click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 30, 2010

Sulaman Lingkaran Bunga Lalang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Untuk makluman rakan-rakan, awal bulan oktober yang lalu, Mida kuat beno berjalan dan ronda-ronda Malaysia. Bermula di Melaka bersama pelajar, kemudia ke Kelantan bersama keluarga dan ke Pulau Pinang bersama pelajar PMR. Sudahnya membuatkan Mida bleeding dan doc menasihatkan berehat sahaja di rumah dan pantau kesihatan diri.



Sebenarnya Mida ni jenis yang tak boleh duduk diam..bila kena rehat bermakna dok umah hanya baring, tengok tv, makan. Huiiiii penatnye, bosannye.

So dari buang masa tu, baik dok menyorok kat bilik jahit menyudahkan sulaman manik baju Mida ni. Sebenarnya tak boleh nak siapkan cepat..makan 5 hari juga sebab, perut rase tak selesa pula duduk lama-lama. Tapi tak pa, asal siap.
Kali ni, sulaman pada baju kurung moden ni Mida buat kat area pinggang. Saje la malas nak mula dari bawah..


gambar dari sisi jauh. Biasela guna kamera cap ayam..hasil pun macam makan ayam gak la.. 


Gambar dari sisi dekat..huiiii nampak pulak kesan draftt ngan pensil..

Ok tu saje dari Mida.

Salam Manis..
Mida ^_^


Read more...

Sulaman Manik Kurung Pesak Aqiss yg di Upgrade

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya lama dah nak upload gambar ni..tp selalu sangat error. So tadi dok cuba boleh pulak. Sebenarnya dah nak dekat raya aritu, Aqiss dok sibuk komplen sebab simple sangat dia punya sulaman manik. Amboi aiii, kuat beno komennye, esok dah beso, tak pandai menyulam..memang nak kena sekeh la anak dara sorang ni.



Ok dari penat tengok mulut dia naik muncung semacam je,  umi dia pun mengalah le. Sib baik sorang je anak dara. Nasib badan la ye. So Mida tambah la manik tabur di keliling leher dia dan tambah bunga manik lilit sebab dia jeles yang manik tu Mida jahit kat baju raya Mida.


Ok ni gambaran penuh la jahitan manik baju Aqiss ni. Kalau dalam entri sebelum ni ringkas le sikit.


Ok ni gambar dekat bunga penuh di hujung leher..


Ha, ni la sulaman manik yang Aqiss jeles sangat tu pun. So buat gak la kat dia. Padahal sulaman ni paling ringkas. yang penting jahit manik sebutir kat tengah tu dulu. Dah siap, susup jarum kat tepi manik dan masukkan dalm benang 6 butir manik dan matikan di sebelah manik awal tadi. Selepas tu barulah susupkan benang dalam 2 manik-2 manik-2 manik. Haa haha..faham ka? Kalau x faham, lenkali ye Mida tunjuk cara jahit manik.

oh ya..kalau nak tau, sulaman manik Aqqiss lebih marveles dari sulaman manik umi dia ni...

Bye,
Mida ^_^

Read more...

Energi Terbalik

Salam semua....
Adoiii lama sungguh tak menulis dalam blog ni. Banyak sangat kerja, x putus2 hinggalah abis sekolah ni. So ari ni curik2 masa senggang sket tuk Mida kongsi cerita pasal Energi Terbalik. Layan ek...

Energi terbalik ni boleh menyebabkan seseorang keras kepala,,tidak percaya kepada hampir semua orang, lihat orang lain dalam sudut negatif dan selalu melihat diri sendiri dalam keadaan benar.Kemudian suka pulak berdebat dengan orang lain serta sukar menerima pendapat orang lain. Huiiii geram betul kan dengan orang cenggini, mau kena pelempang sedas dua..hehehe.

Sebenarnya energi terbalik ini berpunca daripada ibu bapa mereka. Seandainya dalam perkahwinan itu bermasalah dan sepanjang kehamilan itu berlaku tekanan tentang hubungan maka anak yang di lahirkan akan mudah tergolong dalam kelompok energi terbalik.

