Sawan? Apakah? Selama ni tak ambil tahu pun tentang sawan dan cara mengendalikan budak 'tecit' yang kena sawan.
ni hari mula2 Isya kena warded, sangat penat lepas kena sawan.
Sebenarnya pada tahun lepas, Isya yang berusia 2 tahun kami letakkan ke Taska memandangkan kesian kat dia yang kena ikut abah dia ke kedai runcit kami yang terletak di Gambang Damai ( berhadapan BGRC ). Ulang alik dari umah ke kedai abah dia dalam 35 min, malah dok kat sana dari pagi hingga malam. Kesian pulok. Memang si Abah yang mengasuh dia sejak dia berumur 7 bulan memandangkan dia ada masalah eczema iaitu alah pada toiletries. So bagi kat Taska pon, dia tetap dimandikan dengan sabun dan syampu. Akhirnya nanti akan menangis kesakitan.Pada masa itu, Mida ulangalik dari Tmn Indera Sempurna ke SMK Bukit Sagu, perjalanan pergi 1 jam.
Bila Mida rasa Isya dah besar dan tak alah dah dengan toiletries, Mida cadangan ngan suami agar Isya ditempatkan di Taska. Mula-mulanya memang suami tak setuju tapi Mida rasa tak best sebab dah malam baru jumpa Isya, itupun dia dah lena, malah pagi-pagi pulak pukul 6.45am Mida dah bertolak ke sekolah ( le ni kat SMK Sultan Abu Bakar ). So macam tak ada perhubungan dan komunikasi dengan Isya. So atas alasan itu suami pon mengalah. Ok, kamii pon decide sebuah taska ni.
Pada bulan 7 tahun 2013, dah hampir pukul 5pm ( hari rabu ), Mida dapat sms dari cikgu taska mengatakan Isya demam. So Mida reply la cakap dah nak balik, sebab hari rabu memang balik pukul 5.30 petang, malas nak cari- cari pengetua untuk minta kebenaran balik. So pada pukul 5.30 petang tu dapat call dari adik yang mengatakan cikgu taska datang umah dia dan suh amik Isya, dia sangat terkejut sebab cikgu tu cakap Isya diserang sawan masa tengah tidur. Sawan... warghhhhhh kepala tak boleh proses. Sebab dalam adik beradik sendiri tak ada yang sawan, anak-anak yang lain pon tak ada sawan. Panik Sekejap. Sib baik yang bawak keta tu Jun ( memang tumpang Jun pun hari-hari. ) Okeh, bila otak dah jalan sikit, mintak adik ( ude ) bawak Isya ke Klinik Annisa. Cikgu taska sebelum tu dah mandikan Isya. So sampai klinik, doc bagi ubat montot. Ude sebenarnya takut jugak, sebab tak pernah 'cara' kes sawan ni. Mida pulak sepanjang dalam keta Jun asyik mengeluarkan air mata aja. Luluh hati sebab takut apa yang akan jadi pada Isya.
Jun dropkan Mida kat Klinik Annisa, masa dalam perjalanan balik tu sempat call suami, dia pon panik jugak, terus tutup kedai dan pecut balik tapi 'stuck' di Taman Tas. Time tu dia rase macam nak keluardari keta dan pecut balik. Cehhhh ingat dia Usain Bolt agaknya.
Sampai kat Klinik Annisa, doc bagi ubat montot dan mintak pantau suhu Isya dalam 2 hari sebab doc cakap kenaikan suhu mendadak tu akan menyebabkan sawan... ooooo ok. Baru tau. Dia cakap kalau anak sawa, sila mandikan. Ooooo faham lagik. Tengok Isya , dia senyap aja, nampak sangat lemah. Si Ude pulakMida suh dia balik dulu sebab dah pukul 6 lebih, dia kena amik anak dia kat Pasti dan baby dia kat Taska sama tempat ngan Isya tu.
