click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, January 22, 2011

Donut Gebu

Resepi awal tahun ni di atas permintaan puteri seorang.. Mida buat setengah kilo je pun. Itupun dapat 24 biji. So buat hari ahad untuk di jadikan santapan minum petang dan tinggal separuh untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah keesokan harinya.



Untuk sarapan tu, Mida goreng sikit dan sejukkan sebelum simpan dalam peti. Hurmmm bile buat donut ni teringat ngan sorang kawan yang jauh, dia cakap dia suka makan donut dengan sosej (?)

Donut Gebu
1 kg tepung gandum
1 paket yis/mauripan
1 1/2 jug air
1 susu gula ( ikut suka la)
2 sudu susu tepung
sedikit minyak masak ( anggaran 5 sudu )
sebiji kentang lecek
gula icing
Minyak untuk mengoreng.

Cara buat
- mula2 hidupkan yis ( amik cawan, buh air suam separuh cawan , buh yis dan gula- kacau dan biarkan ia berbuih )
- amik tepung boh dalam besen, buh susu tepung,buh kentang lenyek skali - ratakan dan buat lubang di tengah2 tepung.
- curahkan yis yang telah kembang tadi ke dalam lubang tepung.Ulikandan masukkan lagi air sikit demi sedikit hingga tepung melekat.
- tepung akan melekat di jari, so amik minyak masak sikit tadi dan uli lagi hingga lembut. Tepung akan tidak melekit lagi.
- rehatkan tepung sekejap.
- amik tepung, bulat2kan dan leperkan sikit ikut le besar mana yang kita mau
- rehatkan lagi adunan tadi hingga kembang.
- goreng dalam api sederhana, angkat bile kekuningan.Kemudian ratakan dengan gula icing.

Selamat mencuba.


 Sebelum letak adunan, pastikan talam di tabur dengan tepung gandum supaya adunan tidak melekat. Sesudah itu pun tepung gandum perlu di tabur di atas adunan. Kemudian rehatkan adunan.

Bila adunan dah kembang, lubangkan di tengah-tengah adunan.

Ni le rupenye donut yang dah siap di lubangkan.

Donut yang dah siap di goreng. Boleh juga di celupkan dengan coklat.. Dalam masa 10 minit sahaja, 12 ketul donut sudah berada di dalam perut anak-anakku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...