Sebagai satu contoh, ada pasangan yang baru berkahwin, si isteri sudah menyuarakan isi hatinya yang tidak mahu memiliki zuriat lagi kerana tuntutan kerjaya. Namun bagi suami ,walau bersetuju tetapi dalam diam tetap mahukan zuriat dalam keadaan yang segera. Lalu si suami merancang beberapa strategi agar si isteri hamil. Walau bagaimanapun perancangan itu di lakukan secara halus agar dia tidak di persalahkan.

Setelah lama dia menunggu, si isteri memberi khabaran bahawa dirinya sedang mengandung. Berita itu disambut gembira oleh suami tetapi sebaliknya oleh isteri. Lalu isteri menyuarakan hasrtanya untuk menggugurkan si anak dan sudah pasti suami menentang keras.

Mahu tak mahu, si isteri terpaksa meneruskan kehamilan walaupun jiwanya marah dan tertekan. Ia berlaku setiap hari dan memendam rasa. Apabila si isteri tadi melahirkan anak dalam keadaan emosi dan dendam atau tidak puas hati maka dengan sendirinya energi terbalik tadi telah terlepas kepada si anak sewaktu kelahiran.

Apabila si anak meningkat dewasa, mereka menyedari seperti ada yang tidak kena pada diri mereka.Mereka merasakan masyarakat sekeliling seolah-olah tidak memihak kepada mereka.Mudah rasa tidak di terima, mudah terasa di pinggirkan, mudah terasa tidak di sayangi dan lain-lain lagi.

Walaupun suatu hari nanti si ibu menyayangi si anak, tetapi bukan mudah untuk membuang energi tersebut dengan kasih sayang semata.

So buat ibu-ibu di luar sana, jagalah emosi kita sepanjang kehamilan. Jangan biarkan enegi negatif menyaluri kelahiran zuriat kita sehingga menzahirkan energi terbalik kepada mereka.

Salam manis
Mida ^_^



Read more...

Saturday, September 18, 2010

Produk Yang Membahayakan Kesihatan.

Sebagai seorang wanita, Mida juga seperti adanya wanita yang lain suka pada kecantikan. Tapi dalam ralit kita mencari produk kecantikan kita juga kena berhati-hati kerana ada syarikat produk tersebut tidak mementingkan kualiti kita tetapi keuntungan mereka sahaja.

Semalam dalam Metro, seorang wanita berhabisan sebanyak RM 4k untuk cantik..last2 abis kulit dia terbakar. Mau nangis seh..

Ok ni ade senarai produk yang akan membawa kemudaratan kepada kita. Tengok2 la..dan ambil tahu. Bukan sahaja sebagai peringatan kepada kaum wanita, kaum lelaki pun sama.Sebab kecantikan untuk semua jantina.

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG



So, ada tak produk yang korang guna dalam list ni???? Aduhhh dulu Mida ada guna Raja ubat Resdung tu..2-3 tahun lepas punya ceritalah. Sebab Mida ni ade alergic. Abis tangan melelas/luka jika membasuh baju dan pinggan. So bila makan ubat tu kira tangan idak le rase panas dan gatal-gatal. Tapi lama-kelamaan, produk tu sudah tak di pasarkan dah di sini. So stop la makan. tapi apa yang di maksudkan dengan Antihistamine? yang Mida tau ia berfungsi sebagai pencegah alahan. So banayk la yang digunakan dalam ubat-ubat alergic, selsema dan asma. Tapi kesan jangka panjang atau pengambilan berlebihan tak tahu la pula. Selalunya ubat selsema dan alergic membuatkan Mida mengantuk.. tu je. Lain2 ntah la pula kan.


Love,
^_^ Mida.





Read more...

Friday, September 17, 2010

Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Freud.

Sigmund Freud ( 1856-1939) adalah seorang doktor perubatan yang banyak menumpukan perhatian kepada permaslahan gangguan emosi manusia. Beliau mengemukakan Teori Personaliti yang menerangkan bagaimana individu melalui pelbagai tahap semasa kanak-kanak dan remaja yang membentuk siapa dia semasa dewasa. Freud menggunakan istilah psikoseksual untuk merujuk kepada 5 tahap dalam perkembangan personaliti.

