Lama x menulis di blog ni. Sejak bermastautin di Kuantan, pengurusan masa Mida agak bercelaru. Sebenarnya banyak yang ingin dikongsikan tapi idea untuk mengarang pulak tandus.. Apapun hari ni memang tekad abis nak juga menulis sikit-sikit.
Mengimbau kisah lama, Mida dapat surat dr KPM bertarikh 27/8/2002 bersamaan tarikh Mida melahirkan bayi sulung Izzad Ashraff di Hospital Lati, Pasir Mas Kelantan. Surat tersebut merupakan surat tawaran posting ke Sabah.Walaupun masih lagi dalam proses berpantang bersalin, Mida,suami dan baby tekad menuju ke KPM untuk buat rayuan menangguhkan tarikh posting sehingga hari yang ke 40. Masih ingat lagi haritu merupakan hari khamis. Kami bertolak pagi2 lagi dari Kelantan agar boleh sampai ke KPM pukul 3 petang. Syukur alhamdulilah, kami dapat tiba seperti yang dirancang. Selepas berjumpa pegawai yang bernama Tn.Haji Razi, beliau meminta kami datang hari esoknya iatu Jumaat sebelah petang untuk mengetahui keputusan rayuan.
So keesokkannya bila kami pergi ke KPM, Mida dapat pertukaran segera ke Pahang. Jadi bermulah episod Mida berkhidmat sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa ( GBKSM ) di SMK Jengka 2 bermula 1/10/2002. Di sini banyak sangat pengalaman yang Mida dapati.. ada kisah suka, gembira, duka dan nestapa.
Walaubagaimanapun akan Mida paparkan beberapa kisah yang manis2 aje. Kalau boleh memang Mida mau kenang yang manis2 aje.
Sahabat.. mula2 Mida berkawan dengan kak Norida dan Zura, mereka ni guru PSS. So jika boring2 di bilik UBK, Mida akan turun la jumpa2 diorang nih. Tapi bila kedua-dua mereka berpindah, Mida mula rapat dengan Kak Rafiza, Kak Pauziah, Kak Amy Hasliza, Kak Mariah Daud, Kak Norizar, Kak Rosnani dan Suriani...eh.eh. ada sorang lah si Nasalanura. Semua2 ni memang geng gila2. Kalau tengah sedih pon mesti tersengih bila dengar Kak Yah ( Mariah ) buat lawak.Paling yang tak boleh lupa adalah pasal hadiah hari jadi yang diikat reben dan colek lecu.Kak Gie ( Pauziah ), merupakan kembar ku yang selalu menemani pergi dan pulang dari sekolah. Banyak cerita2 'rahsia'yang kami kongsikan bersama.Kak Amy pulak memang jadi singa bila time sukan. Sikit2 gaduh jika rasa ada tidak adil pada keputusan. Tapi Mida dan Nura pulak boleh kate sokmo la jadi pom-pom girl kat tepi padang untuk berteriak pasukan umah kuning. Arghhh tahun ni kenangan tersebut x dapat di uloang lagi. Sedihnye rase.Si Sue pulak biasanya suka menjadi pendengar dan tukang sengih aje, tapi jika sesekali dapat dia buat gila..memang boleh pecah perut kitorang dibuatnya.Nura, si ajk kantin yang setia.. kalau lepak kat kantin..abis semua meja dia singgah. Dia ni hantu gak buat lawak, ada2 aje cerita dia. tapi sebenarnya bukan tu aje..boleh kate guru2 kat bilik kemanusiaan tu memang the best friends..ok Mida sebut satu2 agar x de yg terasa ati.. Bib si single yang punya anak ramai di asrama, Zana dan Mashitah yg dulu pelajar tetapi jadi rakan sekerja, Kak Mimah yang pendiam, Kak Ju yg kitorang panggil Ju PK, Kak Malin yang suka bercakap mesti dengan gaya Karam Sigh Walia, Kak Nik, Kak Linda dan Maz adalah rakan2 Lasabel, Pidot si adik manja dan suka tido bawah meja hingga kantoi dengan Haji Rosli hehehe dan last si Zanman yang suka jadi tukang karut lelaki dlm bilik kemanusiaan tu.
Pasal GPK pulak..ermmm suka bekerja dengan Kamarul Husni masa dia sebagai Ketua Bidang Bahasa sehinggalah ke GPK Koko, Tn.Hj Rahim dari jadi ustaz kendian tukar jadi GPK Koko dan seterusnya ke GPK 1, dan begitu juga dengan Rosmawi Hassan bermula sebagai cikgu disiplin dan ke GPK Koko. Memang seronok kerja bersama mereka, tiada tekanan, saling tolak ansur dan memahami guru2. Walaupun mengenali mereka sebagai rakan sebelum menjadi pentadbir tetapi cara bekerja mereka yang smart membuatkan Mida tetap hormat mereka sebagai pentadbir. Tiada istilah nak jadi 'tali perut' atau 'tali kasut' kepada mereka pon. Janji masing2 tahu tugas sendiri sudah le..
Kaunselor yang best.. hehehe mestile si Manan Tapsir. lama tau bertugas sama-sama dengan dia. Dari tahun 2002 hinggalah tahun 2011. Walaupun kuota GBKSM di SMK Jengka 2 adalah 3, tapi Mida hanya ngam dgn Manan je. Kerja dia memang smart dan cepat. Pulak tu rajin sangat..mane le reti menolak kerja walaupun kadang2 dia tak suka pada orang yang mengarahnya tu ( alah yang tukang arah tu guru biasa aje.. tapi ...). Cuma satu je, jika dapat mengemas bilik, nasib la..abis semua dia buang..nasibla kalau ade yang penting tu, kira sadakallah hul'azim je la ye.
dari segi program pulak paling syok dapat panjat Gunung Stong. Peristiwa kepala air memang x boleh lupa dan menakutkan. Pelajar2 yg nakal di sekolah, tapi bila di sana sgt baik dan amat membantu guru2. Yang kedua pengalaman di Tasik Kenyir ketika bot perempuan di timpa ribut, si Mira jadi driver bot. Waktu tu ingat jasad akan berkubur di situ, tapi alhamdulilahh saat sukar itu berakhir bila bot tersadai di pulau yang tak berpenghuni.
Akhir kata, SMK Jengka 2 dan rakan2 dan pelajar2 sekalian banyak membantu Mida menjadi seorang GURU. Thanks u oll.
Salam Sayang,
Mida ^_^
Saturday, April 14, 2012
Momen Yang Tertinggal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga berbahagia dan succes di tempat baru.....
ReplyDelete