click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, March 19, 2011

Aktiviti Cuti 3- Jahit sarung bantal dan tilam baby

hi, jumpa lagi.
Hari Rabu ade date dengan doktor, siap kena cucuk att lagi..Pulak tu tunggu giliran dari pukul 8 lebih sampai le pukul 1 baru le boleh balik. Udah le tangan jadi kebas, gastrik pulak datang secara menggila. So sepanjang Rabu aktivitinye hanya berbaring di depan tv.Hajat di hati nak balik umah mak kat Putri Malu dan bertandang ke kenduri umah Din di J21 terpaksa le di batalkan. Alih2 pagi2 Khamis hinggalah Jumaat baru Umi pi jenguk anak2 di umah mak..diorang abis pusing2 Penang, Kelantan dan Terengganu pada hari Selasa lagi. Rindu pulak bile pisah lama2 ngan budak2 dua orang tu.




So lepas Jumaat, baru Mida balik J2, so oleh kerana malam tu en.suami kena pergi Kelantan sebab urusan keja, Mida pun apalagi..potong2 kain cotton buat sarung bantal, sarunng bantal golek dan sarung tilam untuk baby. Hari Sabtu ( today ) Mida just buat finishing- jahit ropol2nya sahaja.

Sebenarnya Mida pun belum tau jantina baby yang dalam perut nih..asal scan jek, tak nampak jantinanya. ermmm nak buat camane..dia mau kasi suprise kot. So bagi mencari warna selamat dan corak selamat, Mida beli kain cotton corak Pooh dan warna biru...so sesuai utuk baby boy atau girl kan...




Oklah ini le hasilnya..cuma kain selimut je tak dan ( maksudnya tak sempat ) nak jahit lagi. Tak tau le minggu depan ni boleh buat atau tak..sebabnya buka sekolah hari Isnin ni Mida seharian sebuk ngan program yang perlu di run kan.. hari selasa sibuk pulak nak buat persiapan result SPM yang dijangka keluar pada hari rabu depan ( 23hb).so pihak UBK akan buka kaunter selama 3 hari di dewan.. ermmmmmm mesti penat melayan karenah bebudak. harap2 sabtu ahad tu tak adalah aktiviti yang mengacau ( tapi Sabtu tu dijangka ade LADAP)..hohoho..kehidupan ku menjadi busy yang amat le minggu pertama ini. -_-.

okla..cukup le satu malam ni Mida buat 3 ntry sekaligus.
Ade masa nnti, kita jumpa lagi na..
bye,
Mida.


Read more...

Aktiviti Cuti 2- Bengkung Umi

sambungan ye..hehehe.
Ok bile dah siap membuat barut baby, jangan lupa bengkuk cik uminye ni.. kang tak ramping pulak lepas bersalin *_*.

Tapi cam heran la pulak ye.. cam le beranak sulung, semua nak buat, semua nak baru..hohoho..sebenarnya Mida dah lama MC bersalin nih, dah 6 tahun pun. So segala barang bay, barang sendiri ntah kemana dah bagi ke orang.



So jangka masa nak menyiapkan bengkung ni pun just satu hari je.. tu yang Mida suka cuti ni.sebab kalau hari bekerja, memang tak dapat nak jahit apa-apa. Lepas keja biasenya badan jadi flate terus. Tau, balik umah basuh pinggan, kain, masak, makan dan tidur..hehehe.



Bengkung ni Mida buat bengkung jenis Tali Kasut. So untuk buat bengkung ni,Mida guna kain belacu di bahagian dalam dan kain cotton warna hitam di bahagian luar tu.Panjang bengkung ni dari bawah dada hingga ke separuh punggung.jadi kalau pakai memang kemaslah perut.

Kebiasaanya ada juga yang tempah nak semua bahagian guna kain belacu, ade juga nak kat bahagian luar tu kain berwarna atau bercorak. Mida ngikut jek la tempahan orang. tapi lo ni memang tak buat dah le tempahan orang. Cukup le buat tuk diri sendiri je dulu.

Ok la ye..kita jumpa akt.cuti 3 pulak.. hehehe aktiviti ape pulak ye?
Mida.


Read more...

Aktiviti Cuti 1- Barut Baby

Assalamualaikum..
Hurm cutii sekolah dah nak abis pun. Tinggal esok ja sehari lagi. Baru malam ni kesempatan nak update blog.
Ke mana agaknya ye kawan2 semua time cuti sekolah ni? Ada yang balik kampung, ade yang ronda2 1 Malaysia,ada yang nak naik belon panas kat Putrajaya la ye. Tapi bagi Mida pulak, cuti ni hanya dok memerap kat umah je la sebab dah tak larat nak bawa perut yang semakin membesar. Jadi atas kesempatan tu Mida just buat persiapan-persiapan untuk kelahiran baby nanti. Cuma anak2 sahaja cuti ni ronda2 Penang, Kelantan dan Terengganu.Huiii kemain lagi diorang berjalan sakan. Tak pa la asal diorang tak bosan dok umah kan.



Ok..awal2 cuti ni Mida hanya siapkan barut baby yang tinggal bab nak lekatkan talinya sahaja. Mida buat 6 helai barut baby bersaiz S dan 6 helai bersaiz M. Biasa2nya anak Mida tak le beso mane sebab tu kena buat saiz S juga.Alhamdulilah dalam sehari boleh le siapkan, tu pun buat sesambil malas..hahahaha.

Esoknya Mida buatkan 12 helai barut baby tempahan kawan- Tuan Rohana Tuan Lembut ( Kaunselor SMJP ) yang bakal bersalin April ini. Kalau ikutkan tak mo dah amik tempahan sebab baby dalam perut ni kekadang kuat beno jelesnya..Tak boleh dok menjahit lama-lama..mula le dia mengeraskan perut..adoiiii tu yang tak tahan. Tapi bile memikirkan member baik zaman sekolah dulu, Mida buat le juga.Alhamdulilah dalam sehari siap le juga barut tuk Ana..mula dari memotong kain, menjahit dan melekatkan tali barut.

ok lah layan le gambarnya..


Ni barut baby Mida le. Yang bawah tu saiz S dan yang atas tu saiz M.


                                                           Yang ni tempahan dari Ana.

ok..sambunng ntry lain pulak ye..akt cuti 2.
Bye,
Mida.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...