click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, January 22, 2011

My First Crochet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dalam cuti sekolah bulan Disember yang lepas, hati Mida dok meronta-ronta nak buat crochet( kait jarum satu ) atau knitting ( kait jarum dua ). So untuk merialisasikan impian tu, en.suami pun carilah buku yang berkaitan di Temerloh, so dapatlah buku knitting nih. Suka sangat. keesokkannya Mida ke SMKJP sebab nak jaga STPM, sempat le singgah town nak cari jarum knitting.. hurmmm tak do la. So dapat le beli benang dan jarum crochet.Tu pun tak ade pilihan. 



Sebelah malamnya Mida study buku knitting tu..aduyaiiii tak paham la nota tu sebab Mida tak ade basic knitting. Apalagi google le kat youtube.. tapi cam susah la pulak. Hurmm tangguh la dulu hasrat nak buat knitting.

Try google crochet..saja nak tengok cara buat baby shoes.. best la sebab nampak mudah. hehehehe..seminggu juga la cuba kait dan uraikan benang. Alhamdulilah jadilah juga walaupun tak kemas sangat. Pepun sukaaaaaaaaaaaa.

Lepas-lepas tu google plak cara crochet headband untuk puteri yang dah beso ni.. alhamdulilah nampak cam ok juga. Wah bertambah-tambah seronoknya.

nak tau dak sebab pa dok sibuk nak buat semua ni..first suka tengok member lama si Lia tu pandai buat crochet ni..cantik2 aje. So saja la nak cungkit dan perkembangkan bakat terpendam. Lagi satu sebagai aktiviti dalam pantang nanti ( di jangka jun..)

ok jom la jamu mata hasil yang Mida buat nih.. bagi rakan2 yang dah otai boleh le bagi komen dan tips2nya ye.. bantu le saya baru belajar *_*

ok ni le percubaan di hari pertama. Malam pertama. , kedua dan ketiga dok sibuk kait dan uraikan bahagian tapak je. Malam keempat baru dindingnya dan atasnya tu.Saiz ni kecik je, cam untuk baby new born je.Ni pattern untuk baby girl.

 Yang pertama tu kira berjaya la kan.. try plak pattern ni.. rase cam sesuai tuk baby boy. tapi tak puas hati sangat sebab bile boh di lantai, nampak tapaknya tak tegap pun.. cam nak tumbang je :(

Kasut yang sama juga..cuma dari pandangan sisi.


 Bosan2 try plak buat kasut besar ( saiz kite ^_^ ). Ehhh elok plak tapaknya tegap.

 Cubaan pertama headband untuk Balqiss.


 hehehe kat bunga tu ade huruf A- untuk Aaliya Balqiss.



Kasut yang ke- 3.. saiz besar skit.Agak2 baby umur 3 bulan .

Oh ye.. mesti koranng bosan ke ..semua pattern warna tu je.. hahaha sebab tak ade pilihan warna yang cantik la kat sini. Pastu baru belajarkan , cari warna ni aje. so perabihkan saje benang yang ade.

kendiankan semua kasut tu Mida just buat sebelah jew..hehehe. sebab tak sabar nak belajar pattern yang lain.


Read more...

Donut Gebu

Resepi awal tahun ni di atas permintaan puteri seorang.. Mida buat setengah kilo je pun. Itupun dapat 24 biji. So buat hari ahad untuk di jadikan santapan minum petang dan tinggal separuh untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah keesokan harinya.



Untuk sarapan tu, Mida goreng sikit dan sejukkan sebelum simpan dalam peti. Hurmmm bile buat donut ni teringat ngan sorang kawan yang jauh, dia cakap dia suka makan donut dengan sosej (?)

Donut Gebu
1 kg tepung gandum
1 paket yis/mauripan
1 1/2 jug air
1 susu gula ( ikut suka la)
2 sudu susu tepung
sedikit minyak masak ( anggaran 5 sudu )
sebiji kentang lecek
gula icing
Minyak untuk mengoreng.

Cara buat
- mula2 hidupkan yis ( amik cawan, buh air suam separuh cawan , buh yis dan gula- kacau dan biarkan ia berbuih )
- amik tepung boh dalam besen, buh susu tepung,buh kentang lenyek skali - ratakan dan buat lubang di tengah2 tepung.
- curahkan yis yang telah kembang tadi ke dalam lubang tepung.Ulikandan masukkan lagi air sikit demi sedikit hingga tepung melekat.
- tepung akan melekat di jari, so amik minyak masak sikit tadi dan uli lagi hingga lembut. Tepung akan tidak melekit lagi.
- rehatkan tepung sekejap.
- amik tepung, bulat2kan dan leperkan sikit ikut le besar mana yang kita mau
- rehatkan lagi adunan tadi hingga kembang.
- goreng dalam api sederhana, angkat bile kekuningan.Kemudian ratakan dengan gula icing.

Selamat mencuba.


 Sebelum letak adunan, pastikan talam di tabur dengan tepung gandum supaya adunan tidak melekat. Sesudah itu pun tepung gandum perlu di tabur di atas adunan. Kemudian rehatkan adunan.

Bila adunan dah kembang, lubangkan di tengah-tengah adunan.

Ni le rupenye donut yang dah siap di lubangkan.

Donut yang dah siap di goreng. Boleh juga di celupkan dengan coklat.. Dalam masa 10 minit sahaja, 12 ketul donut sudah berada di dalam perut anak-anakku.


Read more...

Hi Kembali :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Awal2 lagi Mida nak minta maaf lah sebab lama betul tak kemaskini blog ni. Bukan kerana malas tetapi ketidaklaratan diri yang mengalami mabuk2 penangan buatan si suami yang mengehadkan masa untuk Mida berceloteh di sini malah sibuk juga dengan tanggungjawab sebagai pengawas STPM.



Abis aje kerja sebagai pengawas STPM, sibuk pula di rumah mak kenduri kendara. Kat sini la ada peristiwa yang tak boleh lupa..handphone ku di curi dengan penuh seronoknya oleh cucu mak cik ku sendiri. Abis segala gambar2 yang di simpan utk kemaskini blog hilang begitu sahaja. walaupun tau siapa pencurinya tapi sukar juga nak amik balik sbb campur tangan si nenek a.k.a makcik ku sendiri. Hurmmmmm.

Lepas tu pulak berkampung 4 hari di sekolah sebab terlibat dengan mesyuarat dan pendaftaran pelajar Tingkatan 1.

Masuk je awal2 sekolah ni terus le runningg Orientasi pelajar Tingkatan 1 selama 1 minggu dan minggu ke 2 orientasi pelajar Tingkatan 4 pula.

Haaaaa, skang la boleh bernafas sikit. Insyaallah akan Mida kemaskinikan segala aktiviti di dalam ketidaklaratan dan kesibukan Mida ni ye..

Ok, chow dulu.
*_* Mida.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...