Sunday, September 18, 2011

Bayi Meniarap.

Assalamualaikum..

Meniarap, adalah aktiviti atau perkembangan bayi sekitar 5- 6 bulan iaitu setelah otot leher dan lengannya kuat. Malah paling awal ketika usia 3 bulan.

Alhamdulilah tepat 24 Ogos yang lalu my liltle girl cukup umur 3 bulan dan dah start meniarap. Cuma sekali je dia buat lepas tu tak mau dah berlatih.So untuk hari-hari yang seterusnya, Mida sebagai umi, tak sabar-sabar atau juga berjaga-jaga untuk melihat Khaleesya meniarap lagi. Ermmm rupa-rupanya selepas itu, ikut mood dia aje nak meniarap ataupun tak. Sebenarnya Khaleesya belum kuat otot leher lagi. Walaupun first time meniarap, dia pandai tegakkan leher, tetapi bila Mida atau sesiapa sahaja yang mendokongnya perlu tahan di tengkuk dia, kalau tak akan melengguk la jawabnya lehernya tu. Maybe sebab tu dia tak rajin sangat meniarap.






first time meniarap di umah mek tok, pulang ketika balik raya..

Cuma pada 15 September Khaleesya dah start marathon meniarap. Pantang letak baring di atas toto, terus dia meniarap. Cuma tak pandai membalikkan badannya kepada keadaan berbaring semula.Kenalah ditolong kalau tak..berdondang sayanglah suaranya.


pagi2 bangun terus meniarap.. sib baik terus tegak kepala sbb cik umi tengah sibuk mengemas umah. 


Dah 3 hari mempraktiskan dengan jayanya, meniarap dan menelentang..Khaleesya demam la pulak.. hurmmm tapi still  lagi semangat meneruskan skill baru ni. Cuma kali ni kena berjaga-jaga, tak boleh 'lepe' la buat kerja, takut dia 'lemas' pula.

kalau nak info lebih lanjut boleh pergi sini. Selamat mengembara mencari ilmu..

Love
^_^ Mida.

1 comment:

  1. Pak job Ads and advertisements for Karachi,Lahore,Quetta,Peshawar,Multan,Hyderabad,Rawalpindi,Islamabad and http://allpkjobz.blogspot.com all cities of Pakistan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...