Wednesday, May 25, 2011

Rentetan Bersalin Di Hospital Jengka Part 1.

23 Mei 2011/Isnin: Rase macam malas beno nak pegi keje. Rase badan cam tak larat. Tp mikir ade beberapa keje lum siap, kuatkan semangat le nak turun dr umah yg berada di tingkat 3 ini dan ke skul yg mane ofis pun di tingkat 3. Ermmmm kalau berada di zaman Kesultanan Melaka, dah lama Mida request jambatan gantung dr umah ke skul..x payah turun naik tangga.



Kat skul,perut start dah memulas2 cam nak buang air besar.Turun naik la nak ke toilet. Tp yg x bestnya sampai toilet jek rase sakit ilang.Adoyai..last2 x larat dah nak ke tingkat 3 Blok A nun ( ofis i la..), so lepak2 jek kat Bilik Kemanusiaan, itupun selepas siap koling2 semua institusi yg terlibat dgn program Karnival Pendidikan pd 22 Jun nanti.

Hari Isnin mmg ari plg  lambat balik- 3.20 petang. Member merangkap escourt Mida si Gie nasihatkan check jalan kat klinik.Eermmmm ok juga tu. So balik kejap,mandi2 n suh hubby antar ke poliklinik. Misi kat situ kate itu kira kontraksi dah tp slow lagi..maybe this night kena bjaga2..Adoi keto juga, sbb hubby kena jaga gak kedai sbb member dia x do. Sesambil tu, mlm itu layan gak la fb sat. Kul 9 mlm lebeh, ade rase kontraksi semakin kerap, 2:10. So amik bj ank2, iron dan pek beg skul depa. Pas tu kol hubby, hubby terus tutup kedai n antar ank2 ke umah pengasuh. Kul 10 mlm, lepaking di wad Hospital Jengka.Bila check jalan br ade bukaan 2cm. Ermm target lam 3 jam maybe boleh deliver.

So lepak2, mate x leh plak nak tido sbb kontraksi tu la.. tgk jam kul 2.00 pg dan kontraksi dah start 3:10.Doc ade datang check perut, dia tgk ketinggian Mida hanya 146cm kiranya dlm border kritikal short, pastu siap ckp.." eeee perut awak besar ni, sy agak baby awak 3.4kg la..risiko bahaya tau." Mida yg dengar pun dah kecut perut, belum ade anak yang lahir 3kg, abih besarkan 2.8kg jek.Terus kol hubby ,risau kena antar Temerloh, kut la kena bedah.

Tungu punya tunggu x thn dah..kul 5 check jln lg..aduhai br 3 cm.Awat lambat ni.Sabar...tabah kate along. So pi amik wudhu, Mida bc yassin, pi solat dan 6.30 tu ckp lg skali kat misi yg Mida x thn dah..tp misi ckp, x leh kerap check jln..kena 4 jam sekali.N then Mida ckp,betul2 x tahan nih.

So sorang misi lain- Dayang,suh Mida pi msk labour room, dia psg CTG dan check jln..dah 7cm. So dia kol doc sbb nak pchkan ketuban, tp doc x angkat phone.tunggu hingga kul 7.00pg, Dayang pecahkan air ketuban.lepas tu dlm 3 minit, Mida rase kontraksi yg kuat hingga rase cam nak turun dr katil jek..misi shift pagi check tengok dah 8..dia suh Mida rileks n tarik nafas ikut idung dan hembus kut mulut.Sesambil tu misi lain masukkan drip air kat lengan dan masukkan wayar oksigen kat idung (first time kena cam ni)
After 3 minit again, kontraksi lagi- bukaan 9, huihh kena tgu lg 1 lg kontraksi..konpem 10 cm. Yesss dia datang..Mida gengam bucu katil, Allahuakbar dan baca doa Mida kumpul tenaga jap n push..tenaga sebenarnya dah weak sbb mlm tu x mkn nasi dan x tido.Nampak ade bintang2 kat dpn mata.Tapi susah juga la nak push, mane ade wayar kat idung, kat tangan dan kat perut..memang tak selesa.Dalam 7 kali push, baby keluar separuh, misi2 suh kumpul tenaga kejap dan suh teran dlm kiraan 10. Alhamdulilallah..beberapa kali cuba akhirnya Khaleesha lahir ke dunia.Rase teramat puas..

Sepanjang ade dalam labour tu syukur sangat sbb misi yang bertugas malam tu- nama Dayang tu la sangup tunggu Mida sehingga habis proses kelahiran dan misi shift pagi yang sedang sarat mengandung namanya Siti sentiasa ade di sisi.Yang lain2 pun ade juga bagi moral support cam cara betul pernafasan, tp Dayang siap tolong tarik paha, tolak tengkuk ( sbb i kan rendah, susah betul nak tgn nak capai peha dan nak bongkokkan kepala ke perut ), sesekali tolak perut bila nafas Mida pendek2.Siti pula walau tgh sarat, dia yg ckp takat mane dah anak keluar, tlg keluarkan darah beku, keluarkan uri, jahitkan luka.Sian tengok dia.Penat gile kena berdiri di sisi Mida lebih dr 1 jam setengah sehingga proses kelahiran siap.

Khaleesha selepas keluar dari labour room.Alhamdulilah just berat 2.8kg dengan ketinggian 49cm.

-abisss part 1-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...