Dari minggu lepas lagi teringin makan nasi arab walaupun tekak ini belum pernah makan nasi arab. Dengan bantuan pakcik gugel, dapatlah ku ketahui bahawa di Kuantan ni ade 2 restoren nasi Arab- Pak Lim di Beserah dan Al Jawaher di Sg.Isap
So, dengan terbayang2 kan daging kambing yang mesti best, Mida pon pujuk suami untuk ke Al Jawaher memandangkan dekat sikit dengan kediaman kami. Walaupun suami x berminat sangat tapi fikirkan isterinya yg tomei ni, dia ikut jugaklah. ok, tepat pukul 8.00 mlm 18.12.2012 kami pon bertolak ke Sg.Isap yg hanya amik masa 15 minit dari rumah. Tgk depan pintu dok tulis 'SELF SERVICE'. ktrang pon order le set family Nasi Mandy + gulai daging shj.Dah tunggu hampir 40 minit, pok cik restoren kate ' maaf ye dik, nasi abis'. Bayangkan waktu tu dah pkl 9 mlm, bapoknye la perut bergelora. Tapi ok..boleh sabo lagi..( cuba pujuk ati supaya sabo sebenarnya) Pukul 9.20, cik kak kat kaunter panggil suh amik nasi..nasi dlm talam yer sbb set family. Am ( adik ) tolong pegi amik tp cam hairan tgk lauk dlm talam tu bukan daging kambing tetapi tetiba bertukar jadik ayam panggang (Ayam yang di gaul ngan garam kunyit pastu bako..). Am datang kat Mida utk mensahihkan order. Memang salah menu nih. Pegi kaunter, cik kak pon cakap..'ehhh silap ye..ooo kambing abis'. Aishh x boleh le cam ni, kalau dah abis awat x cakap masa order tadi. Sedih sangat sebab dlm kepala memang gulai kambing. Hancuss impian.Bagi Mida, kalau x de menu tersebut, sila berterus terang awal-awal supaya ktrang boleh le putuskan nk jugak makan kat situ atau blah. Lepas tu service memang lambat. Dah sejam lebih baru boleh makan padahal ktrang nombor yang ke4 je pon..orang pon x ramai sbb restoren tu kecik je pon.Tapi apa2 hal memang perkara ni telah pon mematikan selera ktrang. Makan pon x abis. Malah tekak pon x dpt nk proses yg makanan tersebut sedap atau tak secara relevan kerana mind setting kitarang terus menyatakan ' X BEST PON NASI ARAB KAT SINI. SO LEPAS NI X MO DATANG SINI. PANGKAHHHHHHH.
* ini kenyataan, bukan nak buat onar supaya restoren tu lingkup. kalau korang nk cuba, pegi ajelah. Maybe ni nasib ktrang kot. :( masih dlm mood sedih.
gambar depan restoren ni terletak kat Tmn Sg.Isap Jaya, Kuantan.
-
- muka org tgh gembira selepas order makanan
- kambing ku menjadi ayam... oohhh tidak.
- pekerja kt kaunter 3 org jer..tgk tu customer x ramaikan.
Love,
^_______^ Mida.
Read more...
Tuesday, December 18, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Aku, Agusdhanik dan Potret
tiba2 tingin nye jadi orang yang pandai melukis potret. Tingin betul nak belajar. teringat kata2 pensyarah Mida dulu, bakat itu ade dalam setiap manusia cuma ia tidak dikeluarkan secara maksima. Jadi cara nak kembangkan bakat yang terpendam adalah melalui latihan yang berulang kali. kalau hasilnya semakin baik, itulah bakat yang kita pendamkan atau tak kita sedari.
Selalu jalan2 kat TC ( Teluk Cempedak, Kuantan ) nampak seorang uncle tu melukis potret. Suka tengok dia..hehehe tengok hasil dia tau. Memang cantik. Tingin nak jadi cam dia. Tapi.. x de basic melukis. Zaman sekolah dulu ( time form 1) suka ponteng kelas Seni sbb x suka ngan cikgu seni tu ( tp cikgu seni tu la ni dah jadi abang ipar i pon).
Bulan Feb aritu Mida ada received buku Bimbingan Melukis Potret, dan kat dalam tu ade kata2 semangat sket.
kate2 ni la membuatkan Mida tak sabar2 pi MBS kuantan cari charcoal ( betul ke idok eja ni..bantai je la labi- maksudnya pensel arang) Tapi cam biasa le kalau namanye si Mida ni. Beli barang awal2 tapi sampaikan hilang pensil charcoal tu tapi hasil tak buat2 lagi hehehe.
So pada ramadhan ini selepas 5 bulan menerima buku ini, baru la terhegeh2 Mida mencabar diri untuk melukis potret. Lukisan potret ni mestilah gambo anak2 pengarang jantung limpa ni la.
