Assalamualaikum..
Alhamdulillah dalam pada kita ghairah dengan sale perayaan sana sini, order kuih raye, tukar sofa, tukar langsir..sedar tak sedar kita dah memasuki bulan Sya'ban. Hampir2 juga terlupa dan terleka dengan sambutan syawal yg lambat lagi menjengah. Allahuakbar..itulah dia..kita ini adalah manusia yang mudah lalai dan lupa.
Kat sini Mida nak share sikit kelebihan2 di bulan Sya'ban yang tiada di bulan2 yg lain.
KELEBIHAN SYA'BAN
1. Bulan Menghapus Dosa
Sabda Rasul S.A.W bermaksud : "Bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sya'ban dikenali sebagai bulan untuk umat manusia menghapuskan dosa manakala pada bulan Ramadhan pula adalah untuk menyucikan diri dari dosa.
2. Pahala Puasa
Dalam hadis lain, Rasul S.A.W bersabda dan bermaksud: " Sesungguhnya barangsiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Sya'ban, 3 hari di pertengahan Sya'ban dan 3 hari di akhir Sya'ban akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadat 70 tahun dan sekiranya mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid"
3. Doa yang Termakbul.
Pada bulan ini, di mana setiap doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan oleh Allah. Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda dan bermaksud : " Dalam solat 5 waktu yang doanya tidak ditolak ilah semasa malam jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Sya'ban dan pada 2 malam raya iaitu malam raya Aidilfitri dan Aidiladha".
4. Digalakkan Bertaubat
Umat manusia digalakkan bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka bulan ini. Sabda baginda Rasul S.A.W bermaksud : Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, telah datang malaikat Jibril lalau berkata " Pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa. Sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat.Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, penzina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapa orang yang suka mengadu domba atau batu api dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu akan tidak akan diampunkan sehingga mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."
Sharing is CaringLove *_* Mida
( hasil bacaan di ikim.gov.my )
Wednesday, July 4, 2012
Selamat Datang Sya'ban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment