Wednesday, August 29, 2012

Bunga Melati 2 Warna

Assalamualaikum..
Malam ni nak buat entri berkaitan bunga reben je.. Sebenarnye lama dah snap gambar tapi tak dan sokmo dan masukkan dlm blog. Hehehe ayat mengada gak nih, perasan menteri kot..bizi le sangat :)


Bahan2nye ye puan2, perlu ade 2 warna riben yang sama saiz. Ni Mida guna saiz 1 inci tau. Yang kedua perlu ade jarum peniti dan jarum jahit serta benang.

Mula2 potong riben sepanjang 2 inci setengah.

pastu lipat 2 supaya kita tau garisan tengah2nya.

lipat serong kiri dan kanan cam kita buat sampan kertas zaman kecik2 dulu.Pastu cucuk ngan jarum peniti supaya tak terburai.

Ulang step yang sama dan buat sebanyak 6 keping iaitu 3 keping warna lain dan 3 keping lagi warna yang berbeza. Ikut suka korang la nak buat warna apa pon.

Pastu jahit le jelujur je.

Siap jelujur semua..tarik benang kasi riben berkedut.

Last ni cam biasa jugak, sambungkan bahagian akhir dengan bahagian mula, pastu matikan benang.

Tara dah siap. Buleh la jahit atau gam kat skaf rambut anak atau boh kat baju2 skirt anak bahagian tengah dada tu..sweet.

So jom buat.. senang bangat nih.
Love.. Mida

1 comment:

  1. Tq. nica sharing =) Sila kunjungi facabook Nur's Gubahan Kreatif

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...