Sebelum tunjuk kat korang..sila la jangan gelak. Ni first time buat. memang buruk gile hasilnye. Tapi kena cuba lagi kot seratus kali baru cumel. Tapi nak cuba sampai setaus kali tu ntah la makan berapa tahun nak menyudahkannye. Apa pon memang seronok menyiapkan potret yang x menjadi ini. hahahaa.
Layan je la ye potret2 nih. Santapan untuk anda yang hatinya tengah lara .Cheihhhhh.
Gambar Isya selepas lahir ke dunia. Bab bibir..aduyai mcm mulut agrybird la pulop.
Isya masa umur 1 tahun 2 bulan. Ade 'samtin' gak yg x kena pada lukisan nih.. ce teka.
Aqiss tengah melalak di usik oleh Alwi staff makmal di SMK Jengka 2. Molot cam senget je kan. 10 kali padam,lukis,padam,lukis bibirnya tu tetap x jadik.Aishhhhhh.
Orang tak cerdik gini le, siap buat petak2 takut lari kedudukan. Apapun tetap nampak mata Isya cam beso sebeloh je.
Lagi satu nk cite nih, potret ni x guna charcoal pon, gune pensil 2B jer..kan charcoal dah hilang. Maleh nak gi beli lagi.
Oklah cukup la malam ni aje buat sampat 4 entri..nampak beno Mida x de keja ye..hehehe
Read more...
Bunga Melati 1 Warna
Cumel kan ;)
Bahan2nya- Riben kain saiz 1 inci, jarum peniti, jarum jahit dan benang.
Ambik riben dan bentangkan bahagian 'wrongside'. Lipat bahagian kiri dan kanannya secara serong cam kita buat kapal kertas ye. Lipatan tu dah jadi 'rightside' ye puan2.Dah siap jgn potong lagi tau. cucukkan jarum peniti pd riben supaya x terburai.
Untuk kelopak ke dua, sila tengok ye..i x reti nak xplain..huhuhu.
Dah siap lipat, naikkan kelopak ke dua ni ke sisi atas kelopak yang pertama.
Pastu baru lipat sebelah kanan ye utk menyudahkan kelopak ke dua ini. Setiap lipatan perlu di cucuk dengan peniti dulu sehinga le siap kesemua kelopak.
Buat 5 kelopak aje ye. Kelopak yang pertama adalah rightside, kelopak kedua wrongside dan begitulah selang seli setiap kelopak. Dah siap jelujurkan semua kelopak,Potong lebihan riben yang tak perlu.Kendian tarik benang kasi riben berkedut dan sambungkan hujung jahitan pada awal jahitan.Last matikan benang. Okeshhhh siap dah.
Yang mana rase susah, tolong tanya..insyaallah akan Mida jawab :)
Apa tunggu lagi..cubalah!
Salam sayang..MIDA

Bunga Melati 2 Warna
Assalamualaikum..
Malam ni nak buat entri berkaitan bunga reben je.. Sebenarnye lama dah snap gambar tapi tak dan sokmo dan masukkan dlm blog. Hehehe ayat mengada gak nih, perasan menteri kot..bizi le sangat :)
Bahan2nye ye puan2, perlu ade 2 warna riben yang sama saiz. Ni Mida guna saiz 1 inci tau. Yang kedua perlu ade jarum peniti dan jarum jahit serta benang.
Mula2 potong riben sepanjang 2 inci setengah.
pastu lipat 2 supaya kita tau garisan tengah2nya.
lipat serong kiri dan kanan cam kita buat sampan kertas zaman kecik2 dulu.Pastu cucuk ngan jarum peniti supaya tak terburai.
Ulang step yang sama dan buat sebanyak 6 keping iaitu 3 keping warna lain dan 3 keping lagi warna yang berbeza. Ikut suka korang la nak buat warna apa pon.
Pastu jahit le jelujur je.
Siap jelujur semua..tarik benang kasi riben berkedut.
Last ni cam biasa jugak, sambungkan bahagian akhir dengan bahagian mula, pastu matikan benang.
Tara dah siap. Buleh la jahit atau gam kat skaf rambut anak atau boh kat baju2 skirt anak bahagian tengah dada tu..sweet.
So jom buat.. senang bangat nih.
Love.. Mida

Bunga Melur
Assalamualaikum teman2 maya. Hehehe perasan sungguh. Cam le ramai sangat teman maya Mida. Ayat poyo jek kan.
Sebenarnya lama sangat dah Mida teringin buat bunga riben. Gugel sana sini, terjumpaklah satu blog korea cara buat bunga riben. Cuma idak le banyak dan setiap nota yang diberi memang x bley nak faham pon sbb dalam bahasa dia lah. Nak right click dan nak masuk kat gugel alihbahasa tu tak buleh la pulak. Tak dibenarkan kopi pes. So, nak buat bunga riben kena mengadap laptop la jawabnya.
okeh ni cara2nye ye.
