Wednesday, August 29, 2012

Bunga Melur

Assalamualaikum teman2 maya. Hehehe perasan sungguh. Cam le ramai sangat teman maya Mida. Ayat poyo jek kan.
Sebenarnya lama sangat dah Mida teringin buat bunga riben. Gugel sana sini, terjumpaklah satu blog korea cara buat bunga riben. Cuma idak le banyak dan setiap nota yang diberi memang x bley nak faham pon sbb dalam bahasa dia lah. Nak right click dan nak masuk kat gugel alihbahasa tu tak buleh la pulak. Tak dibenarkan kopi pes. So, nak buat bunga riben kena mengadap laptop la jawabnya.


okeh ni cara2nye ye.
Bahan2 perlu ade mestile RIBEN KAIN, PEN,SEBARANG ACUAN BULAT.
Ambik riben, pastu Mida amik kaki cermin muka yang ade dalam ofis je, tekap dan ikut separa bulat tu dengan pen.

Ni anggaran panjangnya. Cumel dah takat cam ni.Kecik sangat pon x cumel tau. Buat 5 ye separa bulat tu.

Pastu amik jarum jahit yang dah dipasang benangnya.Nak cumel isi benang yang senada dengan warna riben tau. Pastu jelujur je kesemua separa bulat tu.

Pas tu tarik benang kasi riben berkedut2.

Cantum bahagian akhir benang ke bahagian mula. Matikan benang.

Tengok depan riben kat tengah bunga ade cam jambak tu kan.. ha yang tu just jolokkan ( iskhhh kaso beno bahasa ni ) bagi dia masuk ke belakang.
Tara.. bunga pon siap dah. So buleh la lekat kat aligator clip ke, kat hairband anak ke, buat brooch ke atau jahit pada shawl ke. Terpulang le kat anda. Nak cumel lagi kat bahagian tengah tu buleh la lekatkan manik/ batu2 cam mutiara ke atau butang sebagai hiasan

Kalau nak buat lapis2 pon cumel jugak. Buat la lapisan bawah tu 7 kelopak, pastu 5 kelopak dan atas sekali 3 kelopak.

Sapa2 nak cuba, gudluck ye. Dah berhasil cubaan korang, post la kat i ..hehehe nak gak tengok hasil korang semua.

Bye.
_Mida_

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...