click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, December 18, 2012

Restoren Al Jawaher Mengecewakan

Dari minggu lepas lagi teringin makan nasi arab walaupun tekak ini belum pernah makan nasi arab. Dengan bantuan pakcik gugel, dapatlah ku ketahui bahawa di Kuantan ni ade 2 restoren nasi Arab- Pak Lim di Beserah dan Al Jawaher di Sg.Isap So, dengan terbayang2 kan daging kambing yang mesti best, Mida pon pujuk suami untuk ke Al Jawaher memandangkan dekat sikit dengan kediaman kami. Walaupun suami x berminat sangat tapi fikirkan isterinya yg tomei ni, dia ikut jugaklah. ok, tepat pukul 8.00 mlm 18.12.2012 kami pon bertolak ke Sg.Isap yg hanya amik masa 15 minit dari rumah. Tgk depan pintu dok tulis 'SELF SERVICE'. ktrang pon order le set family Nasi Mandy + gulai daging shj.Dah tunggu hampir 40 minit, pok cik restoren kate ' maaf ye dik, nasi abis'. Bayangkan waktu tu dah pkl 9 mlm, bapoknye la perut bergelora. Tapi ok..boleh sabo lagi..( cuba pujuk ati supaya sabo sebenarnya) Pukul 9.20, cik kak kat kaunter panggil suh amik nasi..nasi dlm talam yer sbb set family. Am ( adik ) tolong pegi amik tp cam hairan tgk lauk dlm talam tu bukan daging kambing tetapi tetiba bertukar jadik ayam panggang (Ayam yang di gaul ngan garam kunyit pastu bako..). Am datang kat Mida utk mensahihkan order. Memang salah menu nih. Pegi kaunter, cik kak pon cakap..'ehhh silap ye..ooo kambing abis'. Aishh x boleh le cam ni, kalau dah abis awat x cakap masa order tadi. Sedih sangat sebab dlm kepala memang gulai kambing. Hancuss impian.Bagi Mida, kalau x de menu tersebut, sila berterus terang awal-awal supaya ktrang boleh le putuskan nk jugak makan kat situ atau blah. Lepas tu service memang lambat. Dah sejam lebih baru boleh makan padahal ktrang nombor yang ke4 je pon..orang pon x ramai sbb restoren tu kecik je pon.Tapi apa2 hal memang perkara ni telah pon mematikan selera ktrang. Makan pon x abis. Malah tekak pon x dpt nk proses yg makanan tersebut sedap atau tak secara relevan kerana mind setting kitarang terus menyatakan ' X BEST PON NASI ARAB KAT SINI. SO LEPAS NI X MO DATANG SINI. PANGKAHHHHHHH. * ini kenyataan, bukan nak buat onar supaya restoren tu lingkup. kalau korang nk cuba, pegi ajelah. Maybe ni nasib ktrang kot. :( masih dlm mood sedih.

gambar depan restoren ni terletak kat Tmn Sg.Isap Jaya, Kuantan. -
- muka org tgh gembira selepas order makanan
- kambing ku menjadi ayam... oohhh tidak.
- pekerja kt kaunter 3 org jer..tgk tu customer x ramaikan. Love, ^_______^ Mida.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...