Assalamualaikum....
Alhamdulilah.. ari ni dah 8 ari kita berpuasa.Bagi yang ada anak-anak, mesti nak anak-anak berpuasakan.
Tetapi taukah kawan2 semua..daripada kita paksa anak-anak berpuasa, lebih elok kita paksa dia solat dahulu.
Ini kerana, sesiapa yang mendirikan solat ,mereka akan berpuasa. Tetapi mereka yang berpuasa ada yang tidak solat. So dapat apa ye. Letih aje semata-mata. Mulai hari ni, jom kita paksa anak-anak jaga solat dulu sambil2 pantau dia berpuasa.
Mida guna perkataan paksa, sebab kita ni kalau nak disiplin, memang kena paksa diri dahulu barulah mende tu jadi tabiat. So sementara anak-anak2 masih kecik ni kita paksa lah dulu, nak marah2 manja pon buleh. Tapi kalau dah tua bangka baru nak bertegas, susah la sikit.
Okeh.. selain kita paksa dia, marah dia untuk solat.. ni Mida share doa supaya kita atau anak2 rajin solat. Meh kita sama-sama baca yer.
Surah Ibrahim. Ayat 40.
maksudnya :
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"
oklah.. cukuplah setakat ni. Bulan2 pose ni tak larat nak taip banyak2. Mata sudah makin memberat.
bye-bye u ol's.
Mida *_*
Read more...
Wednesday, July 17, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Cara Solat Terawih Sendirian
salam semua.. selamat datang Ramdhan. Malam ni kita dah start Terawihkan.
Kalau ade anak2 kecik, agak sukar juga nak pi masjid berjemaah, pulak2 hidup tanpa bibik ni. Okeh ni Mida selitkan cara mendirikan solat terawih secara individu. Solat terawih ( sendirian )
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taa'la
1. mulakan solat terawih 2 rakaat (rakaat pertama n ke-2)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat pertama :At-Takasur
-rakaat ke-2 : Al-Asr
2. sambung 2 rakaat lg (rakaat ke-3 n ke-4)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-3 : Al-Humazah
-rakaat ke-4 : Al-Fil
bacaan doa setelah selesai 4 rakaat pertama
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keredhaanMu n SyurgaMu, aku memohon perlindunganMu drpd kemurkaanMu n seksaan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lg Maha Pemurah n Engkaulah yg suka memberi ampun, maka ampunkanlah kami n kedua ibu bapa kami n seluruh kaum Muslimin n Muslimat. Dgn RahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang n segala puji bg Allah Tuhan seluruh alam.
3. sambung 2 rakaat lg (rakaat ke-5 n ke-6)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-5 :Al-Quraisy
-rakaat ke-6 : Al-Ma'un
4. sambung 2 rakaat terakhir (rakaat ke-7 n ke-8)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-7 : Al-Kafirun
-rakaat ke-8 :An-Nasr
bacaan doa setelah selesai 8 rakaat solat terawih (sama seperti doa di atas)
selepas habis solat terawih..kita sambung pulak dengan solat witir 3 rakaat 2 salam
1. mulakan solat witir 2 rakaat (rakaat pertama n ke-2) dgn niat
sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taa'la
2. bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat pertama : Al-A'la
-rakaat ke-2 : Al-Kafirun
3. sambung 1 rakaat lg (rakaat ke-3) dgn niat
sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-3 :Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Nas
* mulai mlm 16 Ramadhan disunatkan membaca doa Qunut seperti Qunut solat Subuh pd rakaat terakhir solat witir iaitu selepas bangun dr rukuk
Ya Allah, tunjukkan aku sebagaimana mereka yg telah Engkau tunjukkan, berikan kesihatan kpd ku sebagaimana mereka yg telah Engkau berikan kesihatan, dan peliharalah aku sebagaimana org2 yg telah Engkau peliharakan, berilah keberkatan bg ku pd apa2 yg telah Engkau kurniakan, dan selamatkan aku dr bahaya yg telah Engkau tentukan, maka sesungguhnya Engkaulah yg menghukum n bukannya yg kena hukum, dan sesungguhnya tidak hina org yg Engkau pimpin, dan tidak mulia org yg Engkau musuhi, Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami n Maha Tinggi, maka bg Engkaulah segala pujian di atas apa yg Engkau hukumkan, aku memohon ampun dr-Mu n aku bertaubat kpd-Mu, dan semoga Allah mencurahkan Rahmat n sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad n keluarganya.
* sumber rujukan:Buku Panduan sembahyang Sunat Terawih, Terbitan JAIS.
Happy Sharing.. Mida.
Read more...
Read more...
Monday, July 8, 2013
Nilai Duit Seorang Makcik.
Salam..
Nampak bersarang dah le Blog Mida ni. Lama betul tak menjengah. Bukan ape, tahun ni bertukar di sekolah baru, lepas tu kesihatan diri dan anak2 pulak tak mengizikan. Lepas sorang..sorang demam yang teruk. malah anak yang bongsu pun pernah diserang sawan ketika di taska.