1.Peringkat Oral ( lahir hingga 12 atau 18 bulan )
- Keseronokan datang dari mulut. Bayi mendapat keseronokan daripada aktiviti menghisap ( hisap susu atau jari ). Malah kita juga selalu nampak bahawa bayi suka memasukkan sesuatu objek ke mulut tanpa mengira ianya boleh di makan atau tidak. kalau orang kampung kata suka mengutip. Ye la pantang menjulur ke sana kemari ( bawah kerusi la..bawah katil la..bawah meja la..huhuhu letih mengejornya.)ada sahaja yang diorang kutip dan masuk ke mulut. Sebab tu masa ni orang-orang tua kita selalu pesan supaya jangan ada benda tajam atau kekotoran. Takut bayi kita tersalah makan..nanti membahayakan kesihatan mereka pula. Malah dalam islam juga mengesyorkan agar tempoh menyusu bermula sejak lahir hinggalah ke usia 2 tahun. Gamaknya supaya bayi kita mendapat kepuasan yang optimum ye.. Lagi satu, kalau kita sedarlah, time ni bayi kita suka no menggigit. Sehingga membuatkan kita pun nak gigit dia balik..hahahaha lawak ja.

2.Peringkat Anal ( 12@18 bulan hingga 3 tahun )
-  Di peringkat ini keseronokan datang dari dubur. Kanak-kanak mendapat kepuasan kerana dapat mengawal pembungan najis. Kanak-kanak sedar tentang keperluan tersebut malah boleh menyatakan kehendak mereka dengan bahasa. Jadi pada waktu ini memamg amat sesuai sekali bagi ibu dan bapa melatih anak pergi ke tandas. Ada yang bilang, 'alah anak saya kecil lagi..nanti bila dah besar..pandailah diorang sendiri' atau ada yang cakap ' malas lah..nanti rumah kotor..terkucil sana, terkucil sini'. Jangan macam tu, jika kita melatih mereka dari awal, kita dapat lihat kurangnya kebergantungan mereka kepada kita dan mereka sedikit-sedikit memahami alam mereka dengan berdikari. Menjadi ibu dan bapa memang tak boleh malas.Sekiranya kita sekat akan perkembangan mereka masa ini, bila besar nanti ia akan mengganggu perkembangan personaliti mereka- cth sentiasa bergantung, takut buat keputusan, perlukan sokongan dalam tindakan dll.

Alhamdullilah kedua-dua anak Mida, Mida memang latih dari awal. Ye la info ni memamg Mida dapat masa belajar Kaunseling Keluarga.So dah tau kalau tak amal rugi pula kan. Anak yang sulung tidak bergantung pada pampers pada usia 2 tahun dan adiknya pada usia 1 tahun 7 bulan..hehehe jimat duit. Memang pada awalnya teramatla susah. Malam-malam kena kejutkan 2-3 kali ke tandas, siang pantang lepa ( lalai) diorang terkucil sana sini juga. Tapi walaupun penat, memang kena buat juga.So kena beringat. Lepas minum susu, dalam setengah jam kemudian pujuk pergi tandas. Untuk buang air besar, siap beli toilet kanak-kanak cam itik tu. Ajak la dia 'uk uk' dalam tu sesambil bawa itik tu keliling dalam toilet. Percayalah penatnya melatih dalam minggu pertama. Lepas tu memang ada sikit-sikit peningkatan dalam tingkahlaku mereka.

3. Peringkat Falik ( 3 hingga 5 @ 6 tahun )
- Kanak-kanak menyedari dan tertarik dengan organ-organ jantina yang membezakan antara lelaki dan perempuan.Malah mendapat keseronokan dari aktiviti memanipulasi organ-organ berkenaan. Time ni la anak-anak kita yang berbeza jantina akan pelik tengok jantina mereka yang tak sama.  Kanak-kanak perempuan akan mengikut tingkahlaku ibu kerana mahu bersaing dengan ibu dalam mengambil perhatian ayah, ini di gelar Electra Complex dan kanak-kanak lelaki cuba menyaingi bapa dalam mendapat perhatian ibu dan ini di gelar sebagai Oedipus Complex. Time ni juga bagi anak perempuan dah sibuk tunjuk skill guna make up ibunya dan anak lelaki sibuk dengan rambut pacak mereka.Kalau zaman kita dahulu, waktu ni la masing-masing tunjuk skill main pondok-pondok dan berlakon jadi ibu dan ayah. Ingatkan *_*.

