Kisah Yana.
Yana, rakan yang aku kenali sedari zaman sekolah menengah. Kami satu kelas ketika dari Tingkatan 4 Ehsan di SMK Jengka 21 hinggalah ke Tingkatan 6 di SMK Jengka Pusat. Budaknya kecil molek, putih gebu dan memiliki seulas bibir yg cute macam baby. Yana yang aku kenali juga seorang yang ramah dan suka riuh rendah. Ada saje cerita yang mau di kongsikan bersama. Semasa aku mengenalinya, Yana sudah pun kehilangan bapa. Hanya mengharap kasih daripada bonda seorang.Jadi tika di zaman sekolah menengah dahulu, Yana rapat sangat dengan abang Sayuti. Dari abang angkat melarat kepada kekasih dan jodoh mereka panjang, akhirnya lepas kami STPM, Yana di satukan dengan abang Sayuti. Rumah tangga mereka di meriahkan dengan kehadiran 7 orang cahayamata. Aduhai.. seronoknya aku mendengar. Lebih2 lagi masa februari yang lepas, Yana melahirkan cahayamata yang ke 7, seorang putera.
Namun sabtu 21/4/2012 mungkin menjadi mimpi ngeri atau sesuatu yang tidak pernah Yana bayangkan dan kami di team badge of 95 SMJ 21. Petang itu bonda mertuanya menghembuskan nafas yang terakhir setelah sekian lama sakit. Berita itulah menyebabkan abang Sayuti yang mempunyai sakit darah tinggi pengsan dan di bawa ke hospital Jengka. Sampai di sana, sekali lagi Yana menghadapi episod getir, apabila doktor membawa khabaran bahawa suami yang disayangi menyusul pemergian bondanya menemui sang Pencipta. Allahu Akbar. Yana pengsan.
Hari Ahad, ada rakan dari team kami menziarahinya, Yana masih lagi meracau-racau menyebut nama arwah abang Sayuti. Memang berat melepaskan kasih yang memang Yana semaikan sejak dari zaman remaja hingga kini. Malah menerima 2 perkhabaran kematian orang yang tersemat di hati di hari yang sama, memungkinkan trauma dalam hidup Yana. Bersama 7 orang anak yang masih kecil, yang memerlukan perhatian, memungkinkan Yana belum betah menyesuaikan diri dalam keadaan ini. Terfikir-fikir juga akan nasib si putera yang masih berusia 2 bulan ini, kasihan sangat nasibnya sebab belum sempat mengenal rupa dan belum sempat menjamah kasih sayang dari ayahnya
Yana,
Tabahlah sayang.Kuatkan semangat untuk anak-anak. Didiklah anak-anak itu biarkan mereka membesar dengan kasih mu dan menjadi insan yang berguna walaupun tanpa arwah abang Sayuti. Ingatlah bahawa kasih,sayang dan cinta abang Sayuti telah dibawa hingga ke liang lahad dan abadi.
Salam sayang untuk seorang rakan,
Mida ^_^
.
Tuesday, April 24, 2012
Pergi Yang Tak Akan Kembali- Dedikasi Untuk Mariana Ariffin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Innalillah...Moga roh arwah bersama dengan org2 yang soleh..hilangnya secara tiba2 mmg sangat memberi tamparan yang hebat pada mereka yg ditinggalkan..Kak Tam telah melaluinya...Harap Mariana akan terus menjadi ibu dan balu yang sangat tabah di hari mendatang demi 7 orang permata hati.... Sabarlah sesungguhny sabar itu indah, ujian itu tarbiyah dr Allah...
ReplyDeleteBetul tu kak, kawan-kawan semua bg support kat dia. harap lukanya cepat sembuh demi anak2.
ReplyDelete