Sunday, July 31, 2011

Amalan Berpantang

Salam ramadhan..
Syukur alhamdulilah ramadhan kali ni saya dah pun melepasi zon berpantang bersalinkan anak yang ketiga. Yahoooo seronotnya.

Sebenarnya, setiap kali saya bersalin, en.suami lah yang sibuk menjaga saya..maka untuk kali ini lagilah teruk dia bersilat.Mana nak jaga saya, nak siapkan anak-anak ke sekolah, nak kemas rumah, masak2 dsb.

Kesian juga tengok dia yang tak menang tangan. Jadi ada masa juga saya meringankan tangan membantu membuat kerja rumah. Tak boleh dah manja2 macam bersalin waktu dolu-dolu.



Walaupun hanya dia yang menjaga saya, jangan fikir saya boleh skip berpantang. Menu saya setiap hari hanya nasi putih dengan ikan bakar atau ikan kering sahaja.Sayur pulak sawi masak air. Menu petang biskut kering cap ping pong.Huhuhuhu perit juga rasa.

Ada sekali tu masa hari ke  20  bersalin, mak mertua datang dan masakkan singgang daging..perghhh pehpalihhh sedapnya. Tapi cik suami jeling2 sbb dia takut langgar pantang.Saya apalagi, pantang di sua menu sedap sikit baru sedap makan .Hihihi

Tapi berkat berpantang dan menyusukan anak, pada bulan pertama saya dah hilang 7kg berat badan..Syukeeenya.

Harap2 bulan2 akan datang, berat badan makin turunlah sebab salah satu kebaikan buat penyusuan ibu dapat menurunkan berat badan.

ni gambo masa menanti hari nak bersalin..hihihi pose syok sindiri :)

Bile post gambar ni tingat masa lam hospital.Doktor cakap " tinggi awak 146cm? Perut awak ni beso.. ni mesti baby dlm kandungan berat 3.4 kg.Sy mesti hantar report ni.."

Eleh..padahal rekod lama dulu2, buku ngandung dok tulis 144cm, x da pa pun.Kecoh betul doc tu, last baby lahir just 2.8kg saja.

Bye,
Mida.





Read more...

Monday, July 18, 2011

Growth Spurt

Assalamualaikum..
lama rasenya tinggalkan blog kesayangan ni. Biasalah bile ada si kecil comel ni, banyak masa senggang dihabiskan bersama. Pula dia ni bukan macam bayi yang terdahulu ( cik abang dan cik akaknya ). Tingkahlakunya selalu berubah-ubah. Jika bayi lain suka tidur, atau tengok tv tapi bayi saya ni suka berangan dan yang penting ada saya atau abahnya di samping dia. Kadang2 mau patah pinggang dok duduk tercongok depan dia.



Apa itu Growth Spurt.
Ok ni saya nak cerita pasal Growth Spurt atau sebenarnya kalau kita orang kampung panggil gejala peralihan bulan. Maksud standartnya Pecutan Pertumbuhan.Contohnya demam tiba-tiba, meragam, menangis, jap mood ok jap ko, kadang ade hari mau menyusu banyak dan ade hari tak mau menyusu sangat. Pastu ada hari kuat tido ade hari x mo tido.. So sesiapa yang menjadi ibu mesti biasa mengalaminya kan. Tapi jangan pelik ye, benda ni adalah normal kepada semua bayi.

Bila Gejala Tersebut Berlaku?
Gejala ini akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Ikut suka bayi kitalah :) Ada yang kate pada hari pertama di rumah,ada yang berlaku pada hari yang ke7-10, minggu ke 2-3, minggu ke6-8, bulan ke 3, bulan ke4 ,bulan ke 6 dan bulan ke9. Tapi x semua berlaku pada waktu yang sama, janji nampak tingkahlaku bayi kita berlainan seperti biasa itulah growth spurt. Tempoh berlaku hanya sehari hingga 3 hari atau paling lama seminggu, jadi sebagai ibu bapa janganlah kita bosan melayani karenah bayi kita nanti

Pengalaman Growth Spurt Baby Saya
Macam bayi saya ni, perangainya asyik berubah sahaja. Bab tidur, jangan ceritalah. Kebiasaannya memang tido dlm buai tapi bile meragam ada masa mau tidur di dalam buai, jika di angkat ke atas tilam terus berjaga. Adakala mahu tidur di atas tilam dan perlu di tepuk oleh en.abah dia. Adakala mau dienjut di dalam buai berjam-jam oleh saya ,dan x boleh diganggu oleh en.abah atau abang kakaknya, kalau tak langsung tak tidur.Adakala mau tidur atas bahu/pangku kendian dah lena barulah di letakkan dalam buai atauu tilam.Tidur malam pula bila menjagkau pukul 12 mlm barulah lena, jika tak asyik nak didodoikan sahaja.Fenin juga masa mula-mula dahulu.

bab menyusu, saya mmg buat bf sepenuhnya.Kebiasaanya menyusu sejam sekali atau dua jam sekali tapi bila meragam  adekala menyusu kuat ( 3 kali tanpa henti- PD kanan, pastu PD kiri kendian PD kanan balik semula ) sampai saya takut dia kembung, ada masa saya suakan bf, dia buat derk aje, sampai saya takut dia kelaparan. Ade masa isap main2 dan tarik  sambil ketap 'nen' saya kuat2..adoiii noti sangat.

Bab 'uk uk' pulak selalunya 3 hari sekali, tapi ade juga sehari sampai 3 kali..haaa ini time memang dia banyak ragam. Time nilah x mo nyusu sangat.. x mo tido buai, hanya atas pangku saya sahaja sampaikan lenguh bahu. Tapi sib baik sehari sahaja, kalau berlangsung 3 hari atau 5 hari..parahlah bahu saya.

Tapi bile google sana sini dan tengok gejala ini normal, idaklah gusar sangat. Cuma sebagai ibu dan bapa, kita ikut je la karenah mereka..sabar ajelah banyak-banyak hik..hik..hik.Dan paling penting jangan stop bf kepada bayi anda.

Ok apa pun, kita sebagai ibu, saya percaya kita akan buat apa sahaja yang terbaik untuk anak kita kan? So saya harap tajuk yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan yang menjadi ibu.

Love
^_^ Mida


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...