4. Peringkat Latensi ( 5@6 tahun hingga 11 tahun )
- Kanak-kanak perempuan akan mengindentifikasikan dirinya dengan emak dan kanak-kanak lelaki dengan bapa. Naluri seksual kurang memainkan peranan kerana waktu ini mereka sibuk dengan aktiviti mempelajari kemahiran baru secara formal seperti membaca, mengira dan menulis.

5.Peringkat Genital ( baligh dan ke atas )
- Remaja mengalami kematangan seksual dan mula tertarik dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Haa waktu ni la sibuk cari abang angkat, kakak angkat dan adik angkat.. lepas-lepas tu mula usha untuk cari awek2 la pula.

Love,
^_^ Mida

p/s jangan jemu menjadi ibu dan ayah kepada zuriat2 kita.

Read more...

Perkembangan Pra Lahir Mengikut Bulan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Huiiii lamanya tak update blog ni. Sibuk nak buat persiapan raya dan nak beraya. So amacam semua? Seronok beraya dan cuti raya. Lepas ni mau gasaklah dengan kerja2 yang menimbunkan.

Ok..topik ari ni,Mida share tentang perkembangan peringkat pra lahir mengikut bulan.Apatu? perkembangan siapa?Ok..perkembangan bayi di dalam perut kita atau wife kita. Jom tengok gambar di bawah ek..


Bulan 1
- Anggaran saiz adalah 1 cm.
- Tika ini jantung,otak dan paru-paru mula membentuk.
-Pada hari ke 18-25, jantung mulai berdegup/berdenyut.
-Pada akhir bulan, embrio adalah 10,000 kali lebih besar dari saiz persenyawaan berlaku.

Bulan 2
- Anggaran saiz 2.5 cm
- Muncul permulaan tubuh secara keseluruhan.
- Saiz kepala adalah separuh panjang badan.
-Otak,kulit, tangan,kaki, organ muka dan ciri-ciri wajah mula terbentuk.
- Malah otak boleh berfungsi memberi signal kepada organ-organ lain.

Bulan 3
- Anggaran saiz 7.5cm
- Berat badan lebih kurang  0.45g
-Saiz kepala 1/3 saiz badan.
- Bola buka dan tutup mulut, menguap, menelan,buanng air dan mengahadam.
- Mata masih lagi tertutup.
-Janin mula bergerak: pusing kepala, menendang,menggerakkan tangan.
- Organ jantina terbentuk dan mungkin boleh di kenalpasti jantinanya.

Bulan 4
- Membesar dengan cepat.
- Saiz pada akhir bulan 4 dianggarkan 20-25 cm dan berat 0.17kg.
- saiz kepala 1/4 panjang badan.
- Mula terbentuk alis dan bulu mata.
- Kuku-kuku lembut juga mula tumbuh pada jari kaki dan tangan.
- saat ini perut ibu umpama belon kerana air-air ketuban mulai ada.

Bulan 5
- Anggaran saiz 30 cm dan berat 0.25kg
- Denyutan jantung boleh di dengari melalui stetiskop.
- Aktif menendang,bergerak dan terkedu.

Bulan 6
- Anggaran saiz 35 cm
- Berat badan 0.67 kg
- Kadar pertumbuhan akan menurun.
-Telinga boleh mendengar sebarang muzik atau bicara., menangis,menghisap ibu jari dan menggenggam tangan.
- Tulang mulai mengeras.

Bulan 7
- Kepala semakin membesar
- Berat badan 1.5 kg
Bebas menggerakkan tangan dan kaki, menangis, menelan dan menghisap jari.

Bulan 8
- Panjang 41 cm
- Berat 1.8 kg.
-Rambut semakin panjang, mata boleh buka dan tutup/berkelip-kelip
- semua tulang lengkap tetapi lembut.
-Ruang bergerak semakin terhad. Dan ada janin yang telah menghadap muka ke bawah.

Bulan 9
- Saiz badan 50 cm dan berat badan boleh mencapai 2.5kg -3.5 kg.
Kulit menjadi licin dan tumbesaran akan terhenti seminggu sebelum kelahiran.

Ok..ni saja bahan dari Mida.
Lenkali kita bicara lagi.

Love,
^_^ Mida.


Read more...

Friday, September 3, 2010

Baju Kurung Pesak Gantung & Sulaman Manik Aqiss

Petang ni dok sorang2, sebab anak-anak dah balik umah wan dia kat Putri Malu. So ada masa ni, sibuk la menyiapkan sulaman manik untuk baju Aqiss. Semalam pun dia dah pesan.." umi, jait senonoh sikit tau.." Amboiii, mak aii ayat dia...