Bahan2 perlu ade mestile RIBEN KAIN, PEN,SEBARANG ACUAN BULAT.
Ambik riben, pastu Mida amik kaki cermin muka yang ade dalam ofis je, tekap dan ikut separa bulat tu dengan pen.
Ni anggaran panjangnya. Cumel dah takat cam ni.Kecik sangat pon x cumel tau. Buat 5 ye separa bulat tu.
Pastu amik jarum jahit yang dah dipasang benangnya.Nak cumel isi benang yang senada dengan warna riben tau. Pastu jelujur je kesemua separa bulat tu.
Pas tu tarik benang kasi riben berkedut2.
Cantum bahagian akhir benang ke bahagian mula. Matikan benang.
Tengok depan riben kat tengah bunga ade cam jambak tu kan.. ha yang tu just jolokkan ( iskhhh kaso beno bahasa ni ) bagi dia masuk ke belakang.
Tara.. bunga pon siap dah. So buleh la lekat kat aligator clip ke, kat hairband anak ke, buat brooch ke atau jahit pada shawl ke. Terpulang le kat anda. Nak cumel lagi kat bahagian tengah tu buleh la lekatkan manik/ batu2 cam mutiara ke atau butang sebagai hiasan
Kalau nak buat lapis2 pon cumel jugak. Buat la lapisan bawah tu 7 kelopak, pastu 5 kelopak dan atas sekali 3 kelopak.
Sapa2 nak cuba, gudluck ye. Dah berhasil cubaan korang, post la kat i ..hehehe nak gak tengok hasil korang semua.
Bye.
_Mida_

Thursday, July 5, 2012
Ucapan Salam
Kalau di sekolah ucapan salam ini akan sentiasa kedengaran ketika perhimpunan pagi, ketika guru masuk ke kelas, ketika pelajar buat pengumuman sewaktu masa rehat ataupun juga ketika pelajar dan guru berselisih. Sebenarnya ucapan salam ini bukan sahaja tanda hormat sesama manusia tapi ia merupakan ajaran yang diturunkan oleh Allah kepada Adam " Ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari kiamat "- Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim.
Mengikut hadis Al Thabarani pula Nabi Muhammad bersabda dan bermaksud :" Sesungguhnya antara perkara yang mendapat keampunan daripada Allah ialah memberi salam dan baik percakapan"
Antara lain ucapan salam adalah Assalamu'alaina wa'ala ibadillahissalihin yang membawa maksud "Sejahteralah ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh". Kepada rakan2 di SEMISA yang mengikuti ceramah dari YAPEIM pada 3 Julai baru2 ni, ustaz Tazudin menggalakkan kita mengamalkan ucapan salam tersebut kerana ia bukan saja memberi keberkatan kepada mereka yang kita sedekahkan salam tetapi juga kepada kita yang memberi salam.
Antara kelebihan salam adalah untuk sentiasa mengingati Allah dan menghindari diri daripada Syaitan yang direjam. Jadilah selepas ini kalau nak masuk kelas 3F berbanyakkanlah kita bagi salam agar pelajar yang tersasar laku tegar di kelas tersebut jumpa jalan kembali. Jangan lah kita buat seumpama kita masuk kelas lain yang mana kebiasaaan pelajarnya memberi salam kepada kita. Walaupun adakala ( selalu sebenarnya ) kehadiran kita seumpama entiti yang tidak jelas di mata mereka ( bebudak kelas 3F tu la..)Malah ucapan salam juga boleh menimbulkan rasa kasih sayang antara umat islam..yesssss i love u la kelas 3F,1B dan 2B hahaha.
Akhir kata sebenarnya salam itu tidak sahaja boleh diberikan kepada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ada di dalam rumah ( muslim je tau ) malah ia juga boleh diberikan kepada diri sendiri sekiranya di dalam rumah tersebut tiada berorang.
Sekian..jumpa lagi.
Sayang -MIDA-
Read more...
Wednesday, July 4, 2012
Selamat Datang Sya'ban
Assalamualaikum..
Alhamdulillah dalam pada kita ghairah dengan sale perayaan sana sini, order kuih raye, tukar sofa, tukar langsir..sedar tak sedar kita dah memasuki bulan Sya'ban. Hampir2 juga terlupa dan terleka dengan sambutan syawal yg lambat lagi menjengah. Allahuakbar..itulah dia..kita ini adalah manusia yang mudah lalai dan lupa.
Kat sini Mida nak share sikit kelebihan2 di bulan Sya'ban yang tiada di bulan2 yg lain.
