Arghhhh!!!!!tensionnya bila anak tak mahu dan tak pandai hisap susu badan menggunakan botol susu.
Hehehehe tu awal-awal aje. Masa mula, memang stress sebab bila memikirkan selepas ambil cuti 3 bulan kena masuk kerja, dengan baby yang masih lagi tak mau hisap botol.Kadang kala buntu juga. Malah, macam2 jenis puting di beli supaya anak selesa dan boleh menyusu botol. Tak jalan juga rupanya.
Bila rujuk ke Poliklinik Jengka 2, misi2 tu kata sbb baby pandai, dia tau tu bukan puting betul sbb tu dia tak mau hisap. So sebagai penyelesaiannya misi2 bagitau bahawa Mida boleh menggunakan picagari, cawan, sudu atau penutup botol ubat. So hari itu, mereka bekalkan Mida picagari..
Sebenarnya mengikut misi2 ini, paling elok tidak mengajar anak menyusu menggunakan botol susu kerana ini akan mengajar mereka keliru puting. Bila berbincang dengan pengasuh Khaleesya ( namanya Kak Me'ah ), Kak Me'ah, tak kisah jika menggunakan picagari ketika menyusukan Khaleesya. Alhamdulilah..selesai masalah.
Tapi nak tau apa yang jadi masa hari pertama Khaleesya di tinggalkan di rumah kak Me'ah? Dah la hari pertamanya tu betul2 selepas seminggu cuti raya. Pagi2 hantar tu ok lagi, naik pukul 8.00 dah merenggek nak susu. Bagi botol tak mau, bagi susu dalam picagari di semburnya susu. Last2 bagi dalam penutup ubat. Ok la juga walaupun dia buat muka pelik. Pukul 12 tgh dah mau tidor dan lapar..mulalah dia 'menyanyi' dan buat ragam sket dan last2nya dia minum jugak susu dalam botol sebanyak 1.5 oz .Hehehe lapar punya pasal. Dah tak boleh nak ngada2 lagi.
Alhamdulilah..sekarang ni dah tenang sikit sebab bila di rumah Kak Me'ah ,Khaleesya memang boleh menggunakan botol susu tetapi jika bersama Mida, mulalah perangai cerdiknya datang. Jangan harap la bagi botol, memang mulut dia takkan buka langsung. Tapi ye la sekurang-kurangnya dia tak menyusahkan pengasuh.
Anda juga boleh mendapatkan beberapa info yang betul di sini. Jadi sebagai ibu, kita jangan anggap perkara ini sebagai satu masalah yang besar sangat ye..hehehe jangan jadi macam saya, kalut betul bila anak tak mau hisap botol susu.
ok, ni ada beberapa gambar Khaleesya ketika tengah di latih guna botol susu..
Tuesday, September 20, 2011
Bayi Tidak Mahu Botol Susu
Cubaan semasa sebelum mandi.. buat2 hisap dengan muka yang geram..
Finally menyanyi dengan merdu... huhuhu
Train hari lain pun sama juga.. botol masuk mulut tapi tak hisap pun...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nmpaknya khaleesa sma spt anak ana...botol masuk mulut tp xde sucking..hanya skdr masuk..bila terlampau lama dan perutnya smkin lapar,mula la mnngis sprti dicubit2 je gayanya...last2 terpaksa bg dirct feeding jgk sbb kesian si kecil terlalu lama mnahan lapar...
ReplyDeletesituasi yang sama kini berlaku dengan diri saya.tengah kalut, lagi 2weeks kena start working.dah try bagi bottle feed since bb 1 mnth above sampai sekarang pun bb tak mau juga.sedang try guna sudu n tutup ubat.masih mencuba...harap2 berjaya...risau ni..tapi lega sikit bila ada situasi yang sama dan ada pula alternatif lain utk bagi bb susu setelah baca blog ni.
ReplyDeleteanak saya umur 9 bulan..dia kalau nampak saya dia langusng xnak botol...kalo cuti2x dia pon xmah...dia nk susu ibu..mcm mana tu...hoh pening2x
ReplyDeletemcm zie, rania dah nak masuk 4 bulan, smpai skg nie kerap berlaku masalah keliru puting, kalu zie cuti sabtu ahad mmg bagi direct feeding coz tu yang terbaik kan..tapi ble masuk hari isnin mak mertua jaga, mulalah x nak botol, padahal sbelum nie ok jer dengan botol. mengamuk..kdg2 ssh hati jugak dengan masalah nie. so kdg2 cuti pun zie kena bagi bf ikut botol la. selang seli. tapi selalunye kalau zie bagi mmg dia x nak. nak jugak direct.
ReplyDeletesori semua, lama x jenguk blog tu x perasaan korang2 semua punya pertanyaan.
ReplyDelete1- baby kalau nampak muka mak dia, mmg x mau dah botol susu. layan kan aje sbb tu yg akan berlaku ikatan kasih antara anak dan ibu.
2- kalau x nak botol, kita boleh mintak tlg pengasuh bagi guna sudu atau stringe ubat. Tp bila dia dah lapar sgt, akhirnya dia akan mengalah jugak nk botol... ( tp ade yg x mau ye.. nasib la dpt feel anak2 ni ).