Untuk baju raya Aqiss tahun ni, Mida buatkan baju kurung pesak gantung kat dia dan tangan tu di jahit dengan benang getah, biar nampak ropol2 sikit. Walaupun asalnya nak buat baju kurung moden dan kain belah..haippppp abah si Aqiss tak bagi, *_* so ubahlah jadi kurung pesak gantung. 

Aqiss sebenarnya tak sabar nak bawa baju ni kat umah wan dia, tapi pas balik sekolah tadi terus hantar diorang dan sulaman manik belum siap sepenuhnya..kalau tak tu mesti nak tayang kat wan dan nak bagi wan dia jeles..heh..heh..heh..

Untuk Sulaman manik, Mida pilih hanya sulam di leher saja, lengan malas nak buat sebab dah ropol2 tu kan. Coraknya pulak bunga separuh, dan hanya ada sekuntum bunga penuh. Yang paling penting maniknya mesti guna warna PINK. Nak tau si Aqiss ni memang minat PINK. Bagi dia warna lain tak cantik. Macam-macam lah puteri seorang ni. DEMAND! Tapi syukur juga sebab tahun ni pertama kali kami sekeluarga  boleh bergaya dengan warna coklat.. itupun bunganya perlu ada PINK tau. Kalau tak ,Aqiss tak mau. Sebelum2 ni memang tak dapat nak buat tema warna sebab Aqiss dan Ijatt punya pilihan yang berbeza.


Baju Kurung Pesak Gantung  Aqiss


Sulaman Manik corak bunga separuh..


Read more...

Tuesday, August 31, 2010

Salam Aidilfitri

Lamanya tak buat post kat sini.. sedikit bizi sebab cuti Nuzul Quran baru-baru ni penat membuat kuih raya dengan Ain dan Hawa. Tq la sebab ringan la sikitkan beban buat kuih ni. Tidak la penat sangat ( tp penat juga sebab buat untuk 4 rumah- u olls kan dah maklum sebelum ni ). Soo 3 ari baru ni sempatla buat Conlakes Madu ( dah masukkan resepinya kannnnnn ), Almond London dan Biskut Arab.

Cuti Hari Merdeka pulak, sibuk menyiapkan baju raya aqiss dan uminya ni.. tapi lum touch up ngan manik je. Harap2 cuti sekolah ni sempatlah menjahit manik  dan  tudung.

Manakala mak kat umah plak, sibuk dok nak menyambung lagi kebizian dengan buat kuih raya lagi.. hulahhhh, karang tak tau la sapa yang lebih penat. Mungkin ari selasa depan kut baru balik Puteri Malu. Harap2 dalam jangkamasa yang ada ni sempatlah melangsaikan segala kerja yang terbengkalai....

Okeh.. apa2 pun iklim di tempat kerja Mida ni memasing dah sibuk nampaknya cam nak raye. Setiap bilik dah ade kuih2 raye di atas meja ( hehehe geram nak ngap!). Masing2 pun dah nampak kampung halaman je. Tak sabar dah nak balik kampung untuk meraikannya bersama keluarga.

So di kesempatan ini, Mida ucapkan kepada semua yang mengenali, rakan2, pengunjung2 blog ini...



 Luv,
Mida

Read more...

Friday, August 27, 2010

Conflakes Madu

Seronok betul arini, sebab Ain dan Hawa datang umah. Meriah le sikit cuti-cuti ni. Ikutkan diorang semua nak balik Putri Malu, tapi mak terpaksa berkejar ke Kuantan sebab Ude bersalin. So pe lagi..ambil kesempatan la panggil diorang berkumpul sesambil buat kuih. Bayangkan kena buat tuk 4 rumah- rumah sendiri, rumah mak, rumah mertua dan rumah Along..yang ni kes istimewa sebab Along sibuk mengajar, belajar pulak sambung master dan sarat mengandung..


Okeh..arini plan buat Conflakes madu. Rasenye ramai yang reti buat kuih ni sebab ni la kuih paling senang nak buat, main campak2 ja ^_*

Bahan.