KELEBIHAN SYA'BAN
1. Bulan Menghapus Dosa
Sabda Rasul S.A.W bermaksud : "Bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sya'ban dikenali sebagai bulan untuk umat manusia menghapuskan dosa manakala pada bulan Ramadhan pula adalah untuk menyucikan diri dari dosa.
2. Pahala Puasa
Dalam hadis lain, Rasul S.A.W bersabda dan bermaksud: " Sesungguhnya barangsiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Sya'ban, 3 hari di pertengahan Sya'ban dan 3 hari di akhir Sya'ban akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadat 70 tahun dan sekiranya mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid"
3. Doa yang Termakbul.
Pada bulan ini, di mana setiap doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan oleh Allah. Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda dan bermaksud : " Dalam solat 5 waktu yang doanya tidak ditolak ilah semasa malam jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Sya'ban dan pada 2 malam raya iaitu malam raya Aidilfitri dan Aidiladha".
4. Digalakkan Bertaubat
Umat manusia digalakkan bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka bulan ini. Sabda baginda Rasul S.A.W bermaksud : Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, telah datang malaikat Jibril lalau berkata " Pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa. Sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat.Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, penzina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapa orang yang suka mengadu domba atau batu api dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu akan tidak akan diampunkan sehingga mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."
Sharing is CaringLove *_* Mida
( hasil bacaan di ikim.gov.my )

Saturday, May 5, 2012
Aktiviti Bercucuk Tanam
Assalamualaikum
Hari ni Sabtu, cuti Hari Wesak dan bagi yang bekerja di Pahang akan terus bercuti sehingga Isnin kerana Cuti HOL. So ramailah jiran2 Mida 'menghilangkan' diri dari kediaman masing2. So bila boring2 ni dan anak2 bersama en.suami sedap tido..sempat la kejap godek2 blog ni.
Hari ni Mida nak citer pasal bercucuk tanam lah. Sebenarnya ni le first time jadi gile sungguh nak menanam. Sebab dok umah sendiri,bila ade umah sendiri lagi le best tanam pokok, ye dak. Ermm umah kecik milik Mida ni sebenarnya dapat diduduki pada 2009 lagi, tapi time tuu Mida still lagi dok jengka dan hanya dok umah ni pada awal tahun ni aje. Bermakna umah ni kosong hampir 3 tahun lah. Erm betapa x best sebab bila tgk umah org lain meriah aje dgn pokok yang pelbagai jenis, umah ktrang pulak kosong semacam. So ktrang pon baru start le tanam sket2 pokok hiasan dan sayuran. Teng..tak sabo nak tunjuk kat korang asil tangan Mida dan suami..
pokok lada beli just RM 10 kat pekan sari Jerantut
Pokok Pukul 10, cabut jer kat SMK Bukit Sagu *_*
Rose..RM10 jugak
Kari dari umah Ude
Mangga Epal..dah tanam masa mula dpt kunci 2009 aritu lagi. X mboh pon berbuah. Mandul???
Tomato dr my mum
pokok lada beso
Terong Bulat adiah dari tokei pokok Lada.
Bonzai Kemboja
x tau pokok ape *_*
Mangga jugak..
Pokok tepi pago
Read more...
Hari ni Sabtu, cuti Hari Wesak dan bagi yang bekerja di Pahang akan terus bercuti sehingga Isnin kerana Cuti HOL. So ramailah jiran2 Mida 'menghilangkan' diri dari kediaman masing2. So bila boring2 ni dan anak2 bersama en.suami sedap tido..sempat la kejap godek2 blog ni.
Hari ni Mida nak citer pasal bercucuk tanam lah. Sebenarnya ni le first time jadi gile sungguh nak menanam. Sebab dok umah sendiri,bila ade umah sendiri lagi le best tanam pokok, ye dak. Ermm umah kecik milik Mida ni sebenarnya dapat diduduki pada 2009 lagi, tapi time tuu Mida still lagi dok jengka dan hanya dok umah ni pada awal tahun ni aje. Bermakna umah ni kosong hampir 3 tahun lah. Erm betapa x best sebab bila tgk umah org lain meriah aje dgn pokok yang pelbagai jenis, umah ktrang pulak kosong semacam. So ktrang pon baru start le tanam sket2 pokok hiasan dan sayuran. Teng..tak sabo nak tunjuk kat korang asil tangan Mida dan suami..
pokok lada beli just RM 10 kat pekan sari Jerantut
Lavender RM 10 |
Kari dari umah Ude
Tomato dr my mum
Sawi..baru 3 ari tanam benih |
Bonzai Kemboja
Pokok tepi pago
okeish..tu je pokok2 yg baru mampu beli.Bulan depan jika ade rezeki nak tambah2 sikit lagi.
Bye..
Bye..
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)