Kendian pada 26 April 2014 ( Sabtu ) Isya kena sawan betul2 depan mata Mida. Pagi tu dia ada batuk sikit dan badan naik dedo ( suam-suam kuku ). So dia mintak minum ubat. Tengok suhu dia dalam 37.6 gitu. Pukul 7.30 petang tu dia mintak tepuk dia sebab nak tido depan tv. Berbekalkan air daun bunag raya sesambil tepuk dia Mida jerlum dia. Dalam pukul 8 mlm, si kak Ngah cek suhu dia..wallah naik 39 doh. Cepat betol. Ok..xtra jerlum super power le cenggini. Takut sawan. Tiba-tiba Isya yang tengah baring tu bangkit dan duduk, tangan dia bersilang dan ketar dengan kuat. Suami ingat Isya menggingau jadi otomen2. Tapi Mida tengok mata dia sudah nampak putih... ayarkkkkkk ni bukan ottomen, ini sawan. Alamak nak buat ape ni ..proses balik peristiwa tahun lepas. Cikgu dia mandikan dia n doc cakap pon suh mandi.
So Mida pon angkat Isya elok2, tanggalkan seluar dia, tapi pampers tak tanggal pon sebab kalut punya pasal. Papah Isya dalam keadaan terbalik ( muka kat bawah ), terus Mida pasang air ujan dan mandikan Isya ( sebenarnya Mida sekali mandi..). Lepas tu tengok Isya dah tak mengeletar, tetiba dia senyap dan kaku. Si suami dah menangis-nangis panggil Isya sebab dia fikir Isya dah meninggal ( rase nak cepuk kepala suami, aishhhhh fikir bukan-bukan.) Bila Mida bagitau Isya ok, dah sedar cepat-cepat suami amik ubat montot kat dalam peti dan masuk toilet kat tempat kitarang lepak tadi. dengan kekuatan gigi, suami cuba nak ' soyok' plastik ubat montot tu. Huh.. macam le gigi dia tajam macam jerung, Mida suh suami amik gunting, lepas tu pulak, dah guntuk pembalut ubat, ubat tak leh keluar pulak... okeh, Mida amik ubat tu dan picitkan ia supaya keluar, dengann tangan sebelah pegang Isya dalam keadaan terbalik tu, sebelah lagi sumbat ubat montot. Lepas tu ajak suami pergi Klinik. Dia punya panik memang tak habis-habis lagi.. cari kunci keta tak jumpa, cari baju tak jumpa. Mida pulak dengan baju dan kain batik basah dan Isya hanya di balut dengan tuala kami segera ke Klinik Annisa. Sampai aje, doc terus suruh kami masuk, bila dia tau ini 2nd time Isya kena, terus dia mintak kami ke HTAA.
So patah balik ke umah sebab nak tuko baju ( tak kan nak pakai baju dan kain batik basah kan ), capai 3 keping pampers Isya. Sampai kat wad kecemasan, kami terus dilayan dan pukul 10mlm, Isya di warded di wad 6C. Alahai, lepas cek sana sini, pukul 11 malam. Baju Isya, baju Mida, susu Isya, Botol susu semua tak de. Cawan pinggan lagi ler tak de. Suami turun bawah ke kedai dalam hospital tu cari susu coklat, cawan, roti, biskut, kerepek sebagai bekalan kami malam tu. Tuala nak jerlum Isya pon bawak sehelai je.
Malam tu tengok suhu Isya dah makin turun. Pukul 3pagi Isya start lapar dan makan nasi. Alahai anak... mana nak cari. Ajak dia makan kerepek dan roti. Alhamdulillah dia dengar kata. Memang pagi tu dia tak tidur sampai pukul 8 pagi. Suhu pon masih ok. Tapii pukul 10 pagi suhu Isya naik 38+, petang tu 39, naik lagi 39.5 dan naik lagi 39.8. Misi mintak kat Doc Atikah ( doc muda dan sangat sombong ) untuk bagi SOP ( ubat montot) kat Isya, doc tu cakap tak perlu, just syrup. Hati Mida sangat bercelaru, takut Isya diserang sawan lagi. Lepas tu Misi tu cari Doc lain ( x ingat pulak nama doc baik hati tu ), alhamdulillah doc tu bagi SOP untuk Isya... turun sikit suhu Isya. Pukul 11 malam, lagi sekali suhu Isya naik 40. Huarghhhh malam tadi tak tido, malam ni memang sahih tak boleh tido jugak. Si Doc Atikah memangg tak mo bagi OP kat Isya, suh bagi ubat sirap je. Bila ditanya dia cakap tengok pukul 4 pagi nanti. Mida pon apalagi bukan sahaja tak tido, kena ulang alik ke tandas sebab nak lembabkan tula jerlum