Monday, August 1, 2011

Me And BreastFeeding

Salam..
ingat2 lupa dah setahun usia blog ni.. Tahun lepas start launch pun bln pose. kejap je rasa.


Ok ni nak cerita pasal breastfeeding. Tiap kali bersalin aje mesti doktor dan misi pesan agar bagi susu ibu kat baby sekurang-kurangnya 6 bln hingga ke 2 tahun.





Tapi pesanan tu saya buat tak endah aje. Biasanya balik je ke rumah terus campur susu ibu dan susu formula. Alasan mudah sebab kerja..nanti susah nak tinggal baby kat pengasuh. Teruk betul le alasan saya ni. Cuma anak yang pertama sempatlah dia diberi susu ibu sehingga umur 2 tahun ( campur juga dengan susu formula ) tapi yang kedua tu rasanya tak sampai pun setahun. Dia menolak terus susu ibu sebab saya selalu tinggalkan dia ( outstation- dok program jpn la, negeri la,kebangsaan la, ppd la.. huhuhu ). Tapi bila saya tengok, dia kurang rapat dengan saya..maka saya terfikir, mungkin kurang memberi dia susu ibu menzahirkan jarak antara kami. Apa- apa hal dia akan lebihkan si abahnya. Ada sekali tu masa umurnya hampir setahun, saya sedang menjalani T.O.T di Dusun Eco Resort..saya kol umah tanya kabar dan saya bercakap dengan dia.." aqiss rindu umi tak?" Lalu dia jawab.." X pun sebab abah ade.." Aduhai luluhnya hati. Dan setiap kali di rumah pun kalau abahnya balik lambat, cukup membuatkan dia susah hati.. bila abahnya sampai di rumah, dia akan cakap.." Rindu abah". Hohoho..jelesnya.


Jadi saya berangan-angan jika diberi rezeki lagi, saya mahu buat fully breatfeeding. Dan setelah 6 tahun usia anak yang ke 2, barulah saya melahirkan cahayamata yang ke 3. Alhamdulilah, sehingga kini,  saya hanya berikan dia breastfeeding. Walaupun pada mulanya takut air susu tak mencukupi ( mana taknya, jika orang lain tu pantang anak tak menyusu je, air susu ibunya keluar mencurah-curah), saya tawakal saja pada Allah. InsyaAllah niat yang baik ,mudah-mudahan di makbulkan.


Sekarang ini breastfeeding sudah menjadi trend kepada ibu-ibu yang bekerjaya. Banyak kedai menjual gadjet breast feeding dengan tawaran harga dari yang rendah hingga ke ribuan ringgit. Pilih saja yang mana mampu. Malah menyusukan anak ketika bershopping juga tidak menjadi satu perkara pelik sebab pelbagai jenis cover/ peek a boo di jual untuk tujuan ini.


Sebenarnya banyak kebaikan susu ibu kepada bayi kita, antaranya mereka tidak mengalami masalah usus, memudahkan pembuangan air besar, kurang masalah kembung perut, dapat protein yang tinggi, menghindarkan masalah alahan, menjelekitkan hubungan ibu dan anak, perkembangan mental fizikal yang cukup baik, mempunyai antibodi yang kuat dan banyak lagi.


Bukan tu je, ibu pun dapat manfaat juga seperti melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim, membantu mengurangkan berat badan secara semula jadi dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan rahim, mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas,mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin, merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung dan paling  best jimat kos belii susu formula.

Walaupun saya terlambat sedar akan cara dan kebaikan penyusuan susu ibu ini tetapi saya tetap bersyukur kerana tetap dapat menjalaninya untuk kali ini. Bagi saya, biarlah terlambat asal jangan langsung tak buat. Mungkin kerana kelaraan saya dalam mencari ilmu berkaitan perkara ini dahulu membuatkan saya tak peduli akan segala kebaikannya. Tapi kali ini saya belajar dari kesilapan yang lalu. Harap harap saya boleh menjadi a greatest mum untuk anak-anak saya.Akhir kata, sokonglah program Breastfeeding untuk anak-anak anda. Jangan ragu2 lagi.



Love,
^-^ Mida.

2 comments:

  1. best baca entry kak midah ni..sy pun baru je ada kesedaran nk bf baby yg ke2 ni..rasa menyesal sgt anak sulung dulu sempat bf 5bln je..sbb kononnya susah nk pergi kerja.skrg bila dh byk membaca dan menambah ilmu ttg penyusuan susu ibu ni barulah semangat nk bf anak,insyaAllah sehingga 2 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu ibu tu yg terbaik. Lambat sedar x pe, jgn x sedar2 langsung hehehe. Tahniah Lia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...