9 cawan conflakes
1 botol madu
2/3 cawan marjerin
4 sudu besar gula
1 cawan kacang tanah- dikisar kasar
1 cawan ceri- dipotong dadu 
cawan kertas secukupnya.

Cara
- panaskan kuali
- masukkan marjerin, bila marjerin dah cair masukkan madu dan gula. Biarkan ia menggelegak.
- padamkan api, maukkan conflakes, ceri dan kacang tanah. gaul rata hingga nampak adunan melekat. Angkat.
- masukkan adunan ke dalam cawan kertas. taburkan coklat rice warna warni sebagai hiasan.
- panaskan oven dalam suhu 180 C, bakar selama 5-7 minit sahaja.
- Sejukkan dan barulah simpan dalam bekas.

 Belum siap bakar..


Dah siap bakar..erkkk geramnye nak ngap.


Read more...

Saturday, August 21, 2010

Amalan Menyambut Kelahiran

Amalan Sewaktu hendak bersalin
- Sentiasalah beristighfar dan selawat ke atas nabi
-Membaca surah Al Insyiqaq dan Al Hasy

سُوۡرَةُ الانشقاق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ذَا السَّمَاء انشَقَّتْ (1)وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (2)وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ (3)وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ (4)




Al-Inshiqaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila langit terbelah, (1) Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (2) Dan apabila bumi diratakan, (3) Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong, (4)
سُوۡرَةُ الحَشر




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَلَوْلَا أَن كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجَلَاء لَعَذَّبَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابُ النَّارِ
Al-Hashr




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia dan mereka pula akan beroleh azab seksa Neraka pada hari akhirat kelak. (3)
- Doa untuk mudah bersalin ( di baca oleh suami )


'Ya Allah, permudahkanlah isteriku bersalin dan selamatkanlah isteriku,juga anak yang di dalam kandungan serta panjangkanlah umurnya dan umur anak-anakku di dalam ketaatan kepadaMu dan keredhaanMu dengan rahmat dan kurniaanMu.Amin'.
- Doa ketika hendak bersalin dan selepas bersalin.



Amalan sejurus selepas kelahiran anak ( lelaki dan perempuan )
- Mengucapkan Alhamdulillah
-Azan di telinga kanan ( Fadhilatnya untuk menghindari anak daripada gangguan Syaitan yang bernama 'Ummu Sibyaan' )
-Iqamat di telinga kiri
-Membaca Surah Al-Qadr di telinga kanan ( Fadhilatnya untuk menghindarkan anak dari perbuatan zina)



- Membaca surah Al-Ikhlas 3 kali di telinga kiri ( Fadhilatnya untuk mengukuhkan aqidah anak )
- Membaca Surah Al Insyirah di ubun-ubun dan di dada bayi ( Fadhilatnya untuk menerangkan hati anak )

- Membaca 3 Qul dan ditiupkan ke seluruh anggota badan bayi.

Luv,
Mida (^_^)

Read more...

Thursday, August 19, 2010

Dusta Kelebihan Terawih.

Assalamualaikum..salam ramadhan buat semua rakan yang Mida sayang dan pengunjung-pengunjung blog ini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda barang siapa yang mendirikan sembahyang terawih pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu ( riwayat muslim )

Mida ingat lagi masa zaman belajar dulu, di dinding atau di kepala katil masing-masing tertampal tentang fadhilat terawih dari hari pertama hinggalah hari terakhir malam yang ke 30.Anda bagaimana? Ada buat tak? Ingat tak apa fadhilat-fadhilatnya? Ha..ha..tadi kemas stor buku-buku dan mainan,erm terjumpalah helaian kertas tentang fadhilat terawih ni di celah-celah buku.Ok ni la dia.....

Malam pertama- Keluarlah dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru di lahirkan ( mendapat keampunan dari Allah )
Malam Kedua  - Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 

Malam Ketiga - Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam Keempat - Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Kelima - Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Keenam - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam Ketujuh - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam Kelapan - Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam Kesembilan - Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam Kesepuluh - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 

Malam Kesebelas - Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam Keduabelas - Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam Ketigabelas - Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam Keempatbelas - Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam Kelimabelas - Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam Keenambelas - Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam Ketujuhbelas - Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Kelapanbelas - Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam Kesembilanbelas - Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Keduapuluh - Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam Keduapuluh satu - Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam Keduapuluh dua - Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam Keduapuluh tiga - Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam Keduapuluh empat - Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam Keduapuluh lima - Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam Keduapuluh enam - Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam Keduapuluh tujuh - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam Keduapuluh lapan - Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam Keduapuluh sembilan - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Tarawih Malam Ketigapuluh - Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar



Adakah anda tahu ianya hanyalah P.A.L.S.U? Kononnya juga ya fadhilat ramadhan ini adalah hadis dari Rasulullah yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. Namun apabila merujuk kepada kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis termasuklah kitab hadis palsu ( maudhu'aat) pun di dapati tiada hadis tersebut.


