click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, August 29, 2012

Aku, Agusdhanik dan Potret


tiba2 tingin nye jadi orang yang pandai melukis potret. Tingin betul nak belajar. teringat kata2 pensyarah Mida dulu, bakat itu ade dalam setiap manusia cuma ia tidak dikeluarkan secara maksima. Jadi cara nak kembangkan bakat yang terpendam adalah melalui latihan yang berulang kali. kalau hasilnya semakin baik, itulah bakat yang kita pendamkan atau tak kita sedari.
Selalu jalan2 kat TC ( Teluk Cempedak, Kuantan ) nampak seorang uncle tu melukis potret. Suka tengok dia..hehehe tengok hasil dia tau. Memang cantik. Tingin nak jadi cam dia. Tapi.. x de basic melukis. Zaman sekolah dulu ( time form 1) suka ponteng kelas Seni sbb x suka ngan cikgu seni tu ( tp cikgu seni tu la ni dah jadi abang ipar i pon).
Bulan Feb aritu Mida ada received buku Bimbingan Melukis Potret, dan kat dalam tu ade kata2 semangat sket.
kate2 ni la membuatkan Mida tak sabar2 pi MBS kuantan cari charcoal ( betul ke idok eja ni..bantai je la labi- maksudnya pensel arang) Tapi cam biasa le kalau namanye si Mida ni. Beli barang awal2 tapi sampaikan hilang pensil charcoal tu tapi hasil tak buat2 lagi hehehe.

So pada ramadhan ini selepas 5 bulan menerima buku ini, baru la terhegeh2 Mida mencabar diri untuk melukis potret. Lukisan potret ni mestilah gambo anak2 pengarang jantung limpa ni la.

Sebelum tunjuk kat korang..sila la jangan gelak. Ni first time buat. memang buruk gile hasilnye. Tapi kena cuba lagi kot seratus kali baru cumel. Tapi nak cuba sampai setaus kali tu ntah la makan berapa tahun nak menyudahkannye. Apa pon memang seronok menyiapkan potret yang x menjadi ini. hahahaa.

Layan je la ye potret2 nih. Santapan untuk anda yang hatinya tengah lara .Cheihhhhh.

Gambar Isya selepas lahir ke dunia. Bab bibir..aduyai mcm mulut agrybird la pulop.

Isya masa umur 1 tahun 2 bulan. Ade 'samtin' gak yg x kena pada lukisan nih.. ce teka.

Aqiss tengah melalak di usik oleh Alwi staff makmal di SMK Jengka 2. Molot cam senget je kan. 10 kali padam,lukis,padam,lukis bibirnya tu tetap x jadik.Aishhhhhh.

Orang tak cerdik gini le, siap buat petak2 takut lari kedudukan. Apapun tetap nampak mata Isya cam beso sebeloh je.

Lagi satu nk cite nih, potret ni x guna charcoal pon, gune pensil 2B jer..kan charcoal dah hilang. Maleh nak gi beli lagi.

Oklah cukup la malam ni aje buat sampat 4 entri..nampak beno Mida x de keja ye..hehehe

Read more...

Bunga Melati 1 Warna

Cumel kan ;)


Bahan2nya- Riben kain saiz 1 inci, jarum peniti, jarum jahit dan benang.

Ambik riben dan bentangkan bahagian 'wrongside'. Lipat bahagian kiri dan kanannya secara serong cam kita buat kapal kertas ye. Lipatan tu dah jadi 'rightside' ye puan2.Dah siap jgn potong lagi tau. cucukkan jarum peniti pd riben supaya x terburai.

Untuk kelopak ke dua, sila tengok ye..i x reti nak xplain..huhuhu.
Dah siap lipat, naikkan kelopak ke dua ni ke sisi atas kelopak yang pertama.

Pastu baru lipat sebelah kanan ye utk menyudahkan kelopak ke dua ini. Setiap lipatan perlu di cucuk dengan peniti dulu sehinga le siap kesemua kelopak.

