserempak la ngan 2 orang guru praktikal dan Shan yang bawa seorang pak cik tua ke kantin sekolah. Tengok pak cik tu terketar-ketar nak jalan. Ada laluan yg rendah sikit, mesti pakcik tu cakap " tolong ye nak, pak cik takut jatuh.' Shan pun datang kat pak cik tu pimpin tangannya. Guru praktikal tu pulak tolong bawakkan beg dan beberapa hasil lukisan. Bila dah sampai kat kantin tu, acapkali pak cik tu mintak tolong panggilkan beberapa orang guru supaya datang tengok lukisan2 yang di bawanya.Masa di kantin tu, pak cik tu pon kongsi la cerita bahawa dia datang jual lukisan2 tu semua sebab nak dapatkan duit bagi menampung perbelanjaan pembedahan ligamen lututnya. Patutla tadi jalan pun tak larat. Tengok rupa pak cik tu, Mida anggarkan dia nak masuk umur 70. Tua sangat, jalan pon tak tegak dah. Dia menambah bahawa dia hanya duduk seorang di Kuantan ni sebab tiada anak. Waaaa, rase nak nangis..nak nangis.. iskk tak boley lama-lama, kang bajir lagi SABS nih. Nak di jadikan cerita kakak kaunselor iaitu Kak Che Siti Amzan Ismail pun beli la sekeping oil painting pakcik tu yang besonye 1mX1m dengan harga RM75 sahaja. Kak tu cerita masa dia di sekolah SMART memang pak cik tu selalu datang jual lukisan dia tu. Bayangkanlah sekeping lukisan dijual dengan harga RM75, dan anggarkanlah pak cik tu perlu jual berapa keping dan perlukan berapa tahun nak kumpul 13-15k untuk buat pembedahan lingamen lutut dia tu. Allahuakbar. Betapa la kuat semangat pak cik tu berusaha untuk kelangsungan hidup dia yang keseorangan dan sedang sakit. Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada pak cik itu. Malah didoakan juga murahkanlah rezekinya. Walaupun kudrat terbatas, dia tidak meminta2 begitu sahaja untuk dapatkan wang. Okeh la ini sahaja perkongsian bicara Mida di awal tahun ini. Mida pon tadi tak pasti juga sama ada lukisan pak cik tu habis terjual atau tidak. Malah tidak bertanya juga lukisan itu karya dia atau bukan. Tapi signature yang ade kat setiap lukisan tu sama le pulok. Mungkin le kot tu hasil karya dia. Oh ye lupa nak kabo pasai pe pak cik tu tak de anak.. sebabnya pak cik tu pernah kawin tapi jodohnya tak panjang. Dia bercerai dengan isteri dan tiada anak. Lepas bercerai tu dia terus solo hingga le ni. Bye.. ^________^ Mida.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...