Wednesday, May 25, 2011

Rentetan Bersalin Di Hospital Jengka Part 2- Kena Tengking Dengan Sister.

Bila dapat menyusukan Khaleesha, terasa amat seronok. Biasalah lama dah tak beranak kecik. So sepanjang hari hanya melihat wajah dia, melayan karenahnya yang tak mau tido tetapi asyik nak bergayutt dengan nenen. Kali ni Mida plan nak sertai program Susu ibu sahaja. So alhamdulillah, tak sukar melatih Khaleesha menyusu badan.

Lepas keluar labour room, terus kol suami, rakan, sekolah dan siblings nak maklumkan dah bersalin. Suami begitu terkejut sbb dia tak tau Mida msk labour room, walhal dia ade je kat luar.



Tapi kalau maklum pun, dah tau dia x leh juga nak teman kat dalam tu..sbb dia dah cop tempat pertama nak pengsan. So kang sian kat misi2 tu nak angkat dia pulak. So, dia msk wad utk qamatkan anak..nak tergelakknya, dia x berani nak dukung Khaleesha..hahaha..so terpaksa la dia just rapatkan bibir dia kat telinga baby yg berada dlm coat. Tak lama tu, dia blk kejap, nak urus bj sekolah agama ank dan beg diorng, nak bw brg baby lg- lampin sebab just bw pampers rupa2nya selagi x kencing dan berak, misi tak bagi pakaikan pampers.Tu yg pagi2 , Khaleesha di balut dgn towel.Kain utk ibu2 pun habis, so kena la suami bwkan byk sket kain batik, dek di sebabkan kain batik ku lencun dengan darah. La satu lupa nak bw minyak panas- pesen Mida ni lepas bersalin jek mesti perut tu kena rengat2 cam nak bersalin semula...pulak2 time Khaleesha menyusu, rase berdenyut2 je kat ari2, perut dan belakang pinggang.

Pukul 12 tgh suami dtg dengan barang2 keperluan, time ni Khaleesha berjaga sakan nak main ngan abah dia..Izzad dan Balqiss x boleh nak ikut sbb ade exam kat sekolah agama.Sian diorang, x sabar2 nak tengok adik.

Cuma kan, jarum drip air still ade kat tgn kiri, rase kekok dan susah nak ambil ank dr coat, kdg2 ter xcident gak..alala sakit betul.Mintak misi cabutkan, diorg x bagi, time balik nnti baru boleh buka.Ermmmm x sanggup rasenye.Tp ms shift petang tu sekali lg request kat misi, alhamdulilah diorang kasi cabut jarum tu.Yeyeye sukanye.

Malam tu, dlm kul 11 mlm, Khaleesha x mo tido..berjaga sampai pkl 4am..sib baik dia x nangis.Tp nenen mesti ade dlm mulut dia.hik..hik..hik ngada2.

Esok kul 6.00 pg Mida pi mandi2 sbb plan nak tido.Alahai br nak layan mate, doc dtg check perut,Khalesya pun berjaga la pulak sbb kena check dan kena mandi. After siap2kan Khaleesha, baru berangan nak tido.Alahai datang pulak org2 dr Hospital Kuantan.. biasalah tanya bersalin bile, anak dah berapa, baby boy ke girl..pas tu tanya service.. erm Mida ckp ok jek.So dia tanya service mlm sbb Mida msk mlm, Mida ckple mmg ok sbb waktu masuk tgh kontaksi, so setiap masa misi datang tanya keadaan diri.Dalam labour pun ok. So dia tanya plak psl shift siang, Mida ckp ok juga.Dia tanya jika mtk ape2, cepat tak sampai.Mida angguk ja la.so ape dia?..Ok Mida jawab cam psl, request cabut jarum drip air ni la, mintak kat misi, terus misi bagi dan suh student tlg cabutkan.

Hui banyak no kena jwb soalan..pdhalhari ke-2 tu dah kena jwb set soal selidik.Hari ni secara lisan plak.Kaco beno nak tido.Tgh baru nak layan mata, datang sister wad bersalin kat Hospital Jengka ni la.Dia tiba2 mai katil dengan suara yang kuat.."Awak ni sebenarnya ade masalah ape?".Mida pun bukak mate..ioskhhh tanye aku ke? Mida pun pandang kat dia, sambil kate " x de masalah pe puan" Pas tu dia sambung lagi " Abih tu yg awak komplen macam2 tu ape?" Mida dah naek heran..bile mase le komplen depa nih..dlm borang tu pun aku tick semua skala 5- kira yg paling baik tu..isk konpius ni..bab tanya pengalaman dok wad dlm borang tu pun Mida tulis ok2 aje sbb semua misi bg moral support dlm  labour room..x caye, sesape cik misi kat Hospital Jengka, ce selak blk set soal selidik no 216.So rase x but salah ape2, Mida jwb la x de pun buat komplen.Pastu dengan tak puas hati sister tu tengking lagi " x de konon, yang awak tu report kate misi duduk rileks tu buat ape? kate semua keja student yg buat, awak ni mmg sengaja nak malukan kami ye?" Cisss ni mesti kena pantau td, n kena komplen ngan org Hospital Kuantan ni la..konon time ni Midah lemah2 lg, sesedap mulut dia tengking ye. Dengan rase dia mesti salah faham, Mida ckp la bhw org yg berkenaan tanya psl servis org siang... n Mida jwb seperti yg Mida jwb kat org Kuantan tu juga..Lepas tu sister tu blah tp dgn bebel yg tak habis lagi, dgn buat mukanye dgn jelingnye..erm alahai...dah tua tp perangai cam budak2..

Moralnya: Mida rase soal selidik yg dijalankan oleh pihak KKM ni tiada keesahan, kepercayaan dan kerahsiaan pun.So x perlu le teruskan.Kenapa Mida ckp cam tu..andai la ade org tu komplen, walau x boh name, misi2 boleh juga bc dan perasan sape yg jwb set tu.Kendian lau kena pantau cam Mida kena tu, kita bgtau yg elok2 tp why dia tunjuk responden kat sister di situ.Kan dah jd salah faham..ce kalau sister tu tolak Mida ke tarik rambut ke..konpem Mida x leh nak melawan kan sbb lum ade power lg..So tukang pantau tu pun sama x amalkan etika kerahsiaan dan yang dipantau pun pelik gak, awat serang respondent.Atau mereka ni tiada kesediaan untuk dikritik? Allualam.

so sesiape yg admit kat Hospital Jengka..hati2 la..jgn korang pun di bang..bang boom kan oleh mereka.Kalau tanya ape2..puji aje la walau tak benar *_*. Sebagai kaunselor, Mida selalu jaga pr dgn org luar/lain.Kalau ngan kwn2 sj yg gilenye keluar. Tp tu la, sdgkan ade member yg x berkenan di hati pun, Mida x pandai terhengeh2 nak report kat boss ni plak kat sepital ni, lau gatal nak buat mulut cam longkang..hermmmm .



2 comments:

  1. Tahniah Midah.. Seronoknya.. Bersabar selalu key! memang itulah lumrah hidup.. Jom support susu ibu.. Yang penting kene kuat semangat key!

    ReplyDelete
  2. mujur bukan sy kt tempat mida..klu kene sy..mmg kene sembur balik misi tua tk sedar diri..alhamdulillah tk perlu nk ngdap misi2 KKM.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...