Buat 5 kelopak aje ye. Kelopak yang pertama adalah rightside, kelopak kedua wrongside dan begitulah selang seli setiap kelopak. Dah siap jelujurkan semua kelopak,Potong lebihan riben yang tak perlu.Kendian tarik benang kasi riben berkedut dan sambungkan hujung jahitan pada awal jahitan.Last matikan benang. Okeshhhh siap dah.

Yang mana rase susah, tolong tanya..insyaallah akan Mida jawab :)

Apa tunggu lagi..cubalah!

Salam sayang..MIDA

Read more...

Bunga Melati 2 Warna

Assalamualaikum..
Malam ni nak buat entri berkaitan bunga reben je.. Sebenarnye lama dah snap gambar tapi tak dan sokmo dan masukkan dlm blog. Hehehe ayat mengada gak nih, perasan menteri kot..bizi le sangat :)


Bahan2nye ye puan2, perlu ade 2 warna riben yang sama saiz. Ni Mida guna saiz 1 inci tau. Yang kedua perlu ade jarum peniti dan jarum jahit serta benang.

Mula2 potong riben sepanjang 2 inci setengah.

pastu lipat 2 supaya kita tau garisan tengah2nya.

lipat serong kiri dan kanan cam kita buat sampan kertas zaman kecik2 dulu.Pastu cucuk ngan jarum peniti supaya tak terburai.

Ulang step yang sama dan buat sebanyak 6 keping iaitu 3 keping warna lain dan 3 keping lagi warna yang berbeza. Ikut suka korang la nak buat warna apa pon.

Pastu jahit le jelujur je.

Siap jelujur semua..tarik benang kasi riben berkedut.

Last ni cam biasa jugak, sambungkan bahagian akhir dengan bahagian mula, pastu matikan benang.

Tara dah siap. Buleh la jahit atau gam kat skaf rambut anak atau boh kat baju2 skirt anak bahagian tengah dada tu..sweet.

So jom buat.. senang bangat nih.
Love.. Mida

Read more...

Bunga Melur

Assalamualaikum teman2 maya. Hehehe perasan sungguh. Cam le ramai sangat teman maya Mida. Ayat poyo jek kan.
Sebenarnya lama sangat dah Mida teringin buat bunga riben. Gugel sana sini, terjumpaklah satu blog korea cara buat bunga riben. Cuma idak le banyak dan setiap nota yang diberi memang x bley nak faham pon sbb dalam bahasa dia lah. Nak right click dan nak masuk kat gugel alihbahasa tu tak buleh la pulak. Tak dibenarkan kopi pes. So, nak buat bunga riben kena mengadap laptop la jawabnya.

okeh ni cara2nye ye.
Bahan2 perlu ade mestile RIBEN KAIN, PEN,SEBARANG ACUAN BULAT.
Ambik riben, pastu Mida amik kaki cermin muka yang ade dalam ofis je, tekap dan ikut separa bulat tu dengan pen.

Ni anggaran panjangnya. Cumel dah takat cam ni.Kecik sangat pon x cumel tau. Buat 5 ye separa bulat tu.

Pastu amik jarum jahit yang dah dipasang benangnya.Nak cumel isi benang yang senada dengan warna riben tau. Pastu jelujur je kesemua separa bulat tu.

Pas tu tarik benang kasi riben berkedut2.

Cantum bahagian akhir benang ke bahagian mula. Matikan benang.

Tengok depan riben kat tengah bunga ade cam jambak tu kan.. ha yang tu just jolokkan ( iskhhh kaso beno bahasa ni ) bagi dia masuk ke belakang.
Tara.. bunga pon siap dah. So buleh la lekat kat aligator clip ke, kat hairband anak ke, buat brooch ke atau jahit pada shawl ke. Terpulang le kat anda. Nak cumel lagi kat bahagian tengah tu buleh la lekatkan manik/ batu2 cam mutiara ke atau butang sebagai hiasan

Kalau nak buat lapis2 pon cumel jugak. Buat la lapisan bawah tu 7 kelopak, pastu 5 kelopak dan atas sekali 3 kelopak.

Sapa2 nak cuba, gudluck ye. Dah berhasil cubaan korang, post la kat i ..hehehe nak gak tengok hasil korang semua.

Bye.
_Mida_


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...