Salam Ahad untuk rakan-rakan.
Bestnye cuti ari ni sebab semalam sekolah ganti untuk Cuti Jerebu. Pulak2 arii ni ujan.. huiii sedapnya menguak lentang diri hehehe.
Arini kita cerita pasal orang sombong la pulak. Kadang2 sebagai manusia biasa dan keja sebagai pencacai sahaja, kita selalu dikelilingi dengan sorang dua orang yang sombong kan. Sombong sebab dia punya keluarga yang kaya raya tahap jutawan la, sombong sebab dapat pasanagan berpangkat la, sombong sebab punya pasanagan yg hensem jelita la, sombong sebab dia yang berpangkat kat sesebuah organisasi la, dan banyak sebab lagi la dia nak sombong.. pastu bukan aje sombong, kata-katanya penuh dengan bicara riak dan maki-makian, suka memandang rendah kepada orang lain dan suka mengaibkan orang lain di khalayak ramai...
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan tentang bahayanya bersifat sombong ini. Mengikut Abdullah bin Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w berkata " Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong"
Kemudian seseorang itu berkata " ( Ya Rasulullah ) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus "
Rasullullah s.a.w menjawab, " sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan ( dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" ( Riwayat Muslim )
" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandang rendah ) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidah suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lalu membanggakan diri" ~ Surah Luqman, Ayat 18 ~
" ( Setelah itu ) dikatakan kepada mereka: Masuki pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahannam " ~ Surah az-Zumar ,Ayat 72 ~
Dalam hadis lain daripa Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w berkata
" Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni Syurga?"
Para sahabat menjawab : "Tentulah ( wahai Rasulullah ), lalu Beliau pun berkata :-
" ( Penghuni Syurga adalah ) orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain, kalau dia bersumpah ( berdoa ) kepada Allah nescaya Allah kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni Neraka ?"
Para sahabat menjawab : "Tentulah ( wahai Rasulullah ), lalu Beliau pun berkata :-
" ( Penghuni Neraka adalah ) orang yang keras kepala, buat sesuka hati ( kasar ), lagi sombong perangainya."
so yang mana ade sikap sombong tu, buang2 kanlah. Kita bukan manusia sempurna.
Mida dulu pon ade kisah jugak.. masa tu bawak team form 3 ( program pasca PMR ) panjat gunung Stong kat Kelantan nu. Nak panjat gunung kena beli kasut mendaki, beg baru. So ade sorang cikgu tu si Mat Nasir ( tapi selalu mengaku M.Nasir ) tegurlah..
" Wuyoooooo, kak. Kasut baru deh. Ado gambar binte ( bintang ) kala meroh.. samo pulok denge sarung tange kak tu.. cak ( cap ) samo ko kak?
" comei ko? kasut baru nih. tengok ni, dok jale pon susoh, melekat2 jah kat tanoh. punyo hebat ter kasut baru"
sebenarnya x de niat pon nak berlagak atau riak.. saja balas kata2 dgn bergurau. Tp kalau org x biase mmg nampak riak pon.
Lepas sesi meriakkan diri tu kena panjat byk jugak la anak tangga sebelum menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung. Seelok aje sampai kat jambatan gantung tu sebelah tapak kasut tu tanggal.. huwaaaaaaa. kena mendaki guna kaki ayam.
ha, nampak tuhan bayo cash. Mulut gatal berbinasa, terus kaki kena jadi mangsa. Sakit woo mendaki guna 'kaki cap ayam ni'. Abang guider tu nama Zul, dia sian kat Mida, dia pon bagi selipar mendaki dia kat Mida dan dia mendaki tanpa kasut. Mekasih la bro, walau selipar dia saiz 9 dan kaki Mida saiz 4, hantam saja. Tak mau banyak bunyik dah.. kang kena lagi..huhuhu. Sampai kat Baha's Camp, Zul pon jahit lah kasut tuh. Alhamdulillah dapat pakai balik. Sib baik la si Zul tu mmg pandai jahit kasut dan buat beg mendaki. Ade kedai kat KB. Kalau dia x bwk peralatan jahit kasut tu mau pecah la kaki ( kaki dia la kut, sbb i kan pakai selipar mendaki dia hehehehe, nakal x sudah.)
oklah ini aje perkongsian Mida tentang sombong.
Yang baik jadikan teladan, hat hudoh dibuat jangan.
Goodbye,
Mida in Love.
No comments:
Post a Comment