click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, September 17, 2010

Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Freud.

Sigmund Freud ( 1856-1939) adalah seorang doktor perubatan yang banyak menumpukan perhatian kepada permaslahan gangguan emosi manusia. Beliau mengemukakan Teori Personaliti yang menerangkan bagaimana individu melalui pelbagai tahap semasa kanak-kanak dan remaja yang membentuk siapa dia semasa dewasa. Freud menggunakan istilah psikoseksual untuk merujuk kepada 5 tahap dalam perkembangan personaliti.

1.Peringkat Oral ( lahir hingga 12 atau 18 bulan )
- Keseronokan datang dari mulut. Bayi mendapat keseronokan daripada aktiviti menghisap ( hisap susu atau jari ). Malah kita juga selalu nampak bahawa bayi suka memasukkan sesuatu objek ke mulut tanpa mengira ianya boleh di makan atau tidak. kalau orang kampung kata suka mengutip. Ye la pantang menjulur ke sana kemari ( bawah kerusi la..bawah katil la..bawah meja la..huhuhu letih mengejornya.)ada sahaja yang diorang kutip dan masuk ke mulut. Sebab tu masa ni orang-orang tua kita selalu pesan supaya jangan ada benda tajam atau kekotoran. Takut bayi kita tersalah makan..nanti membahayakan kesihatan mereka pula. Malah dalam islam juga mengesyorkan agar tempoh menyusu bermula sejak lahir hinggalah ke usia 2 tahun. Gamaknya supaya bayi kita mendapat kepuasan yang optimum ye.. Lagi satu, kalau kita sedarlah, time ni bayi kita suka no menggigit. Sehingga membuatkan kita pun nak gigit dia balik..hahahaha lawak ja.

2.Peringkat Anal ( 12@18 bulan hingga 3 tahun )
-  Di peringkat ini keseronokan datang dari dubur. Kanak-kanak mendapat kepuasan kerana dapat mengawal pembungan najis. Kanak-kanak sedar tentang keperluan tersebut malah boleh menyatakan kehendak mereka dengan bahasa. Jadi pada waktu ini memamg amat sesuai sekali bagi ibu dan bapa melatih anak pergi ke tandas. Ada yang bilang, 'alah anak saya kecil lagi..nanti bila dah besar..pandailah diorang sendiri' atau ada yang cakap ' malas lah..nanti rumah kotor..terkucil sana, terkucil sini'. Jangan macam tu, jika kita melatih mereka dari awal, kita dapat lihat kurangnya kebergantungan mereka kepada kita dan mereka sedikit-sedikit memahami alam mereka dengan berdikari. Menjadi ibu dan bapa memang tak boleh malas.Sekiranya kita sekat akan perkembangan mereka masa ini, bila besar nanti ia akan mengganggu perkembangan personaliti mereka- cth sentiasa bergantung, takut buat keputusan, perlukan sokongan dalam tindakan dll.

Alhamdullilah kedua-dua anak Mida, Mida memang latih dari awal. Ye la info ni memamg Mida dapat masa belajar Kaunseling Keluarga.So dah tau kalau tak amal rugi pula kan. Anak yang sulung tidak bergantung pada pampers pada usia 2 tahun dan adiknya pada usia 1 tahun 7 bulan..hehehe jimat duit. Memang pada awalnya teramatla susah. Malam-malam kena kejutkan 2-3 kali ke tandas, siang pantang lepa ( lalai) diorang terkucil sana sini juga. Tapi walaupun penat, memang kena buat juga.So kena beringat. Lepas minum susu, dalam setengah jam kemudian pujuk pergi tandas. Untuk buang air besar, siap beli toilet kanak-kanak cam itik tu. Ajak la dia 'uk uk' dalam tu sesambil bawa itik tu keliling dalam toilet. Percayalah penatnya melatih dalam minggu pertama. Lepas tu memang ada sikit-sikit peningkatan dalam tingkahlaku mereka.

3. Peringkat Falik ( 3 hingga 5 @ 6 tahun )
- Kanak-kanak menyedari dan tertarik dengan organ-organ jantina yang membezakan antara lelaki dan perempuan.Malah mendapat keseronokan dari aktiviti memanipulasi organ-organ berkenaan. Time ni la anak-anak kita yang berbeza jantina akan pelik tengok jantina mereka yang tak sama.  Kanak-kanak perempuan akan mengikut tingkahlaku ibu kerana mahu bersaing dengan ibu dalam mengambil perhatian ayah, ini di gelar Electra Complex dan kanak-kanak lelaki cuba menyaingi bapa dalam mendapat perhatian ibu dan ini di gelar sebagai Oedipus Complex. Time ni juga bagi anak perempuan dah sibuk tunjuk skill guna make up ibunya dan anak lelaki sibuk dengan rambut pacak mereka.Kalau zaman kita dahulu, waktu ni la masing-masing tunjuk skill main pondok-pondok dan berlakon jadi ibu dan ayah. Ingatkan *_*.

4. Peringkat Latensi ( 5@6 tahun hingga 11 tahun )
- Kanak-kanak perempuan akan mengindentifikasikan dirinya dengan emak dan kanak-kanak lelaki dengan bapa. Naluri seksual kurang memainkan peranan kerana waktu ini mereka sibuk dengan aktiviti mempelajari kemahiran baru secara formal seperti membaca, mengira dan menulis.

5.Peringkat Genital ( baligh dan ke atas )
- Remaja mengalami kematangan seksual dan mula tertarik dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Haa waktu ni la sibuk cari abang angkat, kakak angkat dan adik angkat.. lepas-lepas tu mula usha untuk cari awek2 la pula.

Love,
^_^ Mida

p/s jangan jemu menjadi ibu dan ayah kepada zuriat2 kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...