Nampak gayanya kita umat islam sengaja di momokkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tersebarnya hadis-hadis palsu ini telah mencemar kesucian hadis Rasulullah s.a.w yang dipelihara oleh ulama-ulama terdahulu. 


Walaubagaimanapun, tidak di nafikan kelebihan solat terawih dan kedudukannya di dalam sunnah. Tapi sebagai umatnya dan kita diberi kelebihan akal, haruslah selidik dahulu sebarang info agar tidak terus ditipu. Kadang-kadang ada manusia yang sengaja ingin memalingkan akidah kita. Jadi hati-hatilah wahai semua rakan-rakan yang Mida sayang. Biarlah kita menjadi manusia yang berpesan-pesan.


Akhir bicara, kongsi-kongsi dan panjang-panjangkanlah maklumat ini kepada yang belum tahu. Dirikan terawih dengan ikhlas, biar Allah saja yang tahu ganjaran yang ingin Dia berikan kepada kita.


Luv,
Mida (^_^)






Read more...

Opor Daging

Opor ni makanan yang popular sekitar pekan dan chenor. So kalau nak cari rempah opor, area sane je la yang banyaknye... Opor ni sedap di makan dengan nasi minyak...tapi lau ngan nasi putih pun kira ok..

Bahan
semangkuk daging yang telah siap di hiris.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1' halia
sebiji buah keras
1 biji bawang besar
bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis- sikit je tau.
minyak untuk menumis
ssedikit air asam jawa
2 batang serai- dititik/di ketuk
santan pekat - 1/2 cawan
1 sudu kerisik
3 sudu cili boh/cili giling
2 sudu serbuk rempah opor- bancuhkan ngan air sikit.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara buat
- tumbukkan bawang merah,bawang putih,bawang besar, halia dan buah keras.
- tumiskan bahan-bahan tersebut bersama kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Agak-agak naik bau, masukkan cili boh bersama rempah opor. Kacau rata selama 5 minit, api jangan terlalu kuat.
-masukkan daging dan biarkan daging lembut dan mesra di dalam awas tumisan.
- Bila awas bahan naik minyak, masukkan air asam jawa, santan pekat,kerisik dan serai. Kacau rata dan masukkan pula garam,gula secukup rasa. Tunggu hingga mendidih dan nampak naik minyak barulah opor masak sepenuhnya.


Ni la rupanya opor tu. Ni sengaja Mida tak keringkan sangat kuahnya. Biasalah saja buat kuah untuk makan berbuka, idok le mengkelan sangat nak di acukan dengan nasi.

Read more...

Puding Caramel

Teringin nak makan puding karamel yang sejuk...pergh mesti dingin kan masuk lam tekak. Best..best..best. Sebenarnya sejarah Mida buat puding karamel ni sebab makan kat umah Fie Mahmod, member masa zaman sekolah dulu, dak Jengka 9. Masa tu Mida form 3, saja dok pi lepak2 umah dia. So mak Fie dengan baik atinya buat la puding karamel ni dengan penuh cara paling cekap dan cepat. Nak tau camana mak dia buat, buh gula lam kuali, perangatkan sampai perang, dah perang, kecilkan api pastu buh susu cair, campai telur dan kacau2 lam kuali tu. dah mesra terus tutup kuali dengan tudung periuk yang beso..Start dari situ,Mida jatuh hati beno dengan keenakkannya. So korek2 la ngan mak Fie cara membuatnya dengan kaedah yang betul. Soo ni la resepinya..tadaaaaa selamatt mencuba. Senang banget sehhhhh.