Oklah.. hari ni bukan nak bebel hal tu.. tapi Hal DUIT. Sebut duit mesti semua mata org dah start 'bulat' dengan perasaan yang teruja dan terdengar2 bunyi 'keceng..keceng..keceng'. hehehe. Mida ni rasenya tiap kali gaji macam tak cukup je duit gaji. Macam2 kehendak nak beli. Huiiiiii teruk betul. Kadang2 ( sebenarnya selalu..hek..hek..hek )belum gaji dah start buat bajet beli barang. Adoiii la. Tapi penah tak kita terfikir kehidupan orang lain yang susah sangat. Nak bayar duit tambang bas RM2.00 pun kena berkira2. Okeh ni la point sebenarnya tulisan Mida kali ni. Aritu Mida ade attent Seminar Art Therapy di BTPN Pahang. Masa balik tu, Mida tumpang Kak Siti Amzan hingga ke Stesen Bas Rapid untuk pulang ke rumah. Biasalah sejak duduk kuantan ni, x dapat la merempit dengan Cik Putih sbb En.Suami tak yakin lalu ngan Mida merempit area sini. So kalau ade apa2 mmg bergantung dgn kawan dan bas rapidlah. Masa nak naik bas ni, Mida tolong sorang mak cik tu yang dah tua dan bongkok, agar sukar dia nak naik bas. Mida pimpin hingga ke kerusi. So dah tolong tu beramah mesra la pulak. Mak cik ni rupa2nya menyewa di lorong 33 , sama taman dgn umah Mida. Mak cik tinggal sorang diri sbb adik dia dah meninggal awal thn baru ni. Sewa umah tu RM300 ( kebiasaannya RM 500 tp tuan umah kesian kat dia, dpt le murah sewanya ). Sambil2 tu mak cik tu jual makanan ringan dan air depan umah. Kata beliau, dia ade dpt bulan lepas duit bantuan dari Yayasan Pahang. Namun selepas beliau mengeluarkan duit tersebut dan berhajat nak membeli payung untuk gerai kecil depan rumahnya, beliau telah dipukau oleh seorang perempuan india.Habis duitnya. Bajet nak beli payung hangus macam tu je. Walaupun begitu, beliau tetap jual makanan ringan seperti biasa. Cuma katanya jika dapat beli payung tersebut, beliau nak buat goreng2 keropok atau pisang. Tapi impian itu terpaksa di tangguhkan sebab nak kumpul duit dahulu. Tambah beliau, sebulan hanya 4 kali sahaja beliau ke bandar untuk cari makanan ringan sebabnya dia hanya bajet RM8.00 sebulan untuk naik bas rapid. Sebagai warga emas, beliau buat kad warga emas untuk menaiki rapid, 1 hala hanya RM1.00 sahaja. Kemudian dia bertanya harga kad topup Maxis... puas dia cari topup RM3, tapi semua kedai kate tak ada. Mida pun cakap, la ni paling murah pon RM5. Beliau kata, kalau RM5, dia hanya boleh topup 2 kali saja lah sebulan. Lepastu dia tanya harga cerek yang bila air masak tu boleh bunyi.. dia nak tau harga bagi saiz yang kecik aje sbb kalau besar sgt pon, dia tak larat nak angkat. Sebelum ni dia masak air dalam periuk aje, tp kadang2 dia terlupa nak tutup api gas..dia risau akan mengundang bencana. Tapi duit nak beli cerek pun tak de lagi.. nak kumpul dulu hasil jualan makanan ringan. Apa2haal semua kena tunggu dulu. Padahal dari tenguk barang jualannye bukan banyak, ntah le kena tunggu berapa lama boleh beli payung dan cerek berbunyi tu :(
Masa borak2 tu rase cam nak nangis je pulak. Ye lah, Mida ni pon selalu rase macam tak cukup duit ( tu baru rase ye..). Walhal sebulan beli novel 3-4 buah.. makan2 fastfood ngan anak, beli baju, tudung, kadang2 kasut, pewangi..erkkk ikut nafsu mata yang memandang. Tapi mak cik yang baru Mida kenali ni betul2 save bajet kerana betul2 tak cukup duit. Terpaksa menangguhkan barang2 keperluan sebab tak cukup duit. tapi Mida, menangguhkan pembelian barang2 kehendak pon kadang2 berkali2 bercerita kat En. Suami sbb tak dapat beli barang kehendak tu dan dengan harapan En.Suami empati dan sanggup membelinya untuk Mida. huhuhuhu.
Cuma pada petemuan singkat ni, tak sempat Mida tanya:-
- Kenapa tak duduk rumah2 kebajikan, sebabnya ade yang jaga makan minum dan kesihatan.
- ade dapat/ mohon tak duit zakat.
Dari pengalaman ini juga Mida dapat muhasabah diri sndiri:-
- Sentiasa bersyukur dengan pendapatan/ rezeki setiap bulan.
- Jangan berlebih2 ketika membeli... nanti geng syaiton ni rojin la pulak.
- Setiap pendapat yang kita dapat, ia juga perlu dikongsikan dengan orang lain yang berhak ( zakat dan sedekah )
- Jangan terlampau mencari kesenangan atau melihat kesenangan orang lain, nanti mengajar hati kita menjadi tamak dan dengki, sesekali tenguk juga orang yang susah tapi kental dalam mengharungi kelangsungan hidup mereka.
okey lah. Cukuplah perkongsian kali ini.
len kali ade lagi kisah.. Mida akan share ( harap2nya tahun ni lebih rajin update dari tahun lepas) *-*
Bye..bye..luv u all.
Read more...
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)