Isya. Pukul 4 pagi tu suhu Isya dah turun sikit dan Doc Atikah buat keputusan tak mau bagi SOP dengan alasan suhu Isya ada penurunan. Dia tak tau yang Mida ni rase nak pakai kasutt roda sebab ulang alik ke tandas dan menggunakan banyak kuasa menahan kantuk mata. Dengan hati yang sedih dan libang libu Mida cakap dengan suara yang rendah dan berbahasa sopan tapi menhiris kalbu untuk doc tu " saya doakan suatu hari nanti doc di anugerahkan anak-anak sendiri dan doa kedua saya agar anak2 doc semuanya mengalami sawan seperti anak saya agar doc tahu bagaimana hati dan rasa saya melihat anak sawan dan mengendalikan anak sawan.. doc jangan angkuh sangat kerana title doc sebagai doc, setakat baru kerja dengan U41, gaji doc murah dari saya." Muka dia dah naik merah biru ijo kuning. Geram sangat. Kalau boleh macam nak bagi bahasa maki makian sebab doc lain semua bagus2 dia ni aje yang kerek sangat. Masa Isya naik suhu 39+ masa siang tu Isya ada muntah, time dia check tu kita maklum ler yang suhu anak makin tinggi dan start muntah2, boleh pulak dia sound kite suh senyap. Dah la tak tanya hal anak kat kite, dia just baca report2 doc lain dan terus tulis report. Doc lain, biasanya siap tanya kita perihal anak, tanya ada muntah tak, dah makan, banyak kencing tak...
Esoknya memang dia tak check Isya pon, bila sampai tempat Isya je dia skip. Tapi tak kisah sangat sebab doc lain banyak, so keadaan Isya still di pantau. Hasil berbincang dengan doc, rupa-rupanya cara kendali anak sawan yang Mida praktikkan tu salah. Cara yang betul kalau anak terkena sawan ialah :-
Hari ketiga suhu Isya dah 36. So dia boring sgt baring atas katil, so ni teman dia kat bilik mainan.
Hari keempat- Tak sabar-sabar tunggu abah amik jemput balik. ( sebenarnya umi dia tak sabar sebab nak claim tido huheheeee )
CARA KENDALI ANAK KENA SAWAN
1. struktur anak sedang berbaring kita alihkan ke posisi mengiring, supaya anak tak tertelan muntah dia sendiri. Kalau tertelan, dikhuatiri akan mati lemas pulak.
2. Jangan cuba-cuba korek atau masukkan jari ke mulut anak, kang tak pasal2 dia gigit kuat.
3. Jangan angkat, kang tak pasal2 sendiri dia yang sedang mengeras tu patah ( aiyokkkk sib baik tak jadi kat Isya.)
4. Jangan mandikan dia, sebab nanti suhu dia turun mendadak pon bahaya.
5. Terus bawa ke hospital, jangan tangguh2 lagi. Dan make sure pergi ke hospital tuu bwk keperluan orang yang nak menunggu anak dan barang keperluan anak. Jika di HTAA, sila ler bawak power bank sbb kat situ tak boleh meng'caj' handphone. Jika caj jugak, Mak Guard akan memetirkan anda. Tak percaya sila la buat, hehehe.
6. Jangan lupa bawak besen, senang nak basahkan tuala jerlum. Sebabnya kita hanya jerlum sekali lalu je, tak boleh banyak kali sebabnya nanti haba pada tuala tu masuk balik kat tubuh anak kita. Jerlum sekali lau, bilas tuala. So kalau ade besen senang, jika tak kena la ulang alik ke tandas.. penat giler.
7. PENTING : INGAT MASA SERANGAN SAWAN.
8. Jangan terlampau panik, jika panik.. tarik nafas pelan-pelan dan lepas.
Okeh... baru betul cara ni. Kami melepak-lepak kat HTAA start 26 Apr hingga 29 Apr. Balik2 je dari hospital, suhu Isya naik pulak 39. Aduyai..pening kepala. Nak pegi balik hospital, Mida tak bley dah amik cuti. So pantau suhu sendiri le sesambil menghabiskan stock antibiotik dia.
Cuma tengok dada dia berombak kuat, risau jugak... pergi ke Rawatan Annur ( perubatan Islam ). Ustaz tu baca-baca doa kat Isya dan alhamdulillah malam tu Isya tidur lena, suhu dia pon ok dah 36 dan yang penting pernafasan dia pon normal, tak berombak giler.
ok, itu aje cerita Mida kali ni.
Lenkali ntah bila nak sambung... ^_^ love u!!
Read more...