click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, January 22, 2011

My First Crochet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam cuti sekolah bulan Disember yang lepas, hati Mida dok meronta-ronta nak buat crochet( kait jarum satu ) atau knitting ( kait jarum dua ). So untuk merialisasikan impian tu, en.suami pun carilah buku yang berkaitan di Temerloh, so dapatlah buku knitting nih. Suka sangat. keesokkannya Mida ke SMKJP sebab nak jaga STPM, sempat le singgah town nak cari jarum knitting.. hurmmm tak do la. So dapat le beli benang dan jarum crochet.Tu pun tak ade pilihan. 



Sebelah malamnya Mida study buku knitting tu..aduyaiiii tak paham la nota tu sebab Mida tak ade basic knitting. Apalagi google le kat youtube.. tapi cam susah la pulak. Hurmm tangguh la dulu hasrat nak buat knitting.

Try google crochet..saja nak tengok cara buat baby shoes.. best la sebab nampak mudah. hehehehe..seminggu juga la cuba kait dan uraikan benang. Alhamdulilah jadilah juga walaupun tak kemas sangat. Pepun sukaaaaaaaaaaaa.

Lepas-lepas tu google plak cara crochet headband untuk puteri yang dah beso ni.. alhamdulilah nampak cam ok juga. Wah bertambah-tambah seronoknya.

nak tau dak sebab pa dok sibuk nak buat semua ni..first suka tengok member lama si Lia tu pandai buat crochet ni..cantik2 aje. So saja la nak cungkit dan perkembangkan bakat terpendam. Lagi satu sebagai aktiviti dalam pantang nanti ( di jangka jun..)

ok jom la jamu mata hasil yang Mida buat nih.. bagi rakan2 yang dah otai boleh le bagi komen dan tips2nya ye.. bantu le saya baru belajar *_*

ok ni le percubaan di hari pertama. Malam pertama. , kedua dan ketiga dok sibuk kait dan uraikan bahagian tapak je. Malam keempat baru dindingnya dan atasnya tu.Saiz ni kecik je, cam untuk baby new born je.Ni pattern untuk baby girl.

 Yang pertama tu kira berjaya la kan.. try plak pattern ni.. rase cam sesuai tuk baby boy. tapi tak puas hati sangat sebab bile boh di lantai, nampak tapaknya tak tegap pun.. cam nak tumbang je :(

Kasut yang sama juga..cuma dari pandangan sisi.


 Bosan2 try plak buat kasut besar ( saiz kite ^_^ ). Ehhh elok plak tapaknya tegap.

 Cubaan pertama headband untuk Balqiss.


 hehehe kat bunga tu ade huruf A- untuk Aaliya Balqiss.



Kasut yang ke- 3.. saiz besar skit.Agak2 baby umur 3 bulan .

Oh ye.. mesti koranng bosan ke ..semua pattern warna tu je.. hahaha sebab tak ade pilihan warna yang cantik la kat sini. Pastu baru belajarkan , cari warna ni aje. so perabihkan saje benang yang ade.

kendiankan semua kasut tu Mida just buat sebelah jew..hehehe. sebab tak sabar nak belajar pattern yang lain.

1 comment:

  1. don't give up..imah memula dulu pon perabih benang ajer practice buat kait nih...alhamdulillah lama2 pandai laa...pandai kerr..hehe..happy crocheting..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...