Bahan
gula pasir
1 tin susu cair carnation
telur 2 biji
perasa vanila/ strawberry.
sedikit air

Cara buat
- ambil kira-kira 2 sudu gula dan masukkan ke dalam periuk kecil. Masukkan sedikitt air. hangatkan di atas api yang sederhana. Kacau sehingga kekuningan. Dah siap tu terus masukkan gula yang masih panas dan cair ini ke dalam loyang. Ratakan dan biarkan ia sejuk.
- Ambil bekas yang lain: Masukkan 1 tin susu cair + gula 4 sudu dan perasa. semalam Mida guna perasa strawberry ( sbb Mida mmg suka beno ngan perasa strawberry ).Kacau/kocakkan/ godekan hingga adunan mesra.
- Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
-pastu kukuskan kira-kira 30 minit, atau sehingga anda cucuk adunan tadi dengan garfu dan tidak melekat.
-Angkat dan sejukkan.Pastu masukkan dalam fridge.
- Bila dah betul2 sejuk, boleh la makan. Boleh juga anda curahkan sos strawberry di atasnya...


ok inilah hasilnya. Tapi tengok la tu, masa nak telangkupkan puding, mata dok pandang tv.. alih2 senget kedudukannya... ^_^
 * ada juga orang lain suka letak banyak telur. Terpulang pada anda..ada yang letak 4-8 biji. Tapi saya suka buh 2 biji je..
Read more...

Tuesday, August 17, 2010

Bau Syurga

Apabila kita berkahwin, perkara utama yang sangat kita hendak adalah zuriat yang soleh dan solehah. Ramai yang kata zuriat merupakan lambang ikatan kasih sayang dan bertautnya dua hati. Zuriat juga adalah barang yang paling berharga selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya.Zuriat adalah faktor mendekatkan diri kepada Allah dan Rahmat-Nya seperti yang disebut di dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bukhari dan Muslim :
Maksudnya:" Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga "

Wah begitu seronokkan punya zuriat sendiri.Mida sendiri cukup rasa bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah untuk mempunyai sepasang cahaya mata. Dalam hati masih kepingin nak tambah, tapi agaknya belum rezeki kami untuk meramaikan jumlah umat manusia di dalam rumah kami ni.

Mengikut Rasullulah s.a.w menyuruh umatnya mengahwini perempuan yang mampu melahirkan zuriat dan menggesa umatnya memperbanyakkan zuriat. Ini kerana baginda menyifatkan bahawa zuriat sebagai penghalang kepada turunnya azab. Mengikut hadisnya yang diriwayatkan oleh al Sayuthi
               Maksudnya " kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak-anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu"

Malah, baginda juga menyifatkan zuriat ini sebagai satu kemuliaan dan keagungan ibu bapa mereka. Sabda baginda yang di riwayatkan oleh al-Tabrani:
Maksudnya " Tidak ada anak dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu "

Aduhai.. tengok tu betapa bagusnya kehadiran  seorang zuriat apabila ia dilahirkan ke dunia. Bukan sahaja dapat menghindarkan kita dari azab seksa, tapi turut memberi kemulian kepada kita sebagai ibu dan bapanya. Tapi kenapalah masih ada lagi yang diluar sana membuang zuriat sendiri seperti membuang sampah?

Bukan itu saja, zuriat yang masih bayi membawa bau dari syurga. Sebab itulah kita rasa tidak pernah puas cium bayikan? Untung kan bagi mereka yang di kurniakan anak yang ramai sebab acapkali dapat merasai bau dari syurga ^_^. Hadis nabi yang diriwayatkan oleh al-Tabrani: 
Maksudnya: " Bau kanak-kanak itu adalah bau dari syurga "

Kemudian, pada hayat rasulullah hidup dahulu, baginda mengucup kepala al- Hassan bin Ali ( r.a ), dan di sisi baginda ketika itu ada seorang yang bernama al-Aqra' bin Habis al-Tamimi dan berkata " Aku mempunyai 10 orang anak, tetapi tidak pernah cium seorang pun daripada mereka'. Maka balas baginda " sesiapa yang tidak pernah menyayangi, tidak akan disayangi'.

Jadi bagi rakan-rakan Mida sekiranya masih mempunyai zuriat yang masih bayi, ambillah kesempatan yang ada ini kucuplah mereka selalu.Jangan esok-esok menyesal tak sudah. Ingat tu, bau syurga tidak ada dijual di kedai dan di pasaraya2.. hanya ada pada mereka yang bergelar bayi sahaja.

Luv,
Mida.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...