Thursday, July 5, 2012

Ucapan Salam


Kalau di sekolah ucapan salam ini akan sentiasa kedengaran ketika perhimpunan pagi, ketika guru masuk ke kelas, ketika pelajar buat pengumuman sewaktu masa rehat ataupun juga ketika pelajar dan guru berselisih. Sebenarnya ucapan salam ini bukan sahaja tanda hormat sesama manusia tapi ia merupakan ajaran yang diturunkan oleh Allah kepada Adam " Ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari kiamat "- Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim.

Mengikut hadis Al Thabarani pula Nabi Muhammad bersabda dan bermaksud :" Sesungguhnya antara perkara yang mendapat keampunan daripada Allah ialah memberi salam dan baik percakapan"

Antara lain ucapan salam adalah Assalamu'alaina wa'ala ibadillahissalihin yang membawa maksud "Sejahteralah ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh". Kepada rakan2 di SEMISA yang mengikuti ceramah dari YAPEIM pada 3 Julai baru2 ni, ustaz Tazudin menggalakkan kita mengamalkan ucapan salam tersebut kerana ia bukan saja memberi keberkatan kepada mereka yang kita sedekahkan salam tetapi juga kepada kita yang memberi salam.

Antara kelebihan salam adalah untuk sentiasa mengingati Allah dan menghindari diri daripada Syaitan yang direjam. Jadilah selepas ini kalau nak masuk kelas 3F berbanyakkanlah kita bagi salam agar pelajar yang tersasar laku tegar di kelas tersebut jumpa jalan kembali. Jangan lah kita buat seumpama kita masuk kelas lain yang mana kebiasaaan pelajarnya memberi salam kepada kita. Walaupun adakala ( selalu sebenarnya ) kehadiran kita seumpama entiti yang tidak jelas di mata mereka ( bebudak kelas 3F tu la..)Malah ucapan salam juga boleh menimbulkan rasa kasih sayang antara umat islam..yesssss i love u la kelas 3F,1B dan 2B hahaha.

Akhir kata sebenarnya salam itu tidak sahaja boleh diberikan kepada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ada di dalam rumah ( muslim je tau ) malah ia juga boleh diberikan kepada diri sendiri sekiranya di dalam rumah tersebut tiada berorang.

Sekian..jumpa lagi.
Sayang -MIDA-

1 comment:

  1. selalu bila nak buka pintu bilik pemulihan kat sekolah memang beri